Bilangan Pengunjung:

Monday, September 8, 2008

11 Tuntutan Siswa UNITAR


Sebelum ini Laporan Eksklusif Suara Generasi Muda Malaysia mengetengahkan isu yang menghimpit Siswa Universiti Tun Abdul Razak atau UNITAR. Kali ini penulis ingin mengetengahkan beberapa tuntutan yang dikemukakan oleh Siswa UNITAR untuk tindakan UMNO yang memiliki UNITAR secara tidak langsung menerusi Yayasan PINTAR. Penulis berharap ia akan mendapat perhatian para perwakilan yang akan bersidang pada Persidangan UMNO 2008.

Setelah berjumpa dengan Siswa UNITAR, mereka mencadangkan agar penulis mengetengahkan beberapa tuntutan mereka untuk menjadikan UNITAR sebagai Universiti milik bumiputera yang berprestij dan mesra siswa.

Berikut adalah cadangan atau tuntutan siswa UNITAR:

(1) Meminta Yuran Tahunan sebanyak RM500 dihapuskan kerana bagi mereka untuk apa mereka bayar sedangkan mereka tidak dapat apa-apa kelebihan daripada bayaran itu. Bayaran untuk fasiliti merupakan salah satu sebab yuran tersebut dikenakan, tetapi fasiliti masih ditakuk lama dan fasiliti itu langsung tidak memberi sebarang faedah kepada siswa.

(2) Meminta Kampus Induk UNITAR di Kelana Jaya membenarkan kampus-kampus cawangan menawarkan kursus Ijazah kerana dengan ini ia akan menambahkan kembali kemasukkan siswa ke UNITAR.

(3) Menggesa Pihak Pengurusan UNITAR menambahkan tenaga pengajar bagi memenuhi keperluan siswa-siswa UNITAR di kampus induk dan cawangan.

(4) Menggesa Pengurusan UNITAR membaik pulih kampus-kampus cawangan dan juga beberapa kelengkapan di kampus-kampus cawangan.

(6) Menggesa supaya semua kursus boleh diadakan di semua kampus cawangan.

(7) Penyediaan Teks yang lengkap kepada Siswa di dalam bentuk buku tanpa memerlukan Siswa membuat salinan fotokopi untuk dijadikan nota.

(8) Kurangkan karenah Birokrasi.

(9) Pendekatan Pihak Pengurusan hendaklah mesra siswa dan bukanya memaksa siswa.

(10) Sistem Belajar Dahulu Bayar Kemudian Hendaklah Diperkenalkan.

(11) Pengurangan atau Diskaun terhadap Yuran Pengajian juga hendaklah dilakukan.
Penulis berharap perkara ini juga diberi keutamaan oleh perwakilan UMNO semasa Persidangan UMNO 2008 nanti kerana Siswa UNITAR adalah sebahagian rakyat Malaysia dan mereka bakal menjadi pemimpin pelapis pada satu masa kelak.

Penulis juga berharap, agar pihak perwakilan tidak memandang remeh berhubung tuntutan ini. Sebagai Universiti yang menjadi tanggungjawab kepada UMNO secara tidak langsung hendaklah UMNO berbuat sesuatu agar Universiti ini tidak akan mengalami kepupusan tambahan pula universiti ini bernamakan seorang yang besar namanya dan jasanya kepada negara.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin