Bilangan Pengunjung:

Thursday, December 17, 2015

Kerjasama UMNO-PAS

Kerjasama UMNO-PAS
Oleh: yieMEGA

BARU-baru ini berlangsung satu perhimpunan yang dianggap keramat oleh ahli UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) iaitu Perhimpunan Agung UMNO atau ringkasnya PAU. Di dalam perhimpunan tersebut Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun menghulurkan tangan mengeratkan silaturrahim dengan meminta PAS bersama-sama UMNO untuk membina Malaysia mengikut Syariat Islam. Sehingga kini ajakkan DS Najib itu terus dipolemikkan dan diperdebatkan terutamanya di antara media-media massa tempatan tak kiralah media cetak, media elektronik, mahupun media alternatif. 


Secara dasarnya penulis amat bersetuju sekali dengan cadangan DS Najib itu demi perpaduan umat Islam di Malaysia. Saban tahun umat Islam di Malaysia terus berpecah belah dek kerana doktrin politik yang berbeza. Keadaan ini menyebabkan ianya membuka peluang kepada bukan Islam terutamnya Kafir Harbi untuk menuntut perkara yang bukan-bukan dan kadang-kadang ianya tidak boleh diterima oleh akal fikiran yang waras. 


Walaubagaimanapun, ajakkan Najib itu juga telah dipandang remeh oleh PAS selain ada juga yang menyangka saranan Najib itu hanyalah sebagai salah satu usaha UMNO untuk menyelamatkan kekuasaanya. PAS fikir UMNO tidak ikhlas di dalam seruan untuk bersatunya. PAS dilihat lebih berhati-hati dalam menangani isu ini, apa yang penting bagi mereka lebih selesa kekal bersendirian di samping bekerjasama dengan PKR tanpa melibatkan DAP dan juga PAN. 

Bagi penulis, adalah lebih baik PAS mencuba daripada terus menjadi parti yang disepak terajang oleh rakan pembangkang sendiri. Kata orang belum cuba, belum tau. PAS mungkin berfikiran positif dalam hal ini, janganlah angkuh dan sombong kerana itu kelak akan memakan dirinya sendiri. Penulis sendiri memang sudah lama mahukan penyatuan UMNO dan PAS dua parti yang majoritinya ahlinya adalah Umat Islam. 

Baca Lagi!

Saturday, November 14, 2015

Menggali Kubur UMNO

Menggali Kubur UMNO
Oleh: yieMEGA

MENGGALI kubur UMNO menjadi tajuk pilihan penulis pada artikel penulis pada kali ini. Tajuk yang penulis pilih ini bersesuaian dengan keadaan semasa kini. Beberapa isu yang terpalit pada UMNO sejak kebelakangan ini telah menyebabkan UMNO mula goyah. Realitinya sokongan akar umbi kepada UMNO telah pun merosot disebabkan beberapa isu yang terus menghantui UMNO.

Daripada isu derma 2.6B, isu 1MDB dan terbaru isu YAPEIM telah sedikit sebanyak mengugat kedudukan UMNO sebagai parti pemerintah Malaysia. Kredibiliti kerajaan pimpinan rejim Najib Razak juga terjejas teruk sehinggakan semakin ramai akar umbi UMNO sudah melafazkan ketidakpercayaan mereka pada Najib Razak. 

Isu-isu yang timbul sepertimana penulis sebutkan tadi secara terang lagi bersuluh telah menganggu gugat UMNO merupakan sebuah parti yang meneruskan legasi Tengku Abdul Rahman. Imej UMNO sememangnya tercalar-balar disebabkan isu-isu yang penulis sebutkan tadi.

UMNO perlu mengambil langkah pemulihan bagi memastikan kesinambungan pemerintahan kerajaan pimpinan UMNO di Malaysia. Penulis bersetuju kepada pandangan Mantan Perdana Menteri Ayahnda Tun Mahathir bahawa UMNO sememangnya memerlukan perubahan.

Apa yang penulis dapat lihat ialah perubahan paling mandatori UMNO kena buat ialah menukar pucuk pimpinan yang sedia ada. UMNO memerlukan presiden baru untuk membuat 'transformasi' pada UMNO, di samping membersihkan nama UMNO agar rakyat terus menerasi legasi pemerintahan UMNO.


Baca Lagi!

Wednesday, November 11, 2015

Negara Dikuasai Politik Pegampu

Negara Dikuasai Politik Pegampu
Oleh: yieMEGA

ARTIKEL penulis pada kali ini berkisar tentang suatu fenomena baru yang timbul di arena politik tanah air kita. Fenomena yang penulis gelarkanya sebagai 'Politik Pengampu'. Menurut Kamus Pelajar Dewan Bahasa Pengampu bermaksud orang yang suka mengampu atau memuji-muji seseorang.

Dewasa ini semakin banyak lahir pemimpin-pemimpin yang suka jadi pengampu. Paling melampau lagi pegampu ini akan menyerang sesiapa sahaja yang menyerang orang yang di ampunya. Sebenarnya pada pandangan penulis pengampu sememangnya tidak layak untuk bergelar pemimpin kerana mereka juga mungkin bergelar pemimpin kerana 'kuat mengampu'. 

Kewujudan Pengampu dalam dunia politik hari ini tumbuh bak cendawan tumbuh selepas hujan. Pengampu selalunya tidak mengambil peduli apa orang bawah kata tetapi mereka lebih kepada mengambil tindakan sendiri dengan menyokong 100% orang yang disokongnya walaupun kredibiliti orang yang disokongnya itu diragui oleh akar umbi. 

Tidak keterlaluan kewujudan pengampu dalam politik ini boleh mendatangkan bahaya besar kepada parti-parti politik di tanah air. Kewujudan golongan pengampu ini jugalah menyebabkan masalah-masalah rakyat peringkat bawahan gagal diselesaikan dengan baik. Permasalaahan rakyat di peringkat bawahan gagal diterjemah dengan baik dan hasilnya rakyat memberi undi kepada parti lawan. Itu hakikat yang kita kena akui.

Baca Lagi!

Sunday, October 4, 2015

Malaysia Berada di Zaman Bimbang

Malaysia Berada di Zaman Bimbang
Oleh: yieMEGA

MALAYSIA kini berada di Zaman Bimbang itulah yang dikatakan oleh Mantan Perdana Menteri Ayahnda Tun Mahathir Mohd. Sememangnya penulis bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan oleh Ayahnda Tun.

Memang benar sekarang ini kita berada di zaman bimbang apabila pada masa ini berlaku kebimbangan ekonomi ekoran daripada kedudukan mata wang Ringgit Malaysia yang terus menjunam dari hari ke sehari. Tidak keterlaluan kalau penulis katakan ia terburuk dalam sejarah.

Penulis pernah melalui zaman kegawatan ekonomi 1998 semasa era Ayahnda Tun Mahathir Perdana Menteri tak lama dulu. Perlu ditegaskan kegawatan ekonomi pada masa itu tidaklah seburuk pada hari ini. Ayahnda Tun Dr. Mahathir mengambil tindakan bijak apabila mengikat kedudukan Ringgit Malaysia pada RM3.80 untuk setiap United States Dollar.

Tindakan bijak Ayahnda Tun Mahathir telah mempercepatkan proses pemulihan Ekonomi Malaysia. Hasilnya rakyat tidak 'menderita' lama kerana kegawatan ekonomi. Kata orang "lain hulu, lain parang, lain dulu, lain sekarang". Sememanngya kegawatan ekonomi hari ini memang benar-benar membimbangkan. Hari-hari kegawatan ekonomi terus terkesan terhadap rakyat jelata yang benar-benar membimbangkan rakyat. 

Baca Lagi!

Friday, October 2, 2015

Ada Apa Dengan Zahid Hamidi?

Ada Apa Dengan Zahid Hamidi?
Oleh: yieMEGA

BARU-baru ini Zahid Hamidi telah dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri yang baru mengantikan Tan Sri Muhyidin Yassin. Tahniah penulis ucapkan kepada beliau di atas perlantikanya itu. Penulis tidak ingin mempersoal tindakan DS Najib melakukan perlantikkan tersebut kerana penulis percaya sebagai Perdana Menteri beliau berhak untuk membuat perlantikkan tersebut.

Apa yang penulis ingin memberikan sedikit pandangan peribadi terhadap batang tubuh manusia bernama Zahid Hamidi ini. Apa yang penulis ingin tegur ialah cara beliau berpolitik semenjak beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri. Penulis tiada niat lain cuma untuk kebaikkan masa depan politik beliau juga.

Terus terang penulis katakan cara Zahid Hamidi berpolitik selepas dilantik menjadi TPM ialah lebih kurang sama dengan budak-budak tadika hingusan yang baru dilantik menjadi Ketua Murid. Sebagai seorang TPM beliau sepatutnya lebih rasional dan bukanya emosional tidak kiralah dalam apa jua keadaan sekalipun. 

Penulis perhatikan sejak Zahid Hamidi dilantik menjadi TPM ni dia kelihatan seperti kebudak-budakkan dan mengamalkan politik cabar mencabar yang sememangnya politik jenis ini sememangnya telah ketinggalan zaman dan lapuk dek hujan.



Baca Lagi!

Wednesday, September 30, 2015

Khir Toyo Mula Dipenjara

Khir Toyo Mula Dipenjara
Oleh: yieMEGA

SEMALAM bekas Menteri Besar Selangor semasa era Pemerintahan BN telah diperintahkan oleh Mahkamah menjalankan hukuman penjara selama setahun atas dakwaan rasuah. Sebelum dipenjarakan Dr. Khir sempat membuat catatan di blognya. Catatan tersebut bertajuk "Catatan Di belakang Tirai Besi". 

Di dalam blog tersebut Dr. Khir memohon maaf kepada semua di atas kesilapanya. Selain itu, Dr. Khir juga hukuman ke atasnya atas sebab 'teknikal' kerana Pendakwa Raya belum dapat membuktikan kaitan kesnya dengan rasuah.

Penulis berharap para pembaca boleh membaca sendiri artikel blog Dr. Khir di pautan web yang telah penulis sediakan untuk pembaca-pembaca sekalian. Penulis mohon maaf penulis tidak boleh mengulas panjang lebar mengenai hukuman ke atas Dr. Khir kerana ia dikhuatiri akan jadi Cotempt of court. Dalam pada itu penulis politik terkenal negara iaitu Mohd Sayuti Omar atau lebih dikenali dengan nama MSO turut membicarakan hal yang sama di dalam blognya di bawah artikel yang bertajuk "Khir Toyo Berpindah Tempat Tidur Mulai Hari ini". 

Penulis tertarik dengan perkara no 4 di dalam catatan blog Dr. Khir: 

"Saya juga tahu rumah saya menjadi kontroversi apabila seorang pemimpin UMNO mengupah jurugambar mengambil gambar rumah saya menggunakan helikopter menunjukkan seolah-olah ia sebesar istana. Hakikatnya, rumah saya bukanlah antara terbesar di kawasan terbabit. Tidak mengapa, saya telah maafkannya." - Dr. Khir Toyo, Bekas Menteri Besar Selangor.


Baca Lagi!

Saturday, September 26, 2015

Andaikata UMNO dan PAS Bersatu

Andaikata UMNO dan PAS Bersatu
Oleh: yieMEGA

PADA hari Selasa selepas (22 September 2015) penulis telah membaca artikel blog, penulis politik Mohd Sayuti Omar yang merupakan pemilik kepada blog Merah Tinta MSO. Penulis tertarik dengan artikel blognya yang bertajuk "Apakah mesyuarat meja bulat buka ruang kepada PAS untuk bersama UMNO". 

Memang 'panas' bunyinya tajuk artikel tersebut. Memang daripada dulu penulis mahukan kedua-dua parti politik yang majoritinya Umat Melayu ni bersatu dan bergabung. Apabila Melayu ni bersatu sekurang-kurangnya musuh-musuh Melayu gerun untuk membuat perkara yang bukan-bukan. Sebelum kita pergi lebih jauh sila rujuk Perlembagaan Malaysia yang membuat tafsiran apa itu Melayu. Melayu menurut perlembagaan Malaysia ialah mereka yang Beragama Islam, bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan sifat dan cara hidup Melayu.

Jadi ini bermakna kalau PAS dengan UMNO bergabung ini bermakna Umat Islam turut bersatu. Islam sememangnya menuntut umatnya bersatu terutamanya di dalam menghadapi musuh-musuh Islam atau lebih manis kalau kita gelarkan mereka "Kafir Harbi". Sememanya kafir harbi memang tidak mahu Umat Islam bersatu kerana sekiranya Islam tidak bersatu lagi mudahlah kerja mereka untuk menghancurkan Islam. 

Oleh yang demikian penulis berharap penyatuan UMNO dengan PAS ini menjadi kenyataan. Jangan hanya datang bersama angin dan berlalu begitu sahaja. Penulis berharap tiada yang menghalang usaha-usaha ke arah menyatukan PAS dan UMNO ini. Ingatlah Islam kuat Musuh Islam akan gerun.

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin