Bilangan Pengunjung:

Thursday, May 30, 2019

Parti PUTRA disaran sertai Barisan Perpaduan UMMAH

Parti PUTRA disaran sertai Barisan Perpaduan UMMAH
Oleh: yieMEGA

SEPERTIMANA yang diketahu umum Parti Bumiputera Perkasa Malaysia atau ringkasnya (PUTRA) telah diluluskan oleh Register Of Society (ROS) ini membolehkan parti ini menyertai Pilihan Raya UMUM Ke 15 kelak. Borang pendaftaran keahlian sudahpun diedarkan di seluruh negara namun menulis mendapat rungutan bahawa ramai yang berminat untuk menyertai parti ini menghadapi kesukaran untuk mendapatkan borang parti ini. Oleh yang demikian penulis ingin mencadangkan kepada parti PUTRA untuk mengadakan Borang Pendaftaran secara dalam talian  (On Line) sejajar dengan perkembangan dunia teknologi hari ini. 

Dalam pada itu, di dalam mengukuhkan perpaduan UMMAH, adalah dengan ini penulis menyarankan kepada Parti Putra untuk bersama-sama dengan Barisan Perpaduan UMMAH yang diketuai UMNO-PAS kerana ianya strategi berkesan bagi mengelakkan berlakunya perpecahan undi secara tidak langsung ia akan memberikan perkembangan yang negatif bagi merealisasikan Kerajaan Perpaduan UMMAH. 

Strategi ini juga akan membuatkan ummah amnya dan melayu khasnya tidak berpecah seperti yang di dakwa oleh Atuk Perdana Menteri Tun Mahathir Mohd. Penulis merasakan Presiden Penaja PUTRA perlulah mengambil idea ini bagi menjamin kejayaan UMMAH dan juga UMAT MELAYU.

PUTRA sebagaimana yang dikatakan oleh Presiden Penajanya bahawa ianya Parti Marhaen, adalah lebih elok menerima cadangan penulis ini demi survival bangsa Melayu. Penulis percaya formula ini akan mewujudkan situasi menang-menang atau dalam bahasa inggerisnya berbunyi "Win-Win Situation". 


Dalam pada itu, PUTRA juga perlu menggerakkan usaha untuk menjadikan proses pendaftaran ahli lebih mudah dengan penggunaan Pendaftaran ahli di dalam talian atau ON LINE hendaklah disegerakan kerana penulis yakin di luar sana masih ramai yang berminat untuk menjadi ahli Parti ini namun tidak tahu ke mana halatuju untuk mendapatkan borang pendaftaran ahli.

Laman web Rasmi PUTRA juga hendaklah diwujudkan bagi memastikan ramai yang berminat mendapat maklumat rasmi parti ini boleh mengaksesnya dengan melayari laman sesawang rasmi parti tersebut. Inilah cadangan penulis untuk kebaikkan Parti PUTRA juga. 

Akhirkalam penulis ingin mengucapkan Selamat Datang ke arena politik tanah air dan diharap di masa-masa yang akan datang PUTRA akan menjadi sebuah parti yang diminati ramai berdasarkan perjuangan Alif, Ba, Ta. Selamat maju jaya diucapkan.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin