Rahmatan Alamin Atau Islam Liberal yang sebenarnya?
Oleh: yieMEGA
KERAJAAN Pakatan Harapan kini giat melakukan kempen kononya untuk menerapkan Rahmatul Alamin ke dalam Pemerintahan negara Malaysia. Imam Besar Mazhab Rahmatul Alamin yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr. Mujahid Yusof rawa begitu giat menjalankan kempen agar rakyat Malaysia boleh menerima Rahmatul Alamin.
Parti Amanah Negara (PAN) merupakan parti yang bertanggungjawab untuk memastikan Rahmatul Alamin di terima oleh umat Islam di Malaysia. Persoalan yang timbul sekarang adakah Kerajaan Pakatan Harapan cuba membawa konsep Rahmatan Alamin yang sebenar atau lebih kepada membawa Fahaman Islam Liberal yang kini begitu popular di sesetengah negara di timur tengah.
Makna Rahmatan Lil Alamin
Beberapa ulama telah mentafsir Surah Al-Anbiya Ayat 107 tersebut dan menyimpulkan bahawa Islam Agama Rahmatan Lil Alamin:
- Di utusnya Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wa sallam sebagai Rasul Allah adalah bentuk kasih sayang Allah kepada seluruh manusia.
- Hukum-hukum syariat dan aturan-aturan dalam Islam adalah bentuk kasih sayang Allah Ta’ala kepada makhluk-Nya.
- Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wa sallam dan hukum-hukum syariat islam yang dibawa oleh beliau adalah rahmat bagi alam semesta. Seluruh manusia mendapat manfaat dengan diutusnya Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wa sallam.
- Bentuk rahmat bagi orang yang beriman kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wa sallam, yang membenarkan beliau serta taat kepada beliau dan apa yang dibawa oleh beliau, adalah rahmat yang sempurna berupa kebahagiaan di dunia dan akhirat.
- Orang kafir yang memerangi/memusuhi islam juga mendapat rahmat dengan diutusnya Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wa sallam, yaitu dengan diwajibkannya perang melawan mereka. Karena kehidupan mereka didunia lebih lama hanya akan menambah kepedihan siksa neraka di akhirat kelak.
- Orang kafir yang terikat perjanjian dengan kaum muslimin juga mendapat rahmat dengan diutusnya Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wa sallam. Yaitu dengan dilarangnya membunuh dan merampas harta mereka.
- Secara umum, orang kafir mendapat rahmat dengan diutusnya Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wa sallam berupa dihindari dari adzab yang menimpa umat-umat terdahulu yang menentang Allah. Sehingga setelah diutusnya Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wa sallam, tidak akan ada kaum kafir yang diazab dengan cara ditenggelamkan seluruhnya atau dibenamkan ke dalam bumi seluruhnya atau diubah menjadi binatang seluruhnya.
- Orang munafik yang mengaku beriman secara lisan namun ingkar dalam hati juga mendapat rahmat dengan diutusnya Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wa sallam. Mereka mendapat manfaat berupa terjaganya darah, harta, keluarga dan kehormatan mereka. Mereka pun diperlakukan sebagaimana kaum muslimin yang lain dalam hukum waris dan hukum yang lain. Namun di akhirat kelak Allah akan menempatkan mereka di dasar neraka Jahannam.
Sumber Rujukan KLIK DI SINI
Islam Liberal dan Gerakkan Liberalisme di dalam Islam.
Umat Islam yang progresif telah menghasilkan banyak aliran pemikiran yang liberal mengenai Islam. Aliran pemikiran ini adalah hasil cetusan perkembangan globalisasi semasa, berhadapan dengan dakyah dan tohmahan pihak Barat terhadap Islam. Sebelum ini Islam Fundamental diterima umum sebagai Islam yang sesuai dengan situasi dunia hari ini. Ia agak bertentangan dengan Islam Tradisional. Semua aliran ini adalah hasil analisis pemikir semata-mata untuk melabel hala tuju kecenderungan gerakan selain perkembangan Islam semasa yang dilabel pengganas, rasis, dan anti-semitik.
Fenomena pemikiran Islam yang liberal sebenarnya tidak begitu jelas sebagai satu aliran pemikiran yang sekata. Muslim yang memanggil diri mereka sebagai progresif boleh dikatakan mengamalkan Islam yang liberal kerana mereka telah mencetuskan beberapa pemikiran liberal dalam Islam. Akan tetapi sesetengah ahli akademik berpendapat Islam progresif dan Islam liberal adalah dua aliran yang berbeza. Aliran-aliran ini berkongsi satu falsafah yang bergantung kepada ijtihad. Muslim yang berfikiran liberal tidak semestinya berpegang kepada interpretasi ulama traditisional tentang Quran dan Hadith. Mereka ini secara umumnya mendakwa mahu kembali kepada prinsip asal Ummah terdahulu dan kepada maksud asal etika dan pendekatan majmuk (pluralistik) kitab suci.
Sumber Rujukan KLIK DI SINI
Selepas dua perbandingan ini di buat, penulis mendapati apa yang Kerajaan Pakatan Harapan cuba terapkan adalah jelas bertentangan dengan Rahmatan Lil Alamin tetapi bertepatan dengan Islam Liberal atau Gerakan Liberalisme di dalam Agama Islam. Jelas sekali Kerajaan Pakatan Harapan cuba berselindung di balik Rahmatan Lil Alamin untuk menegakkan Islam Liberal.
No comments:
Post a Comment