Bilangan Pengunjung:

Wednesday, May 8, 2019

SALAM RAMADHAN

SALAM RAMADHAN
Oleh: yieMEGA

"RAMADHAN TIBA, RAMADHAN TIBA. RAMADHAN TIBA" inilah bait-bait lagu yang mula menghiasi ruangan media sosial kini apabila Bulan yang penuh keberkatan yang juga dikenali sebagai bulan beribadah datang lagi yang disambut oleh UMAT ISLAM di seantero Dunia. Bulan inilah kita diberi peluang oleh Allah tuhan seru sekian Alam untuk melipat gandakan amalan Ibadah kepada Allah.

RAMADHAN kali ini umat Islam di Malaysia disambut dengan suasana yang amat sederhana tidak seperti tahun-tahun yang berlalu. Ini adalah kerana kegagalan Kerajaan Pakatan Harapan menguruskan ekonomi negara dengan baik dan seperti biasa mereka menyalahkan Kerajaan yang lalu menjadi punca ekonomi negara kita semakin hari semakin merosot. Kesalahan kerajaan lalu seolah-olah menjadi "lesen" untuk mereka tidak membuat apa-apa yang memulihkan ekonomi negara kita.

Sebaliknya mereka lebih gemar untuk "menghukum" atau dengan kata lain mereka lebih suka membalas dendam daripada memulihkan ekonomi negara kita. Apa boleh buat mereka pilihan kita semasa Pilihan Raya Umum Ke 14 yang lalu. Oleh itu kita terimalah apa yang terjadi daripada kesilapan kita memilih mereka. 

Kalau dahulu mereka kata kerajaan lalu gemar memberi 'dedak' kepada rakyat, kini mereka pun sama memberi 'dedak' tetapi bukan kepada rakyat tetapi kepada kroni-kroni mereka. Kini kroni-kroni mereka pun sudah mula mematuk "dedak" itu dengan riang dan gembira. Lihatlah kita telah mengangkat Bapa Segala Kronisme menjadi Perdana Menteri, namu apakan daya itulah kesilapan paling besar yang telah kita buat sehinggakan ekonomi negara kita semakin lama semakin jahanam. 


Kita terlalu berbangga dengan kejayaan beliau di zaman pemerintahan beliau yang lampau walaupun ianya tidak dibuktikan dengan saintifik ia lebih kepada omong-omong orang ramai yang mendewa-dewakan beliau sewaktu iu. Pendek kata kejayaan tersebut sebenarnya diragui kesahihanya malah ada di antara kejayaan orang lain yang dikatakan kejayaan beliau. Itulah Perdana Menteri sekarang beliaulah Bapa Segala Kejahatan Malaysia. 

Jadi sekarang terpaksalah kita terima daripada kesilapan kita sendiri dengan memilih Kerajaan Pakatan Yang Bermaksud Jahat yang sering memberikan kita harapan palsu dan akhirnya kita sendiri yang merana kerana kesilapan kita memilih kerajaan yang begitu lemah ini. 

Orang kata "Barang yang lepas jangan dikenang" oleh yang demikian buat sementara kita lupakan Kerajaan Yang Lemah ini hasil daripada pilihan kita yang dibuat secara mengikut nafsu-nafsi kehidupan kita sehari-harian In Shaa Allah sekiranya kita dikurniakan umur yang panjang PRU15 kita bersama-sama menamatkan penderitaan rakyat Marhaen ini dengan menjatuhkan Kerajaan yang sering memberi harapan palsu ini.

Ayuh kita lupakan sementara hal kerajaan sepenggal ini, di kesempatan ini sempena bulan mulia yang penuh keberkatan ini penulis ingin memohon maaf kepada semua pembaca setia blog penulis yang tak seberapa ini sekiranya sepanjang penglibatan penulis di dalam bidang Blogawan ini ada membuat sesiapa sahaja terguris, tersentuh mahupun terasa dengan artikel penulis yang dimuatkan di dalam blog penulis yang tak seberapa ini. Marilah bersamaa-sama kita menjadi Rakyat Marhaen yang benar-benar memperjuangkan kebenaran demi negaraku Malaysia ini. Semoga PRU15 akan datang memberi sinar baru di dalam kehidupan kita. 

No comments:

Blog Widget by LinkWithin