Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label Sultan Selangor. Show all posts
Showing posts with label Sultan Selangor. Show all posts

Saturday, August 23, 2014

Menunggu Keberangkatan Pulang DYMM Sultan Selangor

Menunggu Keberangkatan Pulang DYMM Sultan Selangor
Oleh: yieMEGA

BARU-baru ini PAS telah membuat keputusan untuk menarik balik sokongan mereka terhadap Menteri Besar Selangor Dalam Jawatan Sekarang iaitu Khalid Ibrahim secara automatik sokongan terhadap Menteri Besar dalam penantian Dr. Wan Azizah bertambah. Namun keputusan PAS tersebut belum dapat meredakan krisis MB Selangor secara total selagi DYMM Tuanku Sultan Selangor tidak memberikan keputusan muktamad. 

Sampai hari ini polemik siapa yang dapat jadi MB masih berterusan sehiggakan bermacam-macam teori diberikan oleh penulis-penulis politik, ahli akademik dan juga rakyat marhaen seperti penulis. Teori paling popular ialah berkenaan dengan kemungkinan diadakan satu Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi menentukan siapakah sebenarnya yang layak menerajui kepimpinan kerajaan negeri Selangor. 

Mungkin ada yang berpendapat mengadakan PRN tidak praktikal kerana kosnya amat mahal dan ianya ternyata akan memaksa kerajaan menggunakan duit rakyat hanya kerana memilih seorang MB. Penulis bersetuju dengan kenyataan ini tetapi apa yang penulis dapat lihat ada baiknya sekiranya kita memberi pilihan kepada rakyat untuk menentukan siapakah MB pilihan mereka bukanya MB dipilih mengikut kemahuan seseorang pemimpin yang boleh diragui maksudnya. 

Semua orang tahu bahawa pemilihan Dr. Wan Azizah mengantikan Khalid Ibrahim adalah atas kehendak Ketua Umum PKR bukanya tuntutan bersifat lokal. Walaupun mendapat tentangan daripada akar-umbi Anwar nampaknya berdegil beliau tetap dengan keputusan untuk meletakkan Dr. Wan Azizah sebagai MB Selangor yang baru. 


Baca Lagi!

Thursday, October 20, 2011

Bersatu Menentang Kristianisasi

Bersatu Menentang Kristianisasi
Oleh: yieMEGA

DEWASA ini, isu kristianisasi semakin banyak menghantui kita yakni Umat Islam. Sekiranya Umat Islam terus berdiam diri dan berpeluk tubuh nescaya pada suatu masa nanti Umat Islam akan ramai yang tertewas dan sehinggakan ramai berbondong-bondong Umat Islam akan murtad.

Oleh yang demikian, kita sebagai Umat Islam perlu berbuat sesuatu agar sesuatu yang buruk tidak akan menimpa umat-umat Islam di negara kita. Penulis merasa isu kristianisasi ini amat sesuai penulis ulas pada artikel penulis pada kali ini. Sesuai dengan isu semasa kini yang hangat memperkatakan tentang kristianisasi.

Mengikut kaji selidik yang penulis sendiri buat, kebanyakkan daripada umat Islam yang murtad poin utamanya adalah wang ringgit. Ditambah pula, di zaman sekarang ini semua memerlukan wang ringgit sampai nak masuk ke tandas pun memerlukan wang ringgit paling kurang 30 sen malah ada yang mencecah RM1.

Daripada kajian tersebut dapatlah kita tafsirkan bahawa SEBAB UTAMA Umat Islam MEMILIH UNTUK MURTAD adalah kerana WANG RINGGIT. Sepertimana yang kita tahu, pergerakkan-pergerakkan kristian yang cuba membawa angin kristianisasi menggunakan wang ringgit sebagai umpan untuk menambat hati umat Islam.

Ini bukan masanya untuk kita menyalahkan pergerakkan-pergerakkan kristian yang membawa angin kristianisasi ni negara kita, sebaliknya sebelum kita memperbetulkan orang lain adalah lebih baik kita memperbetulkan Umat Islam terlebih dahulu.

Kita sudah tahu yang kelemahan Umat Islam adalah wang ringgit, jadi jangan kita abaikan Umat Islam terutamanya di kalangan Umat Islam yang dikategorikan sebagai miskin. Kalau pengganut agama Kristian yang kaya sanggup mengeluarkan dana untuk memperkembangkan agama mereka kenapa tidak Umat Islam buat cara yang sama.

Perlu ditegaskan di sini bahawa bukanlah di sini bermakna penulis menyarankan agar umat Islam menawarkan dana kepada sesiapa yang ingin memeluk Islam, apa yang penulis maksudkan di sini tidak bolehkah umat Islam yang kaya raya yang harta berkoyan-koyan berkorban sedikit harta mereka untuk menaja umat Islam yang dikategorikan sebagai fakir miskin, bukankah ini akan mengelakkan mereka daripada terjebak dengan gejala murtad.

Badan-badan amal yang sedia ada seperti Baitulmal, Majlis Agama Islam Negeri dan Puzat Zakat hendaklah mengambil peranan yang lebih agresif dengan menubuhkan Jawatankuasa Khas untuk mencari mereka yang benar-benar layak mendapat bantuan sebelum ini tetapi mereka tidak dapat bantuan daripada badan-badan tersebut.

Mereka juga hendaklah membuat siasatan ke seluruh negara untuk memastikan penerima-penerima Zakat memang benar-benar orang yang benar-benar layak menerima zakat. Jangan sampai mereka yang berhak tidak dapat hak mereka mereka yang tidak berhak dapat pula hak mereka.

Perkara-perkara seperti ini hendaklah tidak dipandang remeh, sepertimana yang kita tahu PUNCA UTAMA murtad adalah disebabkan WANG RINGGIT. Sekiranya gagal menyediakan dana-dana untuk membantu Fakir Miskin di kalangan umat Islam tidak mustahil pada masa akan datang bilangan Umat Islam yang murtad akan bertambah.

Dalam pada itu, penulis kecewa juga dengan salah seorang tokoh akademik yang seolah-olah menyokong kristianisasi apabila mempersoalkan titah perintah Sultan Selangor berhubung serbuan ke atas Gereja baru-baru ini.

Bagi penulis, kenyataan tokoh Akademik ini adalah boleh diumpamakan sebagai seperti menyokong pergerakkan kristianisasi. Tokoh Akademik itu perlu faham bahawa dalam mengulas sesuatu yang berkaitan dengan Islam kita tidak boleh menggunakan Dalil Aqli semata-mata ia juga memerlukan Dalil Naqli.

Dalam pada itu, dalam menentang kristianisasi kita Umat Islam di seluruh negara haruslah bersatu teguh untuk menangani Isu yang semakin menjadi barah kepada Umat Islam ini. Perkara ini tidak akan dapat diatasi jikalau kita asyik bercakaran sesama sendiri. Siapa lagi yang nak mengubah nasib Umat Islam kalau bukan Umat Islam sendiri.

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin