Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label abdul hadi awang. Show all posts
Showing posts with label abdul hadi awang. Show all posts

Tuesday, August 12, 2014

Khalid Ibrahim dapat perkenan Sultan Selangor untuk terus kekal sebagai MB Selangor.

Khalid Ibrahim dapat perkenan Sultan Selangor untuk terus kekal sebagai MB Selangor.
Oleh: yieMEGA

TAN SRI Khalid Ibrahim yakni Menteri Besar Selangor sekarang berjaya meyakinkan Dewan Diraja Selangor sekaligus mengundang perkenan daripada Sultan Selangor untuk beliau terus kekal sebagai Menteri Besar Selangor. Namun, penulis meramalkan bahawa kedudukan TS Khalid masih belum selamat selagi PAS tidak mengumumkan keputusan mesyuarat jawatan kuasa pusatnya yang dijadualkan berlangsung pada 17 Ogos nanti. 

Penulis pasti mereka yang berada di luar sana ternanti-nantikan apakah keputusan yang bakal dibuat oleh PAS. Adakah keputusan itu akan berpihak kepada Tan Sri Khalid ataupun adakah kemungkinan PAS membuat 'pusingan u' dengan membuat keputusan yang berpihak kepada Anwar Ibrahim. Penulis yakin penyokong-penyokong TS Khalid juga tidak senang duduk dengan keadaan ini. 

Kelmarin difahamkan bahawa Anwar Ibrahim telah bergegas ke Kuala Terengganu dan telah mengadakan satu pertemuan sulit dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di salah sebuah hotel di Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Namun, hasil pertemuan tersebut masih misteri sehinggalah artikel ini diterbitkan. Anwar dikatakan memberikan komen 'sangat bagus' mengenai pertemuan mereka berdua.

Persoalan terus bermain di fikiran penulis adakah misi pertemuan Anwar Ibrahim dengan Hadi Awang menemui kejayaan atau kegagalan. Kenyataan anwar yang mengatakan pertemuan mereka berdua 'sangat bagus' mungkin akan memberi berita gembira kepada rakan kongsi PR dan ianya sudah tentu ia akan memberi berita yang tidak gembira terhadap terhadap TS Khalid. 

Baca Lagi!

Friday, February 3, 2012

PAS Perlu Kembali Ke Perjuangan Asal

PAS Perlu Kembali Ke Perjuangan Asal
Oleh: yieMEGA

DEMI Politik manusia sanggup berbuat apa sahaja asalkan mereka mendapat kuasa politik. Realiti Politik di Malaysia pada hari ini ialah penggiat-penggiat politik sanggup lakukan apa sahaja untuk mendapat sokongan demi kuasa politik.

PAS tidak terkecuali dengan realiti ini, mereka terpaksa melakukan apa sahaja demi kuasa dan kesinambungan politik. Mereka perlukan sokongan semua kaum untuk membolehkan mereka berkuasa. Oleh yang demikian, kita lihat PAS sejak akhir-akhir ini sudah jauh berubah tak keterlaluan kalau penulis kata PAS sekarang merupakan sebuah Parti Islam yang Liberal.

Lihat saja apa yang parti ini lakukan sejak akhir-akhir ini, keputusan-keputusan yang dibuat oleh parti ini kebelakangan ini ternyata kelihatan lebih Liberal berbanding sebelum ini. Adakah PAS terpaksa menjadi Liberal untuk mendapat sokongan ataupun dipaksa oleh parti yang menunjangi Pakatan Rakyat bagi meraih sokongan ramai.

Lihat sahaja keputusan terbaru yang PAS buat iaitu keputusan memecat keahlian Hassan Ali daripada menjadi ahli PAS dan pemecatan itu berpunca daripada satu saja iaitu kritikan Hassan Ali terhadap Anwar Ibrahim. Nampaknya sekarang ini Anwar Ibrahim lebih berkuasa di dalam PAS berbanding Hadi Awang mahupun Tok Guru Nik Aziz.

Timbul juga persoalan di benak pemikiran penulis, adakah akan berlaku sebagaimana yang pernah terjadi di dalam UMNO di mana Anwar Ibrahim telah berjaya menjatuhkan Allahyarham Tun Ghafar Baba suatu masa dulu.

Tidak dinafikan perkara ini akan terjadi, tambahan pula baru-baru ini Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang meluahkan hasrat ingin bersara dan melepaskan jawatan Presiden. Sekiranya ini berlaku bermakna Anwar Ibrahim sudah berjaya mencorakkan PAS mengikut corak yang diingini oleh beliau.

Begitu juga, demi Pakatan Rakyat PAS sanggup menjadi parti Islam yang Liberal. Kadang-kadang kelihatan PAS hanyalah sebuah parti 'Pak Turut' di dalam Pakatan Rakyat. Bagi penulis PAS sememangnya tidak layak menjadi parti 'Pak Turut' sepatutnya merekalah yang menunjangi Pakatan Rakyat.

Entah sampai bila PAS ingin terus membiarkan parti mereka terus diperalat oleh Anwar Ibrahim. Sekiranya PAS masih belum sedar sampai bila-bila pun mereka akan dipergunakan oleh Anwar Ibrahim untuk kepentingan diri Anwar Ibrahim sendiri.

Hassan Ali seorang bekas pemimpin PAS yang tabah, impian murni beliau untuk membersihkan PAS daripada anasir-anasir jahat atau yang dilabel sebagai 'Parasit' oleh Hassan Ali telah disekat sehinggakan beliau dikeluarkan dari PAS, namun perjuangan itu diteruskan di luar PAS.

Daripada beberapa kenyataan Hassan Ali jelas sekali 'hati dan jiwanya' masih lagi PAS dan tidak berminat untuk berhijrah kepada parti-parti yang menjadi lawan kepada PAS mahupun parti yang menjadi 'kawan' kepada PAS. Bagi meneruskan agenda perjuangan beliau menubuhkan JATI.

Hari-hari terus berlalu, PAS terus berubah dan berubah lagi berubah....perjuangan mereka selama ini sekarang ini sudah tidak kendengaran mungkin benar mereka sudah menjadi sebuah parti 'Pak Turut' di dalam Pakatan Rakyat.

Tahniah diucapkan kepada mereka-mereka yang dilabel 'parasit' oleh Hassan Ali kerana mereka sudah berjaya merosakkan PAS. Perjuangan mereka-mereka di dalam PAS sebelum ini sudah menjadi sia-sia dek kerana 'parasit-parasit' di dalam PAS.

Akhirkalam, pada pandangan penulis PAS perlu kembali kepada perjuangan asal dan berhenti daripada menjadi parti yang hanya menjadi 'Pak Turut' di dalam Pakatan Rakyat.

Baca Lagi!

Saturday, December 31, 2011

Menjelang PRU 13

Menjelang PRU 13
Oleh: yieMEGA

MUNGKIN ramai yang mengatakan PRU13 sudah semakin dekat. Semakin lama-semakin dekat, itulah hakikat yang ada di dunia yang fana ini, setiap yang bermula pasti akan berakhir. Sepertimana yang kita semua tahu bahawa penggal pemerintahan PRU12 sudah semakin menuju garisan penamatnya. Walaupun kita masih belum mengetahui bilakah tarikh yang sebenar penggal PRU12 akan berakhir tetapi tiada salahnya untuk kita membincangkan mengenai PRU yang akan datang iaitu PRU13.

Hari ini kita dapat lihat semua pihak yang bakal bertanding masing-masing mengatakan PRU13 akan menjadi milik mereka. Tidak kiralah di pihak Barisan Nasional mahupun di pihak Pakatan Rakyat semua mengatakan PRU13 adalah milik mereka, lebih-lebih lagi Pakatan Rakyat mereka nampak benar-benar yakin yang mereka akan menguasai Putrajaya dalam PRU13.

Bagi penulis semua pihak ada kelebihan masing-masing di dalam PRU yang akan datang. Rasanya tidak salah jika penulis katakan bahawa peluang kesemua pihak yang bakal bertanding di dalam PRU13 adalah 50-50. Ini bermakna sekiranya mereka melakukan sedikit kesilapan mahupun tersilap langkah mereka akan tersungkur di dalam PRU13 bakal datang.

Dalam tempoh bertenang inilah masing-masing perlu mengatur langkah dan strategi-strategi yang berkesan bagi memenangi hati rakyat. Mana-mana pihak yang gagal di dalam usaha-usaha untuk memenangi hati rakyat akan mengelapkan lagi peluang mereka untuk menguasai PRU13.

Apa yang penulis dapat lihat, dalam tempoh semasa ini semua pihak mempunyai isu untuk dijadikan senjata di dalam PRU13. Terpulang kepada penggunaan isu yang akan digunakan, sekiranya sesuatu isu berjaya mendapat kepercayaan rakyat ternyatalah PRU13 milik mereka.

Namun, jika isu tersebut mendapat kepercayaan rakyat tetapi berjaya dipatahkan oleh pihak yang dikaitkan oleh isu tersebut nescaya pihak yang mengetengahkan isu tersebut akan sukar untuk menguasai PRU 13. Dalam ertikata lain PRU 13 merupakan tempat ujian kebijaksanaan pihak-pihak yang bertanding.

Izinkan penulis membuat sedikit ramalan mengenai PRU yang akan datang. Kesimpulan yang penulis boleh buat di sini ialah sekiranya Barisan Nasional masih menggunakan cara yang sama pasti mereka akan tersungkur dalam PRU13 begitu juga sekiranya Pakatan Rakyat masih menggunakan cara yang sama dalam PRU 13 kemungkinan besar mereka akan tertewas.

Baca Lagi!

Sunday, November 27, 2011

PAS CUBA AMBIL KESEMPATAN DI ATAS KELEMAHAN AHMAD SAID

PAS CUBA AMBIL KESEMPATAN DI ATAS KELEMAHAN AHMAD SAID
Oleh: yieMEGA

TAK berapa lama dahulu penulis pernah meramalkan bahawa kelemahan Menteri Besar Terengganu bakal memberikan kelebihan kepada PAS. Penulis percaya bagi pembaca setia blog ini masih mengingati artikel berkenaan. Jika dulu ia hanya ramalan tetapi sekarang ia mungkin hampir menjadi kenyataan. 

Masih ingatkah saudara-saudari dengan PAS yang satu masa dahulu bersungguh-sungguh menyokong perlantikan Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu. Patutlah bersunguh-sungguh mereka menyokong Ahmad Said habis-habisan. Kini kenapa PAS begitu bersungguh-sungguh menyokong perlantikan Ahmad Said hampir terjawab.

Kelemahan yang ada pada Ahmad Said akan dimanipulasi oleh PAS untuk menjatuhkan Kerajaan BN Terengganu. Penulis sempat mengambil sedikit sedutan daripada blog MSO " 'Kewakyahan' menteri besar Terengganu Mat Said hari ini tidak diambil kesempatan sepenuhnya oleh Pas". [Sumber: http://msomelayu.blogspot.com/2011/11/simpulan-minda.html ]

Berdasarkan artikel tersebut penulis meramalkan bahawa PAS Terengganu akan menggunakan strategi mempergunakan kelemahan yang ada pada Ahmad Said untuk menumbangkan Kerajaan BN Terengganu. Sekiranya ini berlaku bermakna sokongan PAS selama ini kepada Ahmad Said hanyalah retorik dan ada udang di sebalik batu.

Jika sokongan PAS terhadap Ahmad Said adalah retorik semata-mata, ini bermakna secara automatisnya PAS juga telah menipu rakyat malah lebih teruk lagi menipu Sultan. Sekiranya sokongan PAS selama ini hanyalah sekadar strategi politik dan bukanya akur kepada titah perintah Sultan Terengganu ini maknanya PAS sudah pun menipu Sultan Terengganu.

Sepanjang pasca perlantikan Ahmad Said sebagai Menteri Besar di Terengganu, tidak ada satu pun yang boleh membanggakan rakyat Terengganu yang dilakukan oleh Ahmad Said. Malah tidak keterlaluan sekiranya penulis labelkan Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu yang paling tidak berprestasi malah prestasinya lebih teruk daripada Datuk Seri Amar Diraja Wan Mokhtar Ahmad.

Perkara ini memberikan kelebihan kepada PAS, dan sekiranya PAS berjaya memanipulasi kelemahan yang ada pada Ahmad Said secara automatisnya Kerajaan Terengganu akan jatuh ke tangan mereka. Sudah lama mereka ingin kembali semula menguasai negeri yang diberikan jolokkan "Penyu" ini.

Baca Lagi!

Friday, November 25, 2011

Ruang Dan Peluang BN PRU 13

Ruang Dan Peluang BN PRU 13
Oleh: yieMEGA

TEMPOH Penggal Pilihan Raya Umum ke 12 masih belum tamat lagi, namun ia akan menemui penghujungnya tak berapa lama lagi. Namun kini cakap-cakap mengenai Pilihan Raya Umum 13 sudah mula kendengaran di sana dan sini. Sudah menjadi lumrah politik di Malaysia apabila mereka merasakan saat pilihan raya sudah hampir jadi mulalah mereka terus mepergiatkan aktiviti politik mereka.

Oleh kerana musim sekarang orang bercakap mengenai PRU13, jadi tidak salah penulis rasakan sekiranya penulis pun mengulas perkara yang sama, kata orang barulah tak ketinggalan zaman. Di dalam kita mengharungi arus perubahan adalah elok kita berbicara mengenai politik seketika.

Politik satu perkara yang unik, Politik boleh menjana Kebaikkan malah Politik juga boleh menjana kejahatan terpulang kepada sesiapa yang mengemudi dan membawa politik tersebut mengikut arus yang mereka inginkan. Kali ini penulis ingin berbicara mengenai Ruang Dan Peluang BN di PRU 13. 

"Ruang dan Peluang BN PRU13" itulah yang penulis ingin bincangkan pada hari ini. Pastinya semua parti politik bukan sahaja di Malaysia malah di seantero dunia mempunyai satu matlamat yang sama iaitu memenangi hati rakyat.

Pertama sekali ada beberapa perkara yang perlu dititik beratkan oleh BN sekiranya mereka ingin berjaya di dalam PRU  13 kelak. BN Pasti tidak mahu tragedi PRU12 akan berulang sekali lagi pada PRU13.  Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKK) sebagai orang yang paling dekat dengan rakyat di kampung-kampung perlulah dinilai semula kerana mengikut risikan yang dibuat sendiri oleh penulis banyak bantuan-bantuan yang tidak sampai kepada rakyat kerana wujudnya Pengerusi JKK yang pilih bulu dengan tidak memberikan bantuan kepada rakyat yang berlainan ideologi politik dengan mereka.

Perkara yang sedemikian bakal mengurangkan ruang dan peluang BN untuk berjaya di PRU13 sekiranya perkara ini tidak mengalami proses transformasi besar kemungkinan BN bakal terlepas peluang untuk menguasai majoriti 2/3 di Parlimen.

Keduanya ialah calon Pilihan Raya. Pemilihan calon yang diterima oleh rakyat memainkan peranan yang penting di dalam menjana kejayaan di dalam BN. Jalan yang terbaik yang BN boleh gunakan ialah mencalonkan ahli-ahlinya yang di kalangan graduan menganggur kerana ini adalah strategi serampang dua mata, pertama dapat memberikan kelebihan kepada BN dan yang keduanya membantu mengurangkan kadar penganguran di Malaysia.

Ketiga, kikis sifat Elitis yang ada di kalangan pemimpin-pemimpin BN, sebaliknya tukar sifat elitis kepada sifat yang lebih merendah diri bagi meletakkan pemimpin BN sama aras dengan rakyat Marhaen. Tanyalah kepada semua rakyat pasti mereka mahukan ini.

Keempat, elakkan kempen secara keterlaluan sebaliknya jadikan kempen Pilihan Raya lebih bersemangat kekitaan atau perpaduan tanpa mengira di bawah bendera mana mereka bernaung. Apa yang pasti kempen biarlah bersederhana dan kurangkan projek mee segera kerana pada zaman sekarang pembangunan tidak lagi menjadi pilihan wajib rakyat di dalam memilih pemimpin.

Kelima dan terakhir, pastikan janji-janji di dalam PRU yang lepas ditunaikan dengan cemerlang dan dalam masa yang sama jangan janjikan bulan, bintang cakerawala kepada rakyat kerana apa yang ditentukan oleh rakyat ialah perkhidmatan yang terbaik yang diberikan oleh parti-parti yang bertanding. 

Akhir kalam, semoga apa yang penulis nukilkan di sini mendapat perhatian pendokong-pendokong BN sekiranya mereka inginkan kejayaan di pihak mereka. Ingat buatlah betul-betul jang main-main.

Baca Lagi!

Friday, October 23, 2009

Wayang Kulit Politik PAS

PAS President, Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul...Image via Wikipedia

Siapa "Wayang Kulitkan" Tok Guru Nik Aziz?
Oleh: yieMEGA

PARTI Islam se-Malaysia (PAS) mendengarkan nama parti tersebut membuatkan sejuk hati kita mendengarnya, Kenapa begitu? ye lah sebuah parti yang menggunakan nama Islam dan juga mempunyai impian untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Islam yang tulen, Bulan menjadi lambang, hijau menjadi latar, putih menjadi bulan. Itulah realitinya sebuah parti politik yang berorientasikan Islam.

Kekalahan PAS di Bagan Pinang membuatkan pelbagai isu yang timbul rentetan daripada insiden kekalahan PAS di Bagan Pinang. Bertitik tolak daripada peristiwa itulah berlaku tunding-menunding di dalam parti yang berorientasikan Islam itu. Timbullah bermacam-macam ulasan sehinggakan seorang ahli akademik yang batang tubuhnya bernama Prof Dr. Aziz Bari mengeluarkan satu artikel yang bertajuk "Pengajaran Bagan Pinang".

Artikel tersebut telah berjaya menghangatkan arena politik tanah air, apabila ia mendapat respons dari Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Seumur Hidup dengan membuat kenyataan seakan-akan menyokong syor Prof Dr. Aziz Bari agar Presiden TG Datuk Hj. Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS - Nasharuddin Mat Isa dan beberapa pemimpin PAS yang sealiran dengan mereka agar diketepikan walaupun 'dilapik' kenyataanya dengan berkata "Pemecatan Itu Boleh Dibuat Melalui Satu Muktamar Khas".

Kenyataan TGNA tersebut menyebabkan penulis tertanya-tanya adakah "Pendamaian" antara TGNA dengan mereka-mereka yang berkaitan hanyalah "Perdamaian Olok-Olok" untuk mengambil hati, para penyokong pemimpin-pemimpin berkeanaan. Mungkin juga "Berbohong" digalakkan dalam PAS demi mempertahankan kuasa mereka. Itu hak mereka.

Sebenarnya yang menghairankan penulis, kenyataan TGNA itu tidak melambangkan sebagaimana seorang Tok Guru yang penulis kenali dulu, seolah-olah kenyataan itu hanyalah keluar daripada corong pembesar suara yang berjenama TGNA sahaja, dan kenyataan itu seolah-olah dikeluarkan oleh orang lain sepertimana 'resmi pembesar suara'.

Jauh disudut hati penulis tersemat rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan kenyataan TGNA itu, seolah-olah TGNA sudah dijadikan watak Wayang Kulit oleh seseorang untuk 'menggapai cita-cita individu tertentu. Puas juga penulis berfikir siapa yang menjadi "Tok Dalang" kepada Wayang Kulit Tok Guru ini, penulis merasakan ia ada kena mengena dengan seorang yang gagal semasa Muktamar PAS yang lalu, dan pastinya ia ada kaitan dengan Endorgan atau istilah yang selalu gunakan iaitu Puak Anwar Sokong (PAS).

Mungkin golongan tersebut masih tidak dapat menerima kenyataan yang mereka sudah kalah, jadi mempergunakan peluang ini untuk 'laluan kedua' mereka menggapai puncak. Kebetulan pula, Prof Dr. Aziz Bari mengeluarkan artikel tersebut bagai "Orang mengantuk disorongkan bantal" bagi mereka.

Apa yang penulis dapat ulas di sini, agak menghairankan kenapa TGNA kelihatan lebih mempercayai seseorang yang bukan Ahli PAS daripada seorang yang memang sahih memilih bulan. Jikalau benar Abdul Hadi Awang seorang Pro-UMNO, Nasharuddin Mat Isa seorang pro-UMNO kenapa sekarang baru timbul, kenapa ianya tidak timbul pada PRU11 (2004) di mana pembangkang di ambang kehilangan kuasa pada waktu itu. Mereka kekal sehingga sekarang, kini pembangkang di ambang kuasa pun mereka masih ada di dalam parti berlambangkan bulan ini. Sepatutnya sewaktu kekalahan teruk PAS dalam PRU11 (2004) sekiranya benar mereka Pro-UMNO sudah lama diucapkan "Bye-Bye" Kepada PAS, tetapi tidak demi perjuangan mereka tetap memilih untuk bernaung di bawah sinaran Bulan Mengambang.

Izinkan penulis meminjam Moto Watak Gusti Stone Cold Steve Austin iaitu "DTA = Don't Trust Anybody" sepatutnya digunakan oleh TGNA sebelum memberi sebarang kenyataan, dengan kenyataan yang agak bias dari seorang yang bergelar Tok Guru itu seolah-olah mengiyakan "Power Can Change People" sewaktu PAS melalui Pakatan Rakyat di ambang kekuasaan terjadinya peristiwa yang seakan mistik ini.

Mungkin TGNA sudah terlupa bagaimana mereka-mereka yang dicop dan dilabel Pro-UMNO ini berhempas-pulas mempertahankan TGNA walaupun Media Arus Perdana dan "Orang Dalam" tertentu cuba menjatuhkan TGNA, kalau kita lihat hari ini TGNA sudah 18 tahun menjadi Menteri Besar Kelantan.

Kalau kita selidik balik sejarah, apa puncanya kejatuhan Empayar Melayu Melaka yang begitu ulung satu ketika dahulu, sebenarnya ia berpunca daripa Pemerintah pada ketika itu terlalu mempercayai kepada "Tok Dalangnya" jangan sampai peristiwa ini berulang di Kelantan.

Penulis akui penulis tidaklah sealim TGNA, tidak juga sehebat TGNA yang bertaraf spiritual leader itu, tetapi tidak menjadikan kesalahan untuk penulis menegurnya kerana beliau bukanya maksum sepertimana Nabi Muhammad. Ada satu ungkapan yang pernah penulis dengar iaitu "Kadang-Kadang Orang Celik Tetap Memerlukan Bantuan Orang Buta" dalam beberapa hal.

Sedikit ilmu yang ada pada penulis cuba kongsikan demi kesejahteraan bersama, tidak berguna kalau ilmu setinggi Gunung Setinggi Gunung Everest tetapi kita tidak berkongsinya walau sekadar secubit.

Ilmu satu elemen penting, malah ilmu jika ada pada orang gila pun ia tetap berguna sepertimana cerita seorang insan siuman dengan seorang insan gila. Ceritanya begini adalah seorang hamba Allah itu, memandu keretanya melalui kawasan yang berdekatan dengan Hospital Bahagia dan ditakdirkan Allah keretanya pancit berdekatan dengan hospital itu, sedang asyik hamba Allah itu memutar nat (skru) tayar keretanya, tiba-tiba sekali lagi ditakdirkan Allah nat (skru) tayar keretanya jatuh ke dalam longkang yang agak dalam kedalamanya, yang memang sukar untuk manusia biasa mencapainya tambah malang lagi keempat-empat skru bagi satu tayar itu jatuh ke dalam longkang tersebut, Hamba Allah itu menjadi tidak tentu arah, dia mundar-mandir sambil berfikir, insiden tersebut telah menarik minat seorang Pesakit Mental yang berada di Hospital Bahagia tersebut dan datang bertanya kepada Hamba Allah tersebut, Cik Kenapa saya tengok Encik ni mundar-mandir dari tadi lagi, "Kau tau apa, kau Gila, ni semua skru tayar aku ni jatuh dalam longkang kau nak turun tolong ambil ke" Balas Hamba Allah tersebut. "Tak sangka Encik ni, nampak je cerdik tetapi bodoh, benda simple macam ni pun tak leh buat ke, ambiklah satu skru dari setiap tayar yang ada skru, pas tu letak kat tayar tak ada skru tu" Hamba Allah itu akhirnya tersipu malu. Pengajaranya ilmu kalau ada pada orang Gila sekalipun ia tetap berguna, jadi apa salahnya penulis berkongsi ilmu yang ada pada penulis.

Penulis sendiri merasakan artikel Prof Dr. Aziz Bari itu kelihatan agak bias berbeza dengan artikel -artikel beliau sebelum ini yang lebih bersifat neutral, tertanya-tanya juga adakah orang tertentu yang menyebabkan Prof tersebut mengeluarkan artikel yang agak Bias? Adakah dia ada kena mengena dengan Endorgan, penulis hanya membuat kesimpulan "Hanya Allah Tuhan Seru Sekian Alam Sahaja Yang Tahu".
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Monday, June 22, 2009

Kerajaan Perpaduan Akhirnya Hangat-hangat Tahi Ayam...

ANWAR IBRAHIMImage by KamalSell via Flickr

Polemik Kerajaan Perpaduan yang menjadi isu hangat yang dibincangkan dalam dua tiga hari ini akhirnya berahkir dengan penolakkan terhadap jalan perpaduan kerana mereka lebih pentingkan kedudukan politik daripada perpaduan umat Islam. Mereka hanya mahu berkuasa bukanya mahu bersatu.

Polemik Kerajaan Perpaduan ini menjadi perdebatan hangat sehingga tergamak TG Nik Aziz Nik Mat 'menghalau' Nasharuddin Mat Isa keluar dari PAS dan ada juga pendapat TGNA tidak dapat menerima kekalahan 'orang harapan' beliau atau dengan kata lain kroni beliau, mungkin juga kroni beliau itu telah menghasut TGNA agar mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa.

Idea Kerajaan Perpaduan ini dicetuskan oleh Presiden PAS sendiri iaitu TG Haji Abdul Hadi Awang, namun penulis yakin ia adalah bertitik tolak daripada seruan yang diberikan oleh Mantan Mufti Perlis iaitu Dr. Mohd Asri Zainul Abidin yang mencadangkan agar umat Islam di Malaysia bersatu.

Mungkin juga berakhirnya riwayat 'Kerajaan Perpaduan' ini berpunca daripada PAS yang 'kelabu mata' dengan kemenangan-kemenangan yang diperolehi sebelum ini sehingga berlakunya kenyataan-kenyataan angkuh seperti mereka-mereka yang mencadangkan "Kerajaan Perpaduan" adalah 'Boneka UMNO', namun apabila Pakatan Rakyat menolak cadangan 'Kerajaan Perpaduan' tersebut jelas sekali PAS adalah 'Boneka DAP dan PKR" yang diketuai oleh Pakar Kencing Rakyat anWAR Ibrahim.

Ternyata Pakatan Rakyat sudah 'syok' dengan kemenangan-kemenangan yang diperolehi sebelum ini, dalam tidak sedar sebenarnya PAS sudah berjaya dipergunakan oleh Anwar Ibrahim untuk menggapai impianya nak jadi Perdana Menteri yang terhenti tak berapa lama dahulu, biarpun mulut Anwar berkata "Saya buat ini semua untuk rakyat" dalam hatinya lain pula "Lepas ni Bolehlah Aku Jadi PM dan aku boleh buat apa aku suka, hahaha".

Selepas ini sekiranya Allah tuhan seru sekian alam izinkan Pakatan Rakyat berkuasa jangan pula ada rakyat yang melabelkan PR dengan Pembohong Rakyat. Memang orang yang hendak kuasa sanggup melakukan apa sahaja untuk berkuasa asalkan dapat apa yang dicita tak kira kesan yang rakyat perlu terima.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Sunday, May 17, 2009

Abdul Hadi Awang Kekal Presiden PAS

PAS President, Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul...Image via Wikipedia

Muktamar tahunan PAS pusat yang dijadualkan Jun depan bagi membuat pemilihan Pemimpin-pemimpin yang bakal menerajui dan memperkasakan Parti Islam seMalaysia (PAS). Semalam Presiden PAS sedia ada iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang diisytiharkan menang tanpa bertanding untuk jawatan Presiden Parti.

Terlebih dahulu penulis ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana berjaya mengekalkan kedudukan sebagai Presiden PAS. Adalah diharapkan agar Abdul Hadi dapat memberikan komitmen yang sewajarnya terhadap PAS.

Adalah diharapkan agar Abdul Hadi dapat memacu dan memimpin PAS ke arah kejayaan, disamping berusaha menghapuskan "Politik Wang" yang mula berputik di dalam PAS.

Bagi Penulis, pemilihan Abdul Hadi untuk terus kekal sebagai Presiden PAS merupakan satu pilihan yang tepat di dalam meneruskan Perjuangan Membina Negara Islam di Malaysia ini.

Penulis bersyukur kerana "Puak Endorgan" di dalam PAS tidak berjaya menjadi Presiden kerana kehadiran "puak Endorgan" ini telah banyak memesongkan perjuangan PAS sebelum ini. Penulis ingin menasihati kepada Abdul Hadi agar beliau berwaspada dengan "Puak Endorgan" yang ada dalam PAS.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Thursday, December 18, 2008

Ahmad Said Terikut Gaya PAS memerintah Terengganu?

PAS President, Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul...Image via Wikipedia
Menteri Besar dedah enam anak syarikat kerajaan Terengganu bermasalah sejak 2005

KUALA TERENGGANU – “Enam anak syarikat kerajaan negeri dikenal pasti mengalami kerugian membabitkan jumlah terkumpul sejak 2005 adalah kira-kira RM80 juta,” kata Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said.

Menurut Ahmad, kerajaan negeri sememangnya telah mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan setiap anak syarikatnya mampu mewujudkan potensi dan persaingan pada masa akan datang.

“Syarikat-syarikat yang boleh maju, kita akan tukarkan pengurusan di samping ada pula yang mungkin kita terpaksa lakukan sesuatu untuk menjadikannya lebih berdaya saing, tetapi ada syarikat yang kita dapati tidak berdaya maju, kemungkinan besar akan ditutup,” katanya

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas-Rhu Rendang) berhubung anak-anak syarikat kerajaan negeri yang masih mengalami kerugian dan jumlah kerugian terkumpul sejak 2005 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke-12, semalam.

Sementara itu, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Pas-Batu Burok) ketika mengemukakan soalan tambahan turut mempersoalkan mengenai kerugian salah sebuah anak syarikat kerajaan negeri, Golden Pharos Bhd serta perancangan yang bakal dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut.

Dr Syed Azman berasa hairan kenapa status Golden Pharos yang dikatakan mempunyai rangkaian perniagaan luas di negara ini termasuk di luar negara masih mengalami kerugian.

Mengulas perkara itu, Ahmad seterusnya menjelaskan bahawa syarikat berkenaan merupakan sebuah syarikat yang mempunyai kepentingan awam.

“Justeru itu, saya tidak dapat menghuraikan lebih lanjut berhubung hal itu termasuk apa strategi yang bakal dilaksanakan.
“Namun, ia adalah salah satu perancangan kerajaan negeri untuk melakukan sesuatu demi menjamin masa depan syarikat tersebut,” katanya.{http://www.sinarharian.com.my/terengganu/content/story2262105.asp}



Mengapa Ahmad Said mahu menutup anak-anak syarikat kerajaan negeri yang menjadi aset begitu lama untuk kerajaan negeri Terengganu. Sudahlah sebelum ini pada zaman pemerintahan PAS begitu banyak anak syarikat kerajaan negeri telah dijual dan ditutup.

Sekali imbas seolah-olah Menteri Besar Terengganu yang sekarang ini mengamalkan corak pemerintahan yang seakan sama dengan PAS memerintah Terengganu dari tahun 1999 - 2004. Penulis tidak bersetuju dengan penutupan keenam-enam anak syarikat negeri Terengganu ini, adalah lebih baik keenam-keenam syarikat ini digabungkan menjadi satu badan syarikat milik kerajaan negeri kerana cara ini lebih baik berbanding kita membuat penutupan syarikat.

Cara yang diperlakukan oleh Datuk Ahmad Said membuktikan beliau bukan seorang yang layak untuk menjadi MB Terengganu, kalau dibiarkan Kerajaan Negeri Terengganu boleh bankrap oleh yang demikian tindakan drastik perlu diambil bagi memastikan negeri Terengganu tidak akan dijahanamkan oleh Ahmad Said yang telah berjaya membawa Terengganu ketinggalan jauh ke belakang berbanding negeri-negeri lain.

Beberapa tindakan Ahmad Said sebelum ini juga telah membuktikan beliau tidak layak menerajui Terengganu, penulis mencadangkan satu usul undi tidak percaya dikenakan keatas Datuk Ahmad Said yang semakin dibenci oleh rakyat Terengganu.

Khidmat beliau memang tidak diperlukan, kerana corak pemerintahan beliau amat menjengkelkan dan tidak sesuai untuk memacu Terengganu maju di hadapan berbanding negeri-negeri lain.

Ahmad Said sepatutnya sedar beliau menjadi MB Terengganu pun melalui jalan belakang, jadi beliau sepatutnnya buat yang terbaik untuk Terengganu dan rakyat Terengganu khasnya. Sekiranya dibiarkan beliau terus menerajui Terengganu penulis yakin banyak lagi anak syarikat kerajaan negeri Terengganu bakal dijual oleh beliau.

Sebelum nasi menjadi bubur adalah lebih baik satu sidang DUN Khas dipanggil untuk membuat usul undi tidak percaya pada Datuk Ahmad Said demi kebajikan rakyat Terengganu dan juga aset yang menjadi hak rakyat Terengganu. Fikirkanlah....


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Tuesday, August 12, 2008

PAS Ancam Keluar Pakatan 16 September 2008


Hari ini Sinar Harian Edisi Kelantan menyiarkan laporan yang mengatakan bahawa PAS akan keluar Pakatan Rakyat pada 16 September ini sekiranya pakatan rakyat enggan menerima Perjuangan Islam yang dibawa oleh Parti yang didominasi kaum Melayu beragama Islam itu. Kata dua itu keluar daripada mulut Presiden PAS sendiri Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pada hemat penulis, sememangnya PAS berhak mengeluarkan kenyataan berupa kata dua seperti itu kerana itu adalah perjuangan asal PAS, sesebuah organisasi sudah tentu 'tiangnya' ialah perjuangan sekiranya 'tiang' tu tidak kukuh, runtuhlah organisasi tersebut sepertimana rumah tanpa tiang.


Jadi perjuangan yang menjadi 'tiang' perjuangan PAS ialah Islam, maka sekiranya mereka berjaya sudah tentu mereka tidak akan gadaikan perjuangan mereka yang mereka perjuangkan sejak daripada dulu. Mereka tidak sanggup mengorbankan Islam demi kuasa sepertimana yang cuba dilakukan oleh Anwar Ibrahim berdasarkan kata-katanya yang berbunyi 'Saya tidak menyokong mana-mana tuntutan negara Islam' .

Penulis berharap komponen-komponen lain di dalam Pakatan Rakyat tidak mempertikaikan tindakan PAS tersebut kerana mereka sememangnya berhak berpendirian sedemikian. Dari dulu lagi mereka meletakkan Islam sebagai tonggak utama Perjuangan Mereka dan sebagai rakan dalam pakatan mereka sepatutnya perlu menerima kehendak PAS. Jika mereka tidak mahu menerima perjuangan PAS tersebut sama-samalah keluar Pakatan Rakyat dan hentikanlah sebarang pakatan kerana ia tidak akan memberi sebarang makna.

Pada ramalan penulis, ahli Pakatan yang paling sukar menerima perjuangan PAS adalah DAP kerana sejak daripada dulu lagi mereka terkenal dengan jolokkan 'kafir harbi' dan mereka sering menentang apa-apa sahaja yang mengenai Melayu malah juga Islam. Jadi kemungkinan besar DAP tidak akan tunduk dengan desakkan PAS tersebut dan bertegas menolak desakkan PAS tersebut.

Penulis juga menjangkakan PKR juga tidak akan tunduk dengan desakkan PAS tersebut ini kerana berdasarkan PKR merupakan parti yang bercorak 'multiculture' dan mereka selalunya 'tunduk' dengan desakkan kaum-kaum dan agama-agama lain di Malaysia. Tambahan pula bos mereka sendiri 'Anwar Ibrahim' Pernah berkata 'Saya tidak menyokong mana-mana tuntutan negara Islam' di hadapan penyokong-penyokong PKR berbangsa lain sewaktu Pilihan Raya Umum yang lalu. Jadi kemungkinan besar PAS tidak ada pilihan lain selain daripada keluar daripada Pakatan dan kemungkinan mencari mana-mana parti yang sanggup menerima perjuangan mereka.

Baca Lagi!

Friday, August 1, 2008

'Steatlh Soldier' Anwar Ibrahim di dalam PAS Mulakan Langkah Kedua!



Sebelum ini sudah beberapa kali penulis mengetengahkan mengenai 'stealth soldier' Anwar Ibrahim yang berada di dalam PAS. 'Stealth Soldier' di sini bermaksud Askar Halimunan pada zahirnya tetapi pada batinya ia tetap wujud. Selepas pemecatan Anwar Ibrahim dan semasa penubuhan Barisan Alternatif yang kini dikenali dengan nama Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim sudah menghantar ramai 'askar halimunan' untuk memperkukuhkan lagi cengkaman beliau ke atas parti-parti yang berada di dalam Barisan Alternatif pada ketika itu dan kini lebih dikenali dengan nama'Pakatan Rakyat'. Penyusupan masuk 'tentera halimunan' Anwar Ibrahim semakin menunjukkan taringnya sejak akhir-akhir ini.

Walaupun penulis telah berkali-kali mengentegahkan isu 'Stealth Soldier' atau mengikut perumpamaan Melayu, Musuh di dalam selimut atau api dalam sekam ini, namun tidak ada pihak yang mengambil peduli walaupun penulis mendapat maklumat daripada ahli PAS sendiri yang beraliran Ulama' dan bukanya beraliran professional. Sehinggakan penulis sudah malas ingin mengetengahkan isu ini, tetapi walaupun ideologi penulis dengan PAS berbeza tetapi penulis tidak sanggup melihat PAS terkubur apabila 'bom jangka' yang ditanam di dalam PAS itu akan meletup dan kita tidak tahu masa dan ketikanya. Bagi menghangatkan lagi artikel ini penulis berharap pembaca membaca petikan artikel yang dipetik dari Blog Merah Tinta MSO dan fahamilah sedalam-dalamnya, untuk mengelakkan kekeliruan penulis terlebih dahulu penulis mendapat maklumat mengenai 'stealth soldier' ini bukanya dari MSO jadi harap jangan ada salah faham.

Petikan Artikel Blog Merah Tinta MSO
Ada Usaha Pujuk Hadi Ganti Nik Aziz APA masalah yang sedang menghimpit Tokguruku Nik Aziz kini. Apakah beliau sakit dan sudah tidak relevan untuk memegang jawatan tertinggi dalam parti sebagai Mursyidul Am Pas? Persoalan ini timbul apabila ada usaha di kalangan pemimpin tertinggi Pas akan memujuk Abdul Hadi Awang supaya memegang jawatan berkenaan. Apakah Nik Aziz sudah tidak inginkan jawatan itu apa pun beliau sudah tidak dapat dijinakkan semasa mesyuarat jawatankuasa agung Pas bersama Majlis Syura Ulama kelmarin. Tidak ada pula perkara buruk dilaporkan berlaku dalam mesyuarat berkenaan. Nik Abdul Aziz dikatakan mengambil sikap yang menggembirakan dan sehaluan dengan sesetengah pihak apabila beliau juga tidak bersetuju Pas berunding dengan Umno untuk tubuh kerajaan bersama. Khabarnya Nik Aziz bukan saja tidak mahu diadakan berunding bagi membentuk kerajaan, kalau tidak jumpa terus lagi bagus! Keadaan ini menimbulkan sedikit tanya tanya. Sekiranya dalam mesyuarat kelamrin beliau bersikap sebaliknya memesongkan kata-katanya sebelum ini yang tidak setuju kemudian setuju berunding dengan Umno ada logiknya juga kalau beliau perlu disingkirkan dari jawatan berkenaan. Kerana dengan adanya disitu sebagai orang tua menyusahkan! Bagaimana pun dalam mesyuarat semalam Nik Aziz dikatakan keluar dari bilik mesyuarat selepas beliau memberi kata nasihat dan pandangan berhubung isu semasa yang menjadi tumpuan kini. Apakah tindakan itu setelah timbul ketegangan dalam mesyuarat berkenaan dan sehinggakan beliau dicadangkan agar melepaskan jawatan? Untuk tujuan membujuk Abdul Hadi itu dikatakan dua pemimpin tertinggi Pas yang menetang keras ura-ura Pas hendak bermuqabalah dengan Umno akan terbang ke Jakarta esok untuk menemui Abdul Hadi. Abdul Hadi kini sudah pun berada di Jakarta. Perkembangan ini masih menjadi tanda tanya. Bagaimana pun pada hemat saya, tidak munasabah kalau Nik Aziz hendak disingkirkan dari kedudukan itu. Beliau sendiri masih menampakkan komitmennya dengan jawatan berkenaan. Cadangan itu bukan kerana Nik Aziz sudah letih atas jemu tetapi ia lebih kepada strategi. Apa yang dapat dibaca dari cadangan ini ada golongan yang mahukan Abdul Hadi turun dari kerusinya itu. Mungkin mereka mengira dengan adanya Abdul Hadi di situ yang dilihat keras dan tegas dengan prinsip siasah Islamiyah sukar untuk mereka menjanakan parti menurut acuan sekular mereka. Jadi satu cara terhormat dilakukan agar Abdul Hadi pegang jawatan Mursyidul Am dan mengumumkan persaraan sebagai presiden pada muktamar di Ipoh mulai 13 Ogos hadapan. Pujukan itu adalah paksaan secara halus! Mungkin idea ini telahpun disampaikan kepada Nik Aziz dan Nik Aziz telahpun merestuinya. Kenapa dikatakan begitu kerana kalau benar Nik Aziz sudah tidak berkeupayaan kenapa jawatan itu tidak dilepaskan kepada Dr Haron Din, timbalan Mursyidul Am Pas? Apakah Haron Din masih belum cukup ilmu untuk memegang jawatan berkenaan! [wm.kl 12:00 t/hari 01/08/08]
Berkenaan isu yang diketengahkan oleh Penulis Blog Merah Tinta MSO tersebut sudah nampak mungkin 'serangan fasa dua' 'stealth soldier' Anwar Ibrahim akan bermula lagi. Fasa pertama mereka sudah berjaya apabila tentera-tentera halimunan tersebut telah berjaya mengagalkan usaha untuk menyatu padukan UMNO-PAS untuk membentuk kerajaan baru di Perak.

Untuk Fasa kedua mereka memilih untuk menjatuhkan Tuan Guru Nik Aziz daripada jawatan Mursyidul Am PAS dan juga menjatuhkan Tuan Guru Abdul Hadi Awang daripada menjawat Jawatan Presiden dengan cara yang lembut seperti menarik rambut daripada tepung walaupun pada hakikatnya sebenarnya itu adalah cara untuk mereka berselindung di sebalik gerakkan mereka. Matlamat 'stealth soldier' ini ialah memesongkan perjuangan PAS daripada parti yang memperjuangkan Islam kepada parti yang lebih kepada sekular atau dengan kata lain fahaman sekularisme sudah cuba di bawa masuk ke dalam PAS. Jika Ahli PAS yang sehaluan dengan Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang tidak bertindak pasti petaka menanti dan tidak mustahil satu masa nanti perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS tinggal sejarah sahaja apabila golongan yang kita labelkan sebagai 'stealth soldier' Anwar Ibrahim ini berjaya menguasai kepimpinan tertinggi PAS. Pepatah Melayu ada menyebut 'Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Jangan nanti sudah terhantuk baru nak tergadah. Sebelum nasi lembik menjadi bubur jadi buatlah sesuatu.

KOMEN PENGUNJUNG BLOG MERAH TINTA MSO (Dipercayai Anggota 'Stealth Soldier' Anwar Ibrahim)

"Sdra penulis cukup lah membuat andaian yang boleh memecahbelahkan perpaduan PAS dan PR. saya bimbang sdra ini sebenarnya "musuh dalaman yang ingin menghancurkan PR" dan sdra juga tidak berani menyiarkan komen komen sebegini.


Anonymous
Pengunjung Blog Merah Tinta MSO

Penulis percaya pembaca yang memberi komen subversif di atas adalah antara 'Stealh Soldier' yang diperintahkan oleh pihak tertentu untuk menyerang Mohd Sayuti Omar atau MSO kerana misi mereka mungkin gagal sekiranya MSO terus membuat pendedahan yang boleh disifatkan kontroversi sepertimana artikel yang ditulis di dalam blognya sepertimana yang dilampirkan petikanya di atas.

Penulis cukup kenal dengan MSO yang juga boleh disifatkan sebagai 'tegas' mengenai perkara-perkara yang melibatkan PAS dan isu-isu tertentu yang melibatkan parti politik tanah air. Beliau bukan seperti yang lain yang mana senang dicucuk hidung, apa yang beliau merasakan tidak kena dengan PAS beliau kritik, apa sahaja yang tidak kena dengan UMNO pun beliau kritik. Kenapa perlu beliau dianggap 'musuh dalam selimut' sedangkan 'stealth soldier' adalah musuh dalam selimut yang sebenar-benarnya.

Zemanta Pixie

Baca Lagi!

Sunday, July 13, 2008

Siapa akan menang Esok?

Diberitakan bahawa Pakatan Rakyat akan membawa usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri esok iaitu Isnin 14 Julai 2008, Menurut laporan akhbar hari ini kawalan polis di kawasan Parlimen sudah mula diperketatkan dan diperhebatkan untuk mengelak perkara-perkara yang tidak diingini terjadi.

Persoalanya adakah undi tidak percaya tersebut akan memihak kepada Pakatan Rakyat ataupun lebih memihak kepada Barisan Nasional. Kalau kita mengikut perkembangan terkini Pakatan Rakyat kita akan dapati ada sedikit pergeseran di antara parti-parti yang menggangotai Pakatan Rakyat dan terutamanya PAS, penulis melihat kenyataan Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang seakan-akan 'berperang dingin' dengan anggota-anggota Pakatan Rakyat yang lain iaitu DAP dan PKR.

Sukacita penulis ingin memetik sebahagian daripada kenyataan Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang tersebut "Saya lihat inilah yang menyebabkan berlakunya perubahan dalam pilihan raya umum ke-12 yang telah memberi kemenangan kepada PAS. Dan orang PAS boleh buat kerja untuk memenangkan Pakatan Rakyat. Perlu disedari bahawa PAS yang paling banyak cawangan. PAS yang paling banyak pekerja dalam pilihan raya ke-12. Orang PAS sedia bekerja bagi pihak parti lain. Jadi, selepas capai kemenangan perlu diambil kira peranan orang-orang PAS ini. Sebab orang PAS bukan bodoh! Jangan ketepikan peranan mereka selepas kita menang pilihan raya"

Disamping itu TG Abdul Hadi Awang juga turut memberi komen berhubung dakwaan Penglibatan Najib Tun Razak dengan Pembunuhan Altantuya Sharibu sepertimana kenyataanya yang berbunyi "Kes bunuh Altantuya adakah berbeza dengan kes bunuh Pak Long, Mak Ngah, Ah Chong di kampung yang dibunuh? ... sama sahaja. Sepatutnya ialah soal keadilan itu untuk semua sebagaimana slogan dalam pilihan raya.

Mengapa pembunuhan Altantuya ini dibesarkan, sedangkan pembunuhan di kaki lima dibiarkan? Yang penting penyiasatan yang adil kepada semua itu perlu. Dalam isu ini barangkali ada kepentingan politik sama ada tuduhan membabitkan Anwar ataupun Najib? Yang pertama sikap orang yang jadi pemimpin itu sendiri dan yang kedua sikap media itu sendiri. Mesti berpada-pada bukannya 'loose'. Itu yang penting."

Berdasarkan kenyataan Presiden PAS tersebut, mungkin kita boleh buat ramalan bahawa mungkin Usul Undi Tidak Percaya kepada Perdana Menteri lebih berpihak kepada UMNO atau Barisan Nasional dimana Ahli Parlimen PAS mungkin akan memberi 'undi protes' yang akan memihak kepada Barisan Nasional dan sekaligus Kerajaan Barisan Nasional dapat dikekalkan.

Namun, masih terlalu awal untuk kita membuat andaian kerana dalam tempoh 24 jam ini macam-macam boleh terjadi, Jikalau Allah tuhan seru sekian alam mahukan Kerajaan Barisan Nasional tumbang ia akan tetap tumbang, tetapi jika Allah tuhan seru sekian alam ingin memberi peluang kedua kepada 'Barisan Nasional' ia juga mungkin akan terjadi kerana sesungguhnya Allah tuhan seru sekian alam Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.

Andai kata usul undi tidak percaya ini memberi keuntungan kepada Barisan Nasional ia tentu akan mengingatkan semua dengan pepatah Melayu yang berbunyi "yang dikejar tak dapat-dapat, yang dikendong keciciran' dan mungkin pepatah melayu ini akan digunakan untuk menyindir Pakatan Rakyat sekiranya "Usul undi tidak percaya tersebut gagal mencapai matlamatnya' dan Pakatan Rakyat terpaksa menanggung malu sehingga 100 tahun.

Namun, Barisan Nasional juga tidak boleh menganggap kedudukan mereka selamat kerana di dalam politik tiada yang mustahil untuk terjadi, mereka perlu mengambil langkah berjaga-jaga kerana tersilap langkah ia akan membawa padah dan mungkin pepatah Vietnam ini juga boleh digunakan sebagai rujukan "Semasa Air Pasang Ikan makan Semut, Semasa Air Surut Semut makan ikan' jadi semua pihak perlu menunjukkan kehebatan masing-masing agar matlamat masing-masing akan tercapai.

Mari kita menanti keputusanya pada hari esok dan kita nantikan siapakah yang lebih hebat dan siapakah yang hanya 'lebih sudu daripada kuah'. Sama-samalah kita menanti saat keputusanya.


Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin