Bilangan Pengunjung:

Friday, November 25, 2011

Ruang Dan Peluang BN PRU 13

Ruang Dan Peluang BN PRU 13
Oleh: yieMEGA

TEMPOH Penggal Pilihan Raya Umum ke 12 masih belum tamat lagi, namun ia akan menemui penghujungnya tak berapa lama lagi. Namun kini cakap-cakap mengenai Pilihan Raya Umum 13 sudah mula kendengaran di sana dan sini. Sudah menjadi lumrah politik di Malaysia apabila mereka merasakan saat pilihan raya sudah hampir jadi mulalah mereka terus mepergiatkan aktiviti politik mereka.

Oleh kerana musim sekarang orang bercakap mengenai PRU13, jadi tidak salah penulis rasakan sekiranya penulis pun mengulas perkara yang sama, kata orang barulah tak ketinggalan zaman. Di dalam kita mengharungi arus perubahan adalah elok kita berbicara mengenai politik seketika.

Politik satu perkara yang unik, Politik boleh menjana Kebaikkan malah Politik juga boleh menjana kejahatan terpulang kepada sesiapa yang mengemudi dan membawa politik tersebut mengikut arus yang mereka inginkan. Kali ini penulis ingin berbicara mengenai Ruang Dan Peluang BN di PRU 13. 

"Ruang dan Peluang BN PRU13" itulah yang penulis ingin bincangkan pada hari ini. Pastinya semua parti politik bukan sahaja di Malaysia malah di seantero dunia mempunyai satu matlamat yang sama iaitu memenangi hati rakyat.

Pertama sekali ada beberapa perkara yang perlu dititik beratkan oleh BN sekiranya mereka ingin berjaya di dalam PRU  13 kelak. BN Pasti tidak mahu tragedi PRU12 akan berulang sekali lagi pada PRU13.  Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKK) sebagai orang yang paling dekat dengan rakyat di kampung-kampung perlulah dinilai semula kerana mengikut risikan yang dibuat sendiri oleh penulis banyak bantuan-bantuan yang tidak sampai kepada rakyat kerana wujudnya Pengerusi JKK yang pilih bulu dengan tidak memberikan bantuan kepada rakyat yang berlainan ideologi politik dengan mereka.

Perkara yang sedemikian bakal mengurangkan ruang dan peluang BN untuk berjaya di PRU13 sekiranya perkara ini tidak mengalami proses transformasi besar kemungkinan BN bakal terlepas peluang untuk menguasai majoriti 2/3 di Parlimen.

Keduanya ialah calon Pilihan Raya. Pemilihan calon yang diterima oleh rakyat memainkan peranan yang penting di dalam menjana kejayaan di dalam BN. Jalan yang terbaik yang BN boleh gunakan ialah mencalonkan ahli-ahlinya yang di kalangan graduan menganggur kerana ini adalah strategi serampang dua mata, pertama dapat memberikan kelebihan kepada BN dan yang keduanya membantu mengurangkan kadar penganguran di Malaysia.

Ketiga, kikis sifat Elitis yang ada di kalangan pemimpin-pemimpin BN, sebaliknya tukar sifat elitis kepada sifat yang lebih merendah diri bagi meletakkan pemimpin BN sama aras dengan rakyat Marhaen. Tanyalah kepada semua rakyat pasti mereka mahukan ini.

Keempat, elakkan kempen secara keterlaluan sebaliknya jadikan kempen Pilihan Raya lebih bersemangat kekitaan atau perpaduan tanpa mengira di bawah bendera mana mereka bernaung. Apa yang pasti kempen biarlah bersederhana dan kurangkan projek mee segera kerana pada zaman sekarang pembangunan tidak lagi menjadi pilihan wajib rakyat di dalam memilih pemimpin.

Kelima dan terakhir, pastikan janji-janji di dalam PRU yang lepas ditunaikan dengan cemerlang dan dalam masa yang sama jangan janjikan bulan, bintang cakerawala kepada rakyat kerana apa yang ditentukan oleh rakyat ialah perkhidmatan yang terbaik yang diberikan oleh parti-parti yang bertanding. 

Akhir kalam, semoga apa yang penulis nukilkan di sini mendapat perhatian pendokong-pendokong BN sekiranya mereka inginkan kejayaan di pihak mereka. Ingat buatlah betul-betul jang main-main.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin