Bilangan Pengunjung:

Sunday, November 27, 2011

PAS CUBA AMBIL KESEMPATAN DI ATAS KELEMAHAN AHMAD SAID

PAS CUBA AMBIL KESEMPATAN DI ATAS KELEMAHAN AHMAD SAID
Oleh: yieMEGA

TAK berapa lama dahulu penulis pernah meramalkan bahawa kelemahan Menteri Besar Terengganu bakal memberikan kelebihan kepada PAS. Penulis percaya bagi pembaca setia blog ini masih mengingati artikel berkenaan. Jika dulu ia hanya ramalan tetapi sekarang ia mungkin hampir menjadi kenyataan. 

Masih ingatkah saudara-saudari dengan PAS yang satu masa dahulu bersungguh-sungguh menyokong perlantikan Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu. Patutlah bersunguh-sungguh mereka menyokong Ahmad Said habis-habisan. Kini kenapa PAS begitu bersungguh-sungguh menyokong perlantikan Ahmad Said hampir terjawab.

Kelemahan yang ada pada Ahmad Said akan dimanipulasi oleh PAS untuk menjatuhkan Kerajaan BN Terengganu. Penulis sempat mengambil sedikit sedutan daripada blog MSO " 'Kewakyahan' menteri besar Terengganu Mat Said hari ini tidak diambil kesempatan sepenuhnya oleh Pas". [Sumber: http://msomelayu.blogspot.com/2011/11/simpulan-minda.html ]

Berdasarkan artikel tersebut penulis meramalkan bahawa PAS Terengganu akan menggunakan strategi mempergunakan kelemahan yang ada pada Ahmad Said untuk menumbangkan Kerajaan BN Terengganu. Sekiranya ini berlaku bermakna sokongan PAS selama ini kepada Ahmad Said hanyalah retorik dan ada udang di sebalik batu.

Jika sokongan PAS terhadap Ahmad Said adalah retorik semata-mata, ini bermakna secara automatisnya PAS juga telah menipu rakyat malah lebih teruk lagi menipu Sultan. Sekiranya sokongan PAS selama ini hanyalah sekadar strategi politik dan bukanya akur kepada titah perintah Sultan Terengganu ini maknanya PAS sudah pun menipu Sultan Terengganu.

Sepanjang pasca perlantikan Ahmad Said sebagai Menteri Besar di Terengganu, tidak ada satu pun yang boleh membanggakan rakyat Terengganu yang dilakukan oleh Ahmad Said. Malah tidak keterlaluan sekiranya penulis labelkan Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu yang paling tidak berprestasi malah prestasinya lebih teruk daripada Datuk Seri Amar Diraja Wan Mokhtar Ahmad.

Perkara ini memberikan kelebihan kepada PAS, dan sekiranya PAS berjaya memanipulasi kelemahan yang ada pada Ahmad Said secara automatisnya Kerajaan Terengganu akan jatuh ke tangan mereka. Sudah lama mereka ingin kembali semula menguasai negeri yang diberikan jolokkan "Penyu" ini.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin