Menjelang PRU 13
Oleh: yieMEGA
MUNGKIN ramai yang mengatakan PRU13 sudah semakin dekat. Semakin lama-semakin dekat, itulah hakikat yang ada di dunia yang fana ini, setiap yang bermula pasti akan berakhir. Sepertimana yang kita semua tahu bahawa penggal pemerintahan PRU12 sudah semakin menuju garisan penamatnya. Walaupun kita masih belum mengetahui bilakah tarikh yang sebenar penggal PRU12 akan berakhir tetapi tiada salahnya untuk kita membincangkan mengenai PRU yang akan datang iaitu PRU13.
Hari ini kita dapat lihat semua pihak yang bakal bertanding masing-masing mengatakan PRU13 akan menjadi milik mereka. Tidak kiralah di pihak Barisan Nasional mahupun di pihak Pakatan Rakyat semua mengatakan PRU13 adalah milik mereka, lebih-lebih lagi Pakatan Rakyat mereka nampak benar-benar yakin yang mereka akan menguasai Putrajaya dalam PRU13.
Bagi penulis semua pihak ada kelebihan masing-masing di dalam PRU yang akan datang. Rasanya tidak salah jika penulis katakan bahawa peluang kesemua pihak yang bakal bertanding di dalam PRU13 adalah 50-50. Ini bermakna sekiranya mereka melakukan sedikit kesilapan mahupun tersilap langkah mereka akan tersungkur di dalam PRU13 bakal datang.
Dalam tempoh bertenang inilah masing-masing perlu mengatur langkah dan strategi-strategi yang berkesan bagi memenangi hati rakyat. Mana-mana pihak yang gagal di dalam usaha-usaha untuk memenangi hati rakyat akan mengelapkan lagi peluang mereka untuk menguasai PRU13.
Apa yang penulis dapat lihat, dalam tempoh semasa ini semua pihak mempunyai isu untuk dijadikan senjata di dalam PRU13. Terpulang kepada penggunaan isu yang akan digunakan, sekiranya sesuatu isu berjaya mendapat kepercayaan rakyat ternyatalah PRU13 milik mereka.
Namun, jika isu tersebut mendapat kepercayaan rakyat tetapi berjaya dipatahkan oleh pihak yang dikaitkan oleh isu tersebut nescaya pihak yang mengetengahkan isu tersebut akan sukar untuk menguasai PRU 13. Dalam ertikata lain PRU 13 merupakan tempat ujian kebijaksanaan pihak-pihak yang bertanding.
Izinkan penulis membuat sedikit ramalan mengenai PRU yang akan datang. Kesimpulan yang penulis boleh buat di sini ialah sekiranya Barisan Nasional masih menggunakan cara yang sama pasti mereka akan tersungkur dalam PRU13 begitu juga sekiranya Pakatan Rakyat masih menggunakan cara yang sama dalam PRU 13 kemungkinan besar mereka akan tertewas.
Izinkan penulis membuat sedikit ramalan mengenai PRU yang akan datang. Kesimpulan yang penulis boleh buat di sini ialah sekiranya Barisan Nasional masih menggunakan cara yang sama pasti mereka akan tersungkur dalam PRU13 begitu juga sekiranya Pakatan Rakyat masih menggunakan cara yang sama dalam PRU 13 kemungkinan besar mereka akan tertewas.
No comments:
Post a Comment