Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label Pilihan Raya. Show all posts
Showing posts with label Pilihan Raya. Show all posts

Thursday, April 7, 2016

Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN Sarawak)



PILIHAN raya negeri Sarawak akan diadakan tidak lama lagi. Sudah tentu rakyat Sarawak sudah tidak sabar-sabar lagi untuk memangkah kertas undi PRN tersebut. Mungkin PRN tersebut akan dijadikan oleh Najib Razak sebagai medium untuk mengukur sokongan rakyat kepada beliau. Pendek kata sekiranya BN menang dengan majoriti 2/3 di Sarawak maknanya ia menandakan rakyat masih menerima pemerintahanya walaupun sebenarnya iklim politik Sarawak adalah berbeza dengan semenanjung. 


Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN Sarawak)
Oleh: yieMEGA


Pilihan sudah tentu ada pada tangan rakyat Sarawak untuk memilih parti mana yang dikatakan layak untuk menerajui Kerajaan Negeri Sarawak. Cuma tepuk dada tanya iman. Sekiranya Sarawak mahukan perubahan kepimpinan di peringkat Pusat mereka perlu berbuat sesuatu untuk memastikan Sarawak mendapat lebih daripada Kerajaan Persekutuan. Jangan mudah tertipu dengan janji-janji pembangunanan yang sebenarnya hanya menguntungkan kroni-kroni pemakan dedak tertentu. 

Rakyat Sarawak perlu ingat, Kewujudan GST yang dibuat oleh kerajaan yang dipilih mereka dahulu benar-benar menyusahkan mereka dan juga telah merosakkan ekonomi negara. Kuasa beli rakyat juga berkurangan sejak GST diperkenalkan. Jadi gunakan hak anda sebagai rakyat untuk membantah GST dengan meterjemahkanya dengan tidak mengundi BN dan memberikan undi kepada pembangkang mahupun dengan memboikot PRN tersebut.

Kepimpinan Najib Razak perlu ditukar segera, jadi bersesuaian dengan PRN Sarawak ini adalah masa yang sesuai bagi rakyat Sarawak menyampaikan mesej yang mereka menolak kepimpinan Najib Razak. Marilah kita bersama-sama menafikan majoriti 2/3 Kerajaan BN Sarawak dan biarkan Kerajaan BN Sarawak dibentuk hanya dengan majoriti mudah. Jangan terpedaya dengan dedak-dedak pilihan raya, ingat anda adalah rakyat yang tidak makan dedak, yang makan dedak ialah binatang seperti lembu, ayam dan itik. 

Baca Lagi!

Tuesday, April 9, 2013

Menanti Debaran Ibu Segala Pilihan Raya..

Menanti Debaran Ibu Segala Pilihan Raya..
Oleh: yieMEGA

PENULIS percaya bahawa umum dah mengetahui bahawa Parlimen Malaysia telah dibubarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, diikuti dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri termasuklah negeri-negeri yang dijajah oleh pembangkang.

Esok dikatakan tarikh penamaan calon dan juga hari membuang undi ibu segala Pilihan Raya akan diumumkan. Bagi mereka yang belum mengetahui adalah elok penulis menerangkan apa itu Ibu Segala Pilihan Raya. PRU13 dikatakan ibu segala pilihan raya kerana dijangkakan pilihan raya kali ini merupakan pilihan raya yang paling sengit di dalam sejarah.

Sebelum ini, tarikh pembubaran Parlimen terus menjadi teka-teki sehinggakan penyokong penjajah pembangkang menyatakan bahawa Perdana Menteri takut untuk membubarkan parlimen. Ramai juga yang percaya dengan dakwaan ini, bagi penulis sudah tentu PM ada alasan tersendiri dengan membiarkan tarikh pembubaran Parlimen terus menjadi teka-teki sehinggalah pembubabaran baru-baru ini. Lagipun sebelum ini kendengaran negeri-negeri yang dijajah pembangkang mahu mengadakan pilihan raya berasingan dengan Parlimen, mungkin ia adalah salah satu strategi Najib untuk mengelakkan berlakunya pilihan raya yang berasingan yang mungkin akan menyebabkan bertambahnya kos pengendalian pilihan raya, di mana ianya dikhuatiri akan membazirkan wang rakyat.


Baca Lagi!

Monday, May 14, 2012

PRU 13 Akan Diadakan Pada 6.6.2012 ?

PRU 13 Akan Diadakan Pada 6.6.2012 ?
Oleh: yieMEGA

BAHANG Pilihan Raya Umum Ke 13 semakin hangat kebelakangan ini, bermacam-macam andaian telah dibuat mengenai tarikh Parlimen dibubarkan dan tarikh Pilihan Raya akan diadakan. Bermacam-macam versi ramalan tarikh pembubaran Parlimen dan juga tarikh Pilihan Raya digembar-gemburkan.

Penulis ingin turut sama membuat ramalan mengenai tarikh-tarikh tersebut. Sengaja penulis tidak mahu ketinggalan di dalam membuat ramalan mengenai tarikh penting tersebut. Namun, ramalan yang penulis buat ini adalah di dalam versi penulis dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak.

Ramalan penulis ada dua kemungkinan, kemungkinan yang pertama ialah kemungkinan Parlimen dibubarkan pada 6.6.2012 ini adalah berdasarkan kepada sambutan 66 tahun UMNO, ini bermakna angka 6.6 memang sinonim dengan sambutan tersebut.

Kemungkinan kedua ialah PRU 13 akan di adakan pada 6.6.2012, ini kerana sekiranya Parlimen dibubarkan pada 6.6.2012, ini berkemungkinan memaksa PRU13 dilakukan pada hari persekolahan dan dikhuatiri akan menganggu waktu persekolah pelajar-pelajar sekolah. Jadi, setakat ini tarikh yang terbaik untuk PRU 13 di adakan ialah pada 6.6.2012.

Jadi secara tepatnya penulis meramalkan tarikh PRU13 iala pada 6.6.2012 dan berkemungkinan parlimen dibubarkan 21 hari sebelum tarikh tersebut atau lebih lewat. Adakah ramalan penulis ini akan menjadi kenyataan atau sebaliknya? Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

Baca Lagi!

Saturday, December 31, 2011

Menjelang PRU 13

Menjelang PRU 13
Oleh: yieMEGA

MUNGKIN ramai yang mengatakan PRU13 sudah semakin dekat. Semakin lama-semakin dekat, itulah hakikat yang ada di dunia yang fana ini, setiap yang bermula pasti akan berakhir. Sepertimana yang kita semua tahu bahawa penggal pemerintahan PRU12 sudah semakin menuju garisan penamatnya. Walaupun kita masih belum mengetahui bilakah tarikh yang sebenar penggal PRU12 akan berakhir tetapi tiada salahnya untuk kita membincangkan mengenai PRU yang akan datang iaitu PRU13.

Hari ini kita dapat lihat semua pihak yang bakal bertanding masing-masing mengatakan PRU13 akan menjadi milik mereka. Tidak kiralah di pihak Barisan Nasional mahupun di pihak Pakatan Rakyat semua mengatakan PRU13 adalah milik mereka, lebih-lebih lagi Pakatan Rakyat mereka nampak benar-benar yakin yang mereka akan menguasai Putrajaya dalam PRU13.

Bagi penulis semua pihak ada kelebihan masing-masing di dalam PRU yang akan datang. Rasanya tidak salah jika penulis katakan bahawa peluang kesemua pihak yang bakal bertanding di dalam PRU13 adalah 50-50. Ini bermakna sekiranya mereka melakukan sedikit kesilapan mahupun tersilap langkah mereka akan tersungkur di dalam PRU13 bakal datang.

Dalam tempoh bertenang inilah masing-masing perlu mengatur langkah dan strategi-strategi yang berkesan bagi memenangi hati rakyat. Mana-mana pihak yang gagal di dalam usaha-usaha untuk memenangi hati rakyat akan mengelapkan lagi peluang mereka untuk menguasai PRU13.

Apa yang penulis dapat lihat, dalam tempoh semasa ini semua pihak mempunyai isu untuk dijadikan senjata di dalam PRU13. Terpulang kepada penggunaan isu yang akan digunakan, sekiranya sesuatu isu berjaya mendapat kepercayaan rakyat ternyatalah PRU13 milik mereka.

Namun, jika isu tersebut mendapat kepercayaan rakyat tetapi berjaya dipatahkan oleh pihak yang dikaitkan oleh isu tersebut nescaya pihak yang mengetengahkan isu tersebut akan sukar untuk menguasai PRU 13. Dalam ertikata lain PRU 13 merupakan tempat ujian kebijaksanaan pihak-pihak yang bertanding.

Izinkan penulis membuat sedikit ramalan mengenai PRU yang akan datang. Kesimpulan yang penulis boleh buat di sini ialah sekiranya Barisan Nasional masih menggunakan cara yang sama pasti mereka akan tersungkur dalam PRU13 begitu juga sekiranya Pakatan Rakyat masih menggunakan cara yang sama dalam PRU 13 kemungkinan besar mereka akan tertewas.

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin