Bilangan Pengunjung:

Friday, December 8, 2017

Perhimpunan Agung UMNO atau Perhimpunan Agung Pengampu?

Perhimpunan Agung UMNO atau Perhimpunan Agung Pengampu?
Oleh: yieMEGA

Perhimpunan Agung UMNO telahpun berlangsung bermula 5 Disember yang lalu dan dijangka berakhir pada 6 Disember. Acara tahunan sebuah parti yang berfahaman nasionalis dan kononya menjalankan pemerintahan negara berdasarkan Maqasid Syariah. Itulah yang dikatakan oleh Yang Amat Berkuasa Tuan Presiden Pahlawan Bugis Najib Anak Lelaki Tun Razak. 

Beberapa perbahasan yang dapat diikuti oleh penulis melihatkan betapa bersemangatnya para perwakilan di dalam melontarkan hujah-hujah mereka walaupun perbahasan mereka nampaknya senada dan membuktikan kebanyakkan perwakilan adalah 'Pengampu Tegar' Yang Amat Berkuasa Tuan Presiden Pahlawan Bugis. Mungkin mereka sudah selesa dengan 'dedak' Najib.

Kalau kita selalu beri 'dedak' kepada ayam-ayam kita apabila ayam sudah tersebut telah selesa dengan 'dedak' ayam itu berkemungkinan besar sudah tidak berapa selera dengan sisa makanan manusia lagi jadi kita sebagai tuanya yang selalu memberi 'dedak' akhirnya terpaksa mengeluarkan belanja yang besar untuk membeli dedak bagi memastikan ayam kita berselera untuk makan agar berat mereka terus meningkat. Sama seperti 'pemakan dedak' di dalam UMNO ini untuk memastikan mereka terus berselera dengan UMNO kita hendaklah terus memberi 'dedak' walaupun perbelanjaan agak besar kita boleh cari sumber kewangan untuk terus memberi dedak kepada mereka. Namun, yang menjadi persoalan dari manakah sumber kewangan tersebut diperoleh? Adakah daripada 2.6B yang katanya diderma oleh Raja Arab dan kononnya sudah dipulangkan kembali kepada Raja tersebut, ataupun hasil kutipan GST atau cukai-cukai lain dengan kata lain menggunakan duit rakyat untuk memberi dedak kepada spesies pemakan dedak yang semakin ramai di dalam UMNO, di mana ianya diketuai oleh Presiden Diktator Yang Amat Berkuasa Tuan Presiden Pahlawan Bugis Najib Anak Lelaki Tun Razak. Siapa sahaja berada di dalam UMNO yang mengkritik Yang Amat Berkuasa Tuan Presiden Pahlawan Bugis Najib Anak Lelaki Tun Razak akan menerima 'balasan' yang kononya setimpal dengan perbuatan itu. Sememangnya demokrasi sudah mati di dalam UMNO.


Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin