Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label Sabah. Show all posts
Showing posts with label Sabah. Show all posts

Thursday, March 22, 2018

Lebuh Raya Bebas Tol, Adakah Orang Sabah dan Sarawak sahaja Rakyat Malaysia

Lebuh Raya Bebas Tol, Adakah Orang Sabah dan Sarawak sahaja Rakyat Malaysia
Oleh: yieMEGA

PENULIS percaya bahawa umum sudah mengetahui bahawa Orang Sabah dan Sarawak telah disogokkan dengan Lebuh Raya Bebas Tol yang dikenali dengan nama Lebuh Raya Pan Borneo. Di sini membuktikan Kerajaan Persekutuan telah mengambil pendekatan 'berat sebelah' di mana Lebuh Raya yang begitu panjang di Sabah dan Sarawak ini dibina dan apabila siap kelak tiada sebarang tol yang dikenakan terhadap pengguna lebuh raya tersebut.

Ini berbeza pula dengan Rakyat Malaysia yang berada di semenanjung mereka dipaksa membayar tol di kebanyakkan lebuh raya. Memang ada lebuh raya yang sudah dikecualikan tol tetapi ia 'berapa kerat' sangat yang tak mengenakan tol tapi yang kena tol tu banyak, malah rakyat Malaysia yang tinggal di Semenanjung sememangnya terbeban dengan bayaran tol tersebut.

Timbul persoalan di sini, mengapa lebuh raya yang begitu panjang tidak dikenakan tol tetapi kalau lebuh raya di semanjung lebuh raya yang pendek pun dikenakan tol. Ini salah satu bentuk ketidakadilan yang berlaku dan ianya bertentangan dengan konsep 'federalisme' yang sepatutnya bersikap adil dengan semua negeri tanpa perlu 'pilih bulu'. Adakah lebuh raya tersebut di bina hanya untuk mencemarkan 'maruah' orang Sabah dan Sarawak. Mungkin Yang Amat Berkuasa Najib Razak ingin memperdaya  orang Sabah dan Sarawak agar terus memberi sokongan kepada beliau dan juga parti yang kini sudah menjadi 'milik beliau' kerana mungkin dia ingat orang Sabah dan Sarawak ini tidak bermaruah.

Baca Lagi!

Monday, July 10, 2017

Malaysia Sudah Selamat, Betul Ke Bohong???

Malaysia Sudah Selamat, Betul Ke Bohong???
Oleh: yieMEGA

PERDANA MENTERI Datuk Seri Najib Tun Razak telah mendakwa bahawa tiada apa pun yang perlu diselamatkan kerana semuanya sudah selamat dengan matlamat cuba menyelar tindakan pembangkang di dalam gerakkan mereka di dalam misi untuk menyelamatkan Malaysia. Malaysia sudah selamat? Betul ke bohong ni?.

Tidak dinafikan pada masa kini Malaysia berada di dalam keadaan aman damai, namun ianya tidak bermakna negara kita sudah pun selamat, hanya orang tidak waras sahaja yang akan berkata begitu. Jikalau yang berfikiran waras akan faham bahawa Malaysia masih belum selamat. 

Kapitalis-kapitalis yang berada di luar sana akan cuba bermacam cara untuk membuatkan Malaysia menjadi tidak selamat. Salah satu contoh ialah tindakan Kerajaan Negeri Sarawak yang merujuk syarikat guaman di United Kingdom (UK) berkenaan Perjanjian Malaysia (Malaysia Agreement 1963) berhubung hak negeri dalam konteks Sabah dan Sarawak membayangkan bahawa Kerajaan Negeri Sarawak sendiri kurang yakin Jabatan Peguam Negara mampu memberi penafsiran yang bebas dan adil sehinggakan mereka lebih percayakan orang luar daripada orang dari dalam negara mereka sendiri. Ini akan meletakkan Malaysia dalam keadaan 'bahaya' ia berkemungkinan akan mengudang campur tangan asing dalam menyelesaikan isu ini. Sila rujuk laporan Sinar Harian di sini. 

Penubuhan syarikat minyak milik Kerajaan Negeri Sarawak, PETRAS sudah membayangkan mereka sudah kurang yakin dengan Kerajaan Persekutuan Malaysia. Ini berkemungkinan tanda-tanda awal mereka sudah tidak mahu bernaung di bawah Kerajaan Persekutuan Malaysia nanti. 

Baca Lagi!

Wednesday, March 18, 2009

Ali Rustam Dilarang Bertanding !!!

Ali dilarang bertanding


Saya akan buat kenyataan esok (hari ini) di Melaka. Saya kena sahkan dulu sebab saya sendiri pun tidak tengok televisyen jadi tidak boleh komen, malah khidmat pesanan ringkas (SMS) pun saya tak terima. Semuanya akan saya jawab esok (hari ini) – MOHD. ALI RUSTAM
Naib Presiden


KUALA LUMPUR 17 Mac – Hasrat Datuk Seri Mohd. Ali Rustam untuk bertanding jawatan kedua tertinggi UMNO musnah apabila Lembaga Disiplin hari ini membuat keputusan melarang beliau bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Lembaga Disiplin parti itu mengumumkan, Mohd. Ali yang juga Naib Presiden UMNO dan salah seorang calon ‘pilihan’bagi jawatan itu bersalah di bawah Perkara 10.1 Tataetika Ahli UMNO apabila tiga ejennya didapati bersalah mengamalkan politik wang.

Selain Mohd. Ali, Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail turut mengumumkan, Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bersalah di bawah perkara yang sama.

Bagaimanapun calon Ketua Pemuda UMNO itu hanya dikenakan tindakan amaran.

Seorang lagi calon Ketua Pemuda yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo pula didapati tidak bersalah atas dakwaan politik wang.

Pada sidang akhbar tersebut Lembaga Disiplin UMNO mengumumkan hasil siasatan 29 kes pemimpin dan ahli UMNO berhubung kes politik wang dengan 15 daripadanya didapati bersalah.

Turut bersalah dan digantung keahlian selama tiga tahun ialah Ketua Pemuda UMNO Sabah, Datuk Japlin Akin; Ketua Wanita UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Salmah Pin dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Maran, Mohamad Najuib Mohamad Shahaimi

Ahmad Rithauddeen berkata, Perkara 10.1 Tataetika Ahli UMNO adalah berkaitan anggapan kebersalahan jika ejen atau pelobi atau perayu kempen calon didapati bersalah dan ada fakta calon terbabit ada pengetahuan atau terlibat.

‘‘Jadi kesalahan itu adalah disebabkan ada sabit pekerja dia atau apa saja, yang buat salah, maka dia sebagai prinsipal juga akan dianggap bersalah. Tetap kesalahan itu tidaklah sama seperti yang dilakukan ejennya,’’ katanya di Ibu Pejabat UMNO di sini hari ini.

Menurutnya, dalam kes Mohd. Ali, Lembaga Disiplin mendapati tiga ejen Ketua Menteri Melaka itu termasuk Setiausaha Politiknya, Saadun Basirun didapati bersalah dalam politik wang.

Tambahnya, dua lagi ejen beliau ialah Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bukit Katil, Rosli Hasan dan Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian Bukit Katil, Zalina Ismail.

Ketiga-tiga mereka dikenakan hukuman gantung keahlian selama tiga tahun.

Ahmad Ritahuddeen berkata, walaupun Mohd. Ali yang juga Naib Presiden UMNO telah diberi peluang memberikan penjelasan dalam soal siasat yang dijalankan, Lembaga Disiplin tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.

Beliau menjelaskan, Mohd. Ali hanya dilarang daripada bertanding pada pemilihan parti minggu depan tetapi keahliannya tidak digantung.

Ditanya kenapa hukuman yang tidak sama dikenakan ke atas Khairy walaupun didapati melakukan kesalahan di bawah Perkara 10.1, beliau berkata, hukuman tidak semestinya sama kerana tahap kesalahan yang berbeza.

Perbezaan itu juga katanya, adalah kerana pembuktian yang lemah terhadap restu calon kepada ejennya.

‘‘Hubungan ejen dengan Khairy juga tidak begitu jelas, bagaimanapun untuk melepaskannya begitu sahaja tidak boleh kerana terdapat sedikit bukti melibatkan beliau dengan kesalahan berkenaan,’’ ujarnya.

Ditanya aduan politik wang terhadap Ahli MT UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Norza Zakaria yang menghadapi tuduhan rasuah di mahkamah, Ahmad Rithauddeen enggan mengulas kerana ia belum diputuskan oleh pihak berkenaan.

Mengenai calon-calon MT yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), jelasnya, ia adalah perkara yang berasingan.

‘‘Asas kita adalah Tataetika Ahli UMNO sahaja. Kalau SPRM ia libatkan kesalahan jenayah. Jika kesalahan jenayah berlaku, ia tugas polis untuk siasat dan tentukan ada kes atau tidak, jika ada teruskan dengan pendakwaan,’’ ujarnya.

Menurutnya, pengumuman hukuman terhadap ahli UMNO yang terbabit dengan salah laku menjelang Perhimpunan Agung bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana ia juga pernah dilakukan sebelum ini.

‘‘Kita juga membuat keputusan sama pada pemilihan sebelum ini, mereka yang terbabit boleh membuat rayuan termasuk selepas pemilihan,” katanya.

{http://www.utusan.com.my}


Komen Suara Generasi Muda Malaysia

Lembaga Disiplin UMNO telah mengeluarkan keputusan berhubung spekulasi yang timbul mengenai calon Timbalan Presiden UMNO yang dikaitkan dengan politik wang. Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang juga merupakan Ketua Menteri Melaka telah dilarang untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO yang dijadualkan berlangsung 24 Mac nanti.

Persoalanya adakah hukuman yang dikenakan terhadap Ali Rustam ini benar-benar adil untuknya ataupun hukuman ini adalah salah satu cara untuk menjatuhkan beliau. Sepertimana yang kita tahu orang sanggup menggunakan pelbagai cara untuk berjaya di dalam arena politik.

Bagi penulis hukuman Lembaga Disiplin UMNO tidaklah terhad kepada orang tertentu sahaja kerana jika tidak ia akan menjadikan keadilan untuk ahli-ahli tidak wujud dan kepercayaan ahli akan luntur sekiranya Lembaga Disiplin dipergunakan oleh orang tertentu untuk kepentingan orang tertentu.

Penulis mendapat maklumat yang ramai lagi yang terlibat dengan Politik Wang termasuklah yang bertanding untuk jawatan yang tertinggi tidak pula dikenakan tindakan, sudah tentu berlaku 'pilih bulu' oleh Lembaga Disiplin UMNO lagi tambahan pula banyak desas-desus keputusan Lembaga Disiplin UMNO ini di dalangi seseorang.

Pada kesempatan ini penulis mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bertanding sekali lagi Jawatan Presiden UMNO melawan Tengku Razaleigh Hamzah tanpa menggunakan sistem kouta kerana dengan ini kita boleh tahu siapa sebenar yang kuat.

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin