Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label parti warisan sabah. Show all posts
Showing posts with label parti warisan sabah. Show all posts

Monday, April 23, 2018

PRU 14: NEGARAKU UBAH SEKALI

PRU 14: NEGARAKU UBAH SEKALI
Oleh: yieMEGA

HARI berganti hari silih berganti, kini bahang Pilihan Raya Umum Ke 14 semakin panas, cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi hari penamaan calon dan ini juga bermakna detik bersejarah bagi negaraku Malaysia apabila rakyat di seluruh pelusuk tanah air akan menunaikan kewajipan mereka dengan memilih parti mana yang mereka mahu untuk membentuk kerajaan negeri mahupun Kerajaan Malaysia. Pada 9 Mei 2018 kita akan dapat tahu adakah Kerajaan Sementara (caretaker government) sekarang akan membentuk kerajaan mahupun Pembangkang sekarang yang akan membentuk kerajaan. 

Di dalam PRU13 yang lalu kita telah membuat kesilapan besar dengan mengundi Barisan Nasional atau dengan kata lain memangkah lambang dacing. Mungkin masa tu pada pandangan kita dacing belum senget lagi, tapi sekarang selepas sepenggal mereka berkuasa sudah terang lagi bersuluh dacing sudah menjadi senget. (Meminjam ungkapan Usop Wilcha) bermacam-macam isu yang timbul dari 1MDB, kehilangan pesawat MAS MH370, pesawat mas MH17 dibedil, Banjir Besar 2014 di pantai timur (Bah Kuning), pembunuhan abang Presiden Korea Utara, Jho Low, pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Shafie Afdal  dan yang paling baru sekali pembunuhan Pensyarah Universiti Kuala Lumpur Warganegara Palestin dipercayai dibunuh oleh perisik asing. Itulah rentetan peristiwa-peristiwa yang melanda negaraku Malaysia sepanjang era pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri Sementara) dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansur (mahu dirinya dipanggil mak cik Rosmah mungkin juga dipanggil nenek Rosmah) yang juga boleh disifatkan sebagai Emelda dan Marcos Malaysia.  

Baca Lagi!

Monday, April 2, 2018

Annuar Musa Si Kaki Bodek?

Annuar Musa Si Kaki Bodek
Oleh: yieMEGA

MUNGKIN mendengar orang menyebut nama Tan Sri Annuar Musa, sudah tentu ramai yang sudah mengenalinya kerana bukan sahaja 'popular' di kalangan ahli-ahli politik, malah beliau turut dikenali di dalam dunia sukan terutamanya Bola Sepak. "Pelawok" itulah boleh yang penulis kata kalau ada orang Kelantan tidak mengenali salah seorang pemimpin UMNO yang kononya 'berwawasan" kerana beliau pernah mengemudi KAFA (sebuah badan Bola Sepak Negeri yang menguruskan hal ehwal Pasukan Bola Sepak Negeri Kelantan.

Kalau kita bercerita satu insiden yang terjadi tak lama dahulu di Kelantan mungkin orang lebih mengenali insan bernama Annuar Musa. Peristiwa menabalkan raja di bawah "Pohon Tere" (Pokok Gajus di dalam loghat Kelantan) tambahan pula dia pun merupakan Ahli Parlimen Ketereh yang mempunyai sebuah pusat khidmat rakyat yang akronimnya adalah KHADAM. Jadi amatlah janggal sekiranya ada orang Kelantan yang tidak mengenali beliau.

Salah satu kejayaan beliau adalah membantu skuad Bola Sepak Negeri Kelantan menjadi "Juara Trebble" sewaktu beliau memegang jawatan Presiden KAFA. Pembaharuan-pembaharuan yang dibuat beliau sememangnya 'menjadi' pada ketika itu, siapa sangka kerana manusia bernama Annuar Musa inilah yang membawa skuad Kelantan ke puncak jaya. Maaf cakap penulis kena cakap benda betul, di sini memang Annuar Musa hebat (bukan nak membodek ni tapi kenyataan).

Baca Lagi!

Thursday, March 29, 2018

Adakah PAS Bersekutu Dengan UMNO Dalam Diam ?

Adakah PAS Bersekutu Dengan UMNO Dalam Diam ?
Oleh: yieMEGA

DEMAM Pilihan Raya Umum yang ke 14 semakin jelas terasa, semakin hari terasa semakin dekat dengan detik keramat negara kita itu. Bermacam-macam isu timbul dari 1MDB, Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya, Undang-undang Anti Berita Palsu, Isu Air di Selangor, Isu Air di Besut. Sudah bermacam-macam "statement" kita sudah dengar baik di pihak Barisan Najib mahupun di pihak Pakatan Harapan Termasuklah "Statement" dari Imam Besar Mazhab Gagasan Sejahtera YB Tuan Guru Haji Hadi yang berkaitan dengan pilihan raya yang disifatkan sebagai 'ibu segala pilihan raya' tersebut.

Penulis hanya ingin fokus mengenai "statement" yang dikeluarkan oleh pihak PAS akhir-akhir ini. Kalau kita lihat beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak PAS sejak mutakhir ini, kita akan dapati kebanyakkan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh PAS seolah-olah mereka 'sebulu' dengan Barisan Najib. Paling memeranjatkan mereka lebih banyak menyerang Pakatan Harapan daripada Barisan Najib. Berdasarkan beberapa kenyataan PAS sebelum ini penulis merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan PAS. Daripada pemerhatian penulis, kelihatan beberapa kenyataan yang dikeluarkan PAS sejak mutakhir ini seolah-olah menunjukkan PAS sudah bersekutu dengan UMNO secara diam-diam. Maklum sahaja teringat pula satu ayat yang berbunyi "Bersekutu menambahkan mutu". Mungkin itu adalah salah satu cara PAS untuk menambahkan mutu.

Namun, masih samar samaada PAS sudah bersekutu dengan UMNO atau tidak cuma ciri-cirinya sudah kelihatan semakin ketara. Andai kata PAS benar-benar bersekutu dengan UMNO, ini bermakna PAS telah memperbodohkan ahlinya sendiri yang sudah sedia bodoh itu kerana bagi mereka semua pemimpin-pemimpin PAS semuanya 'maksum' kerana katanya "ulama-ulama" mereka adalah perwaris nabi kononya. 

Baca Lagi!

Tuesday, March 20, 2018

PAS sudah tidak minat laksana Hudud?

PAS sudah tidak minat laksana Hudud?
Oleh: yieMEGA

PAS difahamkan telah melancarkan manifesto untuk Pilihan Raya Umum ke 14 yang dijangka diadakan tak lama lagi. Manifesto tersebut diberi nama "Malaysia Sejahtera" mungkin ini simbolik sekiranya rakyat memilih untuk mengundi PAS pada PRU14 kelak secara tidak langsung Malaysia akan lebih sejahtera sekiranya PAS berjaya membentuk kerajaan. Nampaknya, PAS benar-benar yakin bahawa mereka boleh 'menang besar' pada PRU kali ini. Malah bukan sahaja pemimpin mereka ahli-ahli akar umbi juga sudah mula angkuh dan sombong kerana meramalkan rakyat akan memilih PAS dalam PRU yang bakal mendatang ini. 

Inilah perangai PAS dari dulu sampai sekarang tak berubah-ubah, belum apa-apa sudah berangan lebih-lebih lepastu siap jadi angkuh dan sombong pulak tu, kerana bagi tiada siapa yang lebih Islam daripada mereka. Mereka adalah Tentera Allah, mereka adalah pembawa Ajaran Allah dan bagi mereka seolah-olah tiada siapa yang mampu jadi sehebat mereka. Apa yang orang lain buat semuanya 'tak betul' dan apa yang dia buat semuanya betul.Hanya mereka lebih Islam dari yang lain.

9 TERAS UTAMA MANIFESTO PAS - MALAYSIA SEJAHTERA

1) Membentuk sebuah kerajaan yang berintegriti, beramanah dan bebas daripada rasuah.

2) Penambahan pendapatan boleh guna dan penjanaan peluang baru kepada rakyat.

3) Usaha untuk meredakan kesan peningkatan inflasi kepada rakyat, dan kenaikan kos sara hidup.

4) Mengurangkan jurang agihan pendapatan dan kekayaan ekonomi antara kawasan bandar dan luar bandar.

5) Meningkatkan kualiti pendidikan ke arah pembinaan modal insan yang cemerlang.

6) Mengharmonikan sistem perundangan dan tadbir urus negara selaras dengan kehendak Syariah.

7) Mengukuhkan semula konsep federalisme dengan mengembalikan hak-hak tertentu kerajaan negeri.

8) Memerkasakan suara rakyat selaras dengan tuntutan syura dan amalan dekorasi.

9) Menambahbaik keberkesanan sistem sokongan sosial untuk golongan yang memerlukan.

Daripada 9 Teras Utama Manifesto PAS, penulis dapat ada kurang satu lagi teras penulis tak tahu kenapa Pelaksanaan Hudud tidak terkandung di dalam manifesto PAS kali ini, adakah Hudud sudah tidak penting bagi PAS? atau demi kemenangan Politik mereka sanggup gugurkan apa yang mereka perjuangkan selama ini hanya kerana ingin menang dalam pilihan raya. Persoalan itu akan terus menjadi persoalan selagi ianya tidak dirungkai dengan cermat oleh PAS. 

Penulis sendiri tidak pasti kenapa PAS meminggirkan Hukum Hudud pada manifesto kali ini, ataupun mungkin juga mereka berpandangan itu tak perlu diberitahu kerana itu perjuangan teras mereka dan tidak ada keperluan untuk meletakkanya di dalam manifesto mereka. 

Harapnya tiadanya perlaksanaan hudud di dalam manifesto kali ini bukan disebabkan kepimpinan yang membuat  keputusan "Flip-Flop" seperti era pemerintahan Pak Lah Badawi satu masa dahulu. Jika berlaku disebabkan perkara tersebut penulis khuatir akan berlaku salah faham dan ada yang akan kata PAS seolah-olah cuba mempermainkan Hukum Allah ini. Harap ianya tidak berlaku kerana dibimbangi lama-kelamaan boleh membawa kepada berlakunya pemesongan akidah.

PRU kali ini PAS tampak lebih bersedia dan tahap keyakinan PAS boleh dikatakan 300% mereka boleh menang besar, oleh sebab demikian mereka mula angkuh dan sombong walaupun mereka masih belum memenangi PRU tersebut, jadi tanya pada diri anda adakah layak kita memberi undi kepada PAS.


Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin