Bilangan Pengunjung:

Monday, April 23, 2018

PRU 14: NEGARAKU UBAH SEKALI

PRU 14: NEGARAKU UBAH SEKALI
Oleh: yieMEGA

HARI berganti hari silih berganti, kini bahang Pilihan Raya Umum Ke 14 semakin panas, cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi hari penamaan calon dan ini juga bermakna detik bersejarah bagi negaraku Malaysia apabila rakyat di seluruh pelusuk tanah air akan menunaikan kewajipan mereka dengan memilih parti mana yang mereka mahu untuk membentuk kerajaan negeri mahupun Kerajaan Malaysia. Pada 9 Mei 2018 kita akan dapat tahu adakah Kerajaan Sementara (caretaker government) sekarang akan membentuk kerajaan mahupun Pembangkang sekarang yang akan membentuk kerajaan. 

Di dalam PRU13 yang lalu kita telah membuat kesilapan besar dengan mengundi Barisan Nasional atau dengan kata lain memangkah lambang dacing. Mungkin masa tu pada pandangan kita dacing belum senget lagi, tapi sekarang selepas sepenggal mereka berkuasa sudah terang lagi bersuluh dacing sudah menjadi senget. (Meminjam ungkapan Usop Wilcha) bermacam-macam isu yang timbul dari 1MDB, kehilangan pesawat MAS MH370, pesawat mas MH17 dibedil, Banjir Besar 2014 di pantai timur (Bah Kuning), pembunuhan abang Presiden Korea Utara, Jho Low, pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Shafie Afdal  dan yang paling baru sekali pembunuhan Pensyarah Universiti Kuala Lumpur Warganegara Palestin dipercayai dibunuh oleh perisik asing. Itulah rentetan peristiwa-peristiwa yang melanda negaraku Malaysia sepanjang era pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri Sementara) dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansur (mahu dirinya dipanggil mak cik Rosmah mungkin juga dipanggil nenek Rosmah) yang juga boleh disifatkan sebagai Emelda dan Marcos Malaysia.  


Sudah berapa lama kita sebagai rakyat Malaysia telah memberi peluang kepada Barisan Nasional 'menjajah' Malaysia, namun sejak akhir-akhir ini kelihatan jelas Barisan Nasional telah disalahgunakan oleh Najib Razak dan Rosmah Mansur sehingga sekarang Barisan Nasional sudah layak digelar Barisan Najib kerana Najib dan Rosmah telah membuat parti itu umpama parti Mak Bapak dia yang punya. Apa yang kita lihat undi kita yang terdahulu yang memangkah dacing dibalas dengan kenaikkan harga barang, GST diperkenalkan Subsidi Petrol di hapuskan walaupun kita telah disuap dengan BR1M.

Sudah banyak kali kita memberi peluang kepada Barisan Nasional dan kini tiba masanya kita 'ubah sekali' mencuba sesuatu yang baru atau denga kata lain memangkah  lambang mata sekaligus membolehkan Pakatan Harapan membentuk Kerajaan Malaysia. Ayuhlah adakah kita masih tak cukup lagi kita terbeban dengan pelbagai kenaikkan sepanjang era pemerintahan beliau sehinggakan kita sanggup memilih beliau sekali lagi untuk memerintah Malaysia sedangkan kita sudah cukup terbeban dengan pemerintahanya sebelum ini, jadi adalah lebih baik kita memilh Pakatan Harapan daripada terus memberi sokongan kepada Barisan Nasional yang sudah banyak menyusahkan rakyat sebelum ini adakah kita mahu pilih mereka lagi.

Ayuh Negaraku Malaysia marilah ubah sekali agar Malaysia kembali berpretasi tinggi dan kerajaanya adalah kerajaan yang peduli rakyat dan faham denyut nadi rakyat, usah lagi kita membawa malapetaka datang ke negara kita dengan memangkah dacing dalam ertikatalain mengekalkan pemerintahan Pak Cik Najib Razak dan Isterinya Mak Cik Rosmah. 

Marilah sama-sama kita kuburkan Barisan Nasional dan dalam masa yang sama kita akan pastikan jika mereka berdua benar-benar bersalah biarkan mereka menghabiskan hari-hari tua mereka di dalam penjara dan segera bertaubat atas perbuatan mereka sebelum ini. 

Akhir Kalam, gunakan hak kita sebagai rakyat kerana rakyat adalah hakim negara jangan sesekali menggadai maruah kita hanya kerana sesuap dedak yang tak seberapa itu, ingatlah maruah adalah lebih berharga daripada dedak jadi usahlah terpedaya dengan dedak dan janji manis mereka kerana mereka sudah tidak berguna buat kita dan boleh diibaratkan sebagai sampah yang perlu dilupuskan dan tidak boleh dikitar semula lagi. Fikir-fikirkanlah.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin