Bilangan Pengunjung:

Friday, April 27, 2018

Komunis dan Barisan Nasional

Komunis dan Barisan Nasional
Oleh: yieMEGA

HARI ini penulis ingin mengetengahkan artikel yang bertajuk Komunis dan Barisan Nasional untuSila baca di sini), tiba-tiba ia menjadi isu hangat dan katanya ia akan mendatangkan kemarahan Melayu kerana Melayu benci komunis. Penulis sendiri tidak faham dengan mereka semua ini, sedangkan yang bertanding cucunya tetapi kenapa dosa nenek dia perlu diheret dan diletakkan di atas kepala cucunya pula. Ramai yang bimbang cucu Samsiah Fakeh ini akan menyemarakkan semula pengaruh komunisme di negaraku ini. Sebenarnya tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana fahaman tersebut ternyata kurang diterima di negara ini, ataupun kalau anda semua merasa bimbang sangat adalah lebih elok mengambil pendedatan janganlah undi dia barulah mudoh baso seney kiro .
k memberi pedoman kepada semua pembaca setia blog penulis yang tak seberapa ini, memandangkan hari sabtu ini 28 April 2018 merupakan hari penamaan calon untuk Pilihan Raya Umum Ke 14 yang ditetapkan pada hari Rabu 9 Mei 2018. Baru-baru ini apabila DAP mengumumkan untuk mencalonkan cucu Shamsiah Fakeh bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (


Persoalan yang penulis ingin bangkit di sini, kenapa takut dengan penyebaran fahaman komunisme ini? Sedangkan kerajaan sementara sekarang ini telah mengagung-agungkan komunis, cuba anda lihat berapa banyak projek-projek pembangunan yang bertaraf mega telah diperuntukkan kepada China dan semua orang tahu bahawa China adalah komunis, tengok sahaja ECRL dan lain-lain projek lagi yang diberikan kepada China sehinggakan mereka diberi kelebihan pengecualian cukai GST sedangkan pemaju tempatan terpaksa membayar GST walaupun projek mereka untuk kesejahteraan rakyat, tak cukup dengan penganugerahan projek-projek kerajaan syarikat dari Kerajaan Komunis China diberi kepercayaan oleh Barisan Nasional untuk mencetak Kain Rentang Kempen BN yang tertera tulisan Hidup Rakyat, jadi rakyat boleh penilaian sendiri siapa yang menjadi tali barut komunis di sini adakah Pakatan Harapan, DAP ataupun Barisan Nasional sendiri.

Demokrasi Subur di dalam MyPPP
Apa yang penulis hendak katakan di sini demokrasi subur di dalam MyPPP apabila Lembaga Disiplin berkuasa memecat Presiden sendiri pemecatan seumpama ini sudah tentu tidak akan berlaku pada UMNO sendiri kerana demokrasi sudah mati di dalam UMNO. Cuba bayangkan seseorang yang duduk di hierarki paling tinggi di dalam parti tetapi Lembaga Disiplin berkuasa memecat beliau. Namun, sekiranya berlaku dalam UMNO jangan harap la Lembaga Disiplin nak memecat Yang Amat Berkuasa Tuan Presiden mereka.

Di sini apa yang penulis dapat lihat, Setiausaha Agung BN Datuk Tengku Adnan Tengku Mansur dilihat telah masuk campur urusan dalam parti komponen BN atau MyPPP dengan mengarahkan presiden parti tersebut dipecat bagi penulis ia satu cubaan untuk mencampuri urusan dalaman sebuah parti yang menjadi parti komponen BN tersebut. Ahli akar umbi MyPPP boleh membuat protes dengan keluar beramai-ramai daripada parti tersebut ataupun merek mengadakan demo aman menuntut Ku Nan supaya tidak mencampuri urusan dalaman MyPPP.

Bekas Ketua Pengarah JASA tidak dicalonkan di PRU14.
Bekas Ketua Pengarah JASA Dr Puad Zakarshi mengatakan sistem pemilihan calon oleh UMNO dan BN telah rosak, bagi penulis mungkin ada betulnya juga dakwaan Dr Puad itu, mana taknya selama ini beliau lah yang menjadi panglima perang mempertahakan bosnya yang boleh diibaratkan "Raja dalam BN" di mana akar umbi parti tidak boleh sesekali menderhaka padanya walaupun sepatutnya "Raja yang adil disembah
raja yang zalim disanggah". Kita tinggalkan soal rakyat yang merderhaka pada rajanya kita berbalik kepada isu asal di mana Puad Zakarshi tidak tercalon walaupun sebelum ini beliau berhempas-pulas mempertahankan bosnya yang beliau anggap seperti Dewa itu. Mungkin juga ilmu Bodekologi Puad tidak berkesan dan mungkin juga 'kurang power' menyebabkan beliau dinafikan hak untuk menjadi calon. Mungkin yang dapat jadi calon tu ilmu bodekologi dia lagi hebat dari Puad. Ternyata 'kerja-kerja bodekologi Puad sebelum ini sia-sia sahaja dan belum cukup memuaskan nafsu Najib Razak.

Syarat Tambahan SPR mengenai Poster Pemimpin

Permit Bahan Kempen

(a) Pemasangan bahan-bahan kempen mestilah mempunyai permit untuk mempamerkan bahan-bahan kempen kepada orang ramai dalam bahagian pilihan raya yang ditandinginya. Permit bahan kempen tersebut akan dikeluarkan oleh Pengarah Pilihan Raya Negeri tertakluk kepada terma dan syarat yang ditentukan di bawah Seksyen 24B (4), Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Penggunaan Gambar Pemimpin Utama Parti Politik

(b) Dihadkan kepada gambar 2 (dua) orang pemimpin utama parti politik iaitu Presiden (atau setaraf dengannya) dan Timbalan Presiden (atau setaraf dengannya) bagi parti politik yang bertanding (berdasarkan kepada penggunaan lambang/simbol parti politik yang didaftarkan oleh calon semasa Hari Penamaan Calon).

(c) Jawatan selain daripada Presiden (atau setaraf dengannya) dan Timbalan Presiden (atau setaraf dengannya) parti adalah tidak dibenarkan.

(d) Bahan kempen tersebut boleh digabungkan atau diletakkan secara berasingan bagi gambar kedua-dua pemimpin utama parti politik.
Penulis merasakan syarat ini sengaja diberikan bagi mengelakkan Pakatan Harapan memaparkan Poster Tun Dr Mahathir mungkin mereka ada alasan tersendiri untuk menguatkuasakan undang-undang seperti ini tetapi apa yang penulis lihat ia kelihatan lebih kepada untuk mempertahankan Kerajaan BN termasuklah Najib Razak. Inilah yang dikatakan demokrasi ala BN a.k.a Bapak Nipu.

Akhir kalam, walau apa pun yang berlaku penulis berharap semua penyokong-penyokong Pakatan Harapan tetap 'istiqamah di dalam perjuangan. Dalam pada itu, mengikut sumber maklumat SB yang diberi kepada penulis  Pakatan Harapan memerlukan lebih lagi undi untuk membolehkan PH menumbangkan Barisan Nasional a.k.a Barisan Najib sekaligus mengulingkan rejim Al-Najib Al-Razaki ini. In Shaa Allah usaha bersungguh-sungguh barulah tidak mustahil perkara ini menjadi realiti. Fikir-fikirkanlah. 




No comments:

Blog Widget by LinkWithin