Bilangan Pengunjung:

Monday, April 9, 2018

PRU14: RAKYAT MALAYSIA PILIH 'DEDAK' ATAU MARUAH?

PRU14: RAKYAT MALAYSIA PILIH 'DEDAK' ATAU MARUAH?
Oleh: yieMEGA

PARLIMEN baru sahaja dibubarkan pada Sabtu lalu (7 April 2018), ini menandakan bahawa bahang Pilihan Raya Umum Ke 14 semakin 'panas' dan kini hanya membilang hari untuk ke hari yang penuh bersejarah itu. PRU14 yang disifatkan Perdana Menteri Kerajaan Sementara Barisan Najib sebagai 'Bapa segala Pilihan Raya' manakala ada juga yang menyifatkan pilihan raya ini sebagai 'Ibu segala Pilihan Raya'. Di mana diramalkan berlakunya 'pertandingan sengit' di antara Barisan Najib yang menaungi Kerajaan Sementara dan Pembangkang terutamanya Pakatan Harapan yang dikatakan mampu memberi saingan sengit kepada Barisan Najib.

Barisan Najib dengan angkuhnya mereka berkata "Mereka boleh menang Besar kali ini, Pakatan Harapan tidak akan mampu menawan Putrajaya". Semasa Melancarkan Manifesto Barisan Najib baru-baru ini beberapa jenis 'dedak' ditawarkan kepada rakyat yang sanggup menjadi 'pemakan dedak' hingga sanggup mengabaikan maruah diri sendiri.

Persoalan pada PRU kali ini yang belum terungkai adalah "Adakah rakyat Malaysia Pilih 'Dedak' ataupun 'Maruah Diri". Sekiranya rakyat Malaysia yang sanggup korbankan 'maruah diri' demi sesuap 'dedak' ternyata itu adalah Kejayaan terbesar Kerajaan Barisan Najib ialah Berjaya menjadikan rakyat Malaysia sebagai rakyat tidak bermaruah dan hanya setia pada yang satu iaitu 'dedak'. 

Ayuh rakyat Malaysia bangkitlah kita menentang orang yang memperkenalkan GST, usah terpedaya dengan janji kenaikan BR1M kerana BR1M walau naik sekalipun duit tu cepat je habis digunakan. Sedangkan bertahun-tahun kita terpaksa membayar GST, Adakah kita hendak pilih Kerajaan yang menyusahkan rakyat seperti ini? Tidak cukupkah kita merana hampir lima tahun kita terpaksa menangung beban GST, sanggupkan kita membenarkan Kleptokrasi terus bermahajaralela. Adakah kita nak wariskan kepada anak cucu kita Kerajaan yang dibebani hutang yang bertimbun-timbun. 


Kata PM Kepala Bapak Kau "Hasil daripada GST inilah kita pulangkan kepada rakyat dalam BR1M yang lebih tinggi" Tidakah kita rasa tertipu? Kita berbangga dengan BR1M dan memuji langkah kerajaan memberi BR1M tetapi sebenarnya apa yang kita dapat itu adalah sememangnya sudah menjadi hak kita. Cuba fikir sejenak dia ambil duit kita melalui GST lepas tu dengan kita tu jugalah dia kembalikan kepada kita melalui BR1M menggunakan duit kita, bayangkan tidakah kita telah diperbodohkan oleh manusia bernama Najib Razak hinggakan kita 'keliru' dan 'terlupa' yang sebenar-benarnya duit kita. Kita bagi dia duit, dia masuk poket dia lepas tu dia seluk poket dia ambik duit kita tadi dan beri kepada kita kembali selepas dia berbangga kononya 'dahulukan rakyat' tapi sebenarnya beliau telah 'bodohkan rakyat'.

Wahai Rakyat Malaysia, 
Kita wajib menentang Kleptokrasi biar kita dijanjikan emas berlian, bulan dan bintang serta matahari sekalipun. jangan jatuhkan maruah kita hanya kerana termakan 'dedak' yang mungkin diletak sekali 'racun' di dalam dedak itu sehinggakan kita gandaikan prinsip, maruah dan perjuangan. Usahlah makan 'dedak' nanti kita sendiri diracun oleh PM Kepala Bapak Kau. Jangan kita terpedaya hingga termakan 'dedak beracun' itu.

Ayuh bangkitlah rakyat Malaysia kita bersatu menghuban pemimpin kleptokrasi, kita ajar dia cukup-cukup kerana dia kurang ajar, Marilah bersama-sama kita berganding bahu membentuk Malaysia baru yang lebih adil dan saksama dan yang benar-benar mengutamakan kebajikan rakyat. Ubahlah sekali, Berilah peluang sekali tak puas hati kita singkirkan kembali. Demi negaraku Malaysia marilah kita berjuang habis-habisan jangan lupa Undilah Barisan Nasional tapi Pangkahlah Mata, ayuh bersama-sama kita Selamatkan Malaysia. 


No comments:

Blog Widget by LinkWithin