Ayuh Siswazah Menganggur Zahirkan Sokongan Anda Pada Pakatan Harapan
Oleh: yieMEGA
SISWAZAH menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah orang lulusan universiti. Manakala Menganggur pula menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah tidak mempunyai pekerjaan. Hari ini penulis ingin menyeru agar semua siswazah-siswazah menganggur yang berada di luar sana menzahirkan sokongan yang tak berbelah bahagi kepada Pakatan Harapan.
Kenapa Siswazah menganggur perlu memberi sokongan yang tak berbelah bahagi kepada Pakatan Harapan??? Mudah sahaja jawapanya. Penulis ingin buka minda para siswazah yang sampai sekarang masih menganggur. Penulis percaya bukan mereka tidak berusaha untuk mendapatkan pekerjaan, mungkin beribu-ribu interview mereka sudah hadiri tapi sampai sekarang nasib tidak menyebelahi mereka.
Penulis juga percaya bahawa mereka juga sudah banyak kali menghadiri temuduga untuk jawatan-jawatan di jabatan-jabatan kerajaan tidak kiralah Kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan negeri, asalkan ianya dinamakan sebagai kerajaan. Bayangkan sudah berpuluh-puluh malah ada yang sudah beratus-ratus menghadiri temuduga untuk kerja kerajaan tetapi satu pun tidak dapat, ini bermakna kesimpulan yang kita boleh buat kerajaan tidak mahukan anda sebab itulah mereka tidak mengambil anda bekerja. Soalnya kenapa kita masih nak menyokong kerajaan sedangkan kerajaan pun tak inginkan kita jadi lebih baik kita bersatu dan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Pakatan Harapan.
Untuk apa lagi kita membela dan menyokong kerajaan sedangkan kerajaan tidak peduli hal anda, kerajaan hanya tahu 'memeras ugut' anda kalau kita tak dapat bayar pinjaman PTPTN walaupun kita boleh menangguh pembayaran pinjaman tersebut tetapi kalau kita terlalu lama menganggur akhirnya 'kita terus dipaksa' untuk membayar PTPTN. Inilah yang dikatakan kerajaan yang dahulukan rakyat kononya.
Cuba anda bayangkan, bagaimana kita berhabis tenaga, masa dan wang ringgit untuk melanjutkan pengajian kita, selama ini kita menyokong Kerajaan tapi kerajaan sedikitpun tidak menyokong kita. Jadi buat apa lagi kita beri undi pada Barisan Nasional nanti BN menang makin sedaplah Najib Razak Bagai Kaduk Naik Junjung. Undilah BN untuk biarkan mereka terus bazirkan duit rakyat.
Jadi usah kita membuang masa lagi, marilah bersama-sama kita pastikan Kerajaan Barisan Nasional atau lebih tepat Kerajaan Barisan Najib menjadi pembangkang pasca PRU 14, inilah masa yang sesuai untuk kita mengajar cukup-cukup Kerajaan Barisan Najib yang kurang ajar itu. Ayuh jangan berlengah lagi zahirkan sokongan anda dengan memangkah lambang mata di kertas undi pada PRU14.
Tak perlulah kita memberi sokongan lagi kepada kerajaan yang dahulukan rakyat padahal ia hanyalah mitos kerana sebenarnya Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib Razak (penulis lebih suka menggunakan istilah Kerajaan Barisan Najib kerana dia buat BN tu macam bapak dia punya), ayuh sama-sama kita kembalikan kuasa rakyat, beranilah kita membuat perubahan agar kita dapat merevolusikan negara kita.
Ingat undian anda untuk Pakatan Harapan merupakan satu Revolusi untuk Malaysia. Jom kita berubah ke arah Malaysia yang lebih baik dan peduli rakyat bukanya yang suka menghabiskan wang rakyat, yang menambah beban kepada rakyat dengan menanggung pak-pak menteri yang bergaji tinggi namun pencapaiaan langsung tidak membanggakan. Ayuh hilangkan derita rakyat UNDILAH PAKATAN HARAPAN dengan memangkah lambang mata pada kertas undi.
No comments:
Post a Comment