Bilangan Pengunjung:

Tuesday, April 10, 2018

BN dan Pakatan Harapan Tidak Tertubuh Dengan Syarak - PAS

BN dan Pakatan Harapan Tidak Tertubuh Dengan Syarak - PAS
Oleh: yieMEGA

PENULIS terbaca satu laporan Malaysiakini yang bertajuk "BN, Harapan Tidak Tertubuh dengan Syarak", hebat hari ini penulis memilih untuk berbicara sedikit mengenai apa yang didakwa oleh artikel ini adakah ianya benar atau sekadar dakyah untuk melariskan barang jualan sahaja, sepertimana penjual ubat di kaki lima yang nak lariskan ubatnya sahaja. 

Pertama sekali, PAS adalah sebuah parti yang ditubuhkan dengan alasan dan hujah syarie dan kononya PAS ditubuhkan kerana ia tuntutan syarak agar pemerintahan negara mestilah berlandaskan nilai dan hukum Islam yang menyeluruh.

- Betulkah PAS adalah sebuah parti yang ditubuhkan dengan alasan dan hujah syarie dan kononya PAS ditubuhkan kerana ia tuntutan syarak agar pemerintahan negara mestilah berlandaskan nilai dan hukum Islam yang menyeluruh???? Bagi penulis PAS bukanlah sebuah parti yang ditubuhkan kerana tuntutan syarak dan berlandaskan nilai dan hukum Islam yang menyeluruh. Apakah hujah yang boleh menguatkan lagi pandangan penulis ini, PAS lahirnya daripada sesebuah episod kekecewaan yang semua orang tahu PAS adalah parti serpihan daripada UMNO, Mereka yang kecewa di dalam UMNO bertindak keluar UMNO dan menubuhkan PAS dan tiada alasan dan hujah syarie membawa kepada penubuhan PAS. Berkenaan dengan kononya PAS berlandaskan nilai dan hukum Islam. Sebenarnya PAS tidak berlandaskan nilai dan hukum Islam, apa yang penulis dapati ialah PAS mempergunakan Islam untuk survival politik mereka. Bagaimana mereka boleh mendakwa mereka berlandaskan hukum Islam sedangkan di negeri mereka berkuasa terutamanya Kelantan mereka tidak melaksanakan hukum hudud yang sebenar-benarnya sepertimana yang dilaksanakan oleh Arab Saudi tetapi Hukum Hudud mengikut Acuan PAS tidak ini satu lagi bukti bahawa PAS mempergunakan Islam demi kuasa politik. Untuk rekod, PAS pernah berkuasa di Terengganu tetapi mereka juga tidak melaksanakan hukum hudud yang sebenar-benarnya sepertimana yang di amalkan oleh Arab Saudi. 


Kedua, PAS secara konsisten menyeru kepada perpaduan umat dan rakyat dengan Islam. PAS tegas tiada erti perpaduan tanpa Islam. 

- Semua orang tahu bahawa PAS adalah Bapa Segala Perpecahan Umat dan rakyat dengan Islam. Amanat Hadi sebagai contoh telah menyebabkan berlakunya Solat Jumaat Dua Masjid Satu Mukim, Ahli PAS tidak hadir kenduri orang UMNO kerana katanya Haram, Pengebumian jenazah ahli PAS juga hanya dibuat oleh orang-orang PAS dan tidak akan menghadiri majlis pengebumian orang UMNO. Ini fakta jelas bahawa PAS sebenarnya adalah 'Bapa segala perpecahan'. 

Ketiga, PAS konsisten menolak kemungkaran dan kezaliman BN dalam pemerintahan yang merugikan negara dan menindas rakyat, Ia adalah sayap "mencegah kemungkaran" yang beriringan dengan sayap "menyuruh kepada al-makruf" dalam konsep dakwah "al-amru bil makruf wa al-nahyu anil munkar" diajarkan oleh Islam yang sempurna.

- PAS tidak konsisten menolak kemungkaran dan Kezaliman BN malah kerap kali membuat 'u-turn' perkara-perkara yang melibatkan BN, PAS juga mahukan Najib kekal sebagai PM. Tiada satu pun tindakan PAS yang terarah kepada mencengah kemungkaran sebaliknya lebih mementingkan survival politik mereka. Mereka juga tidak menyuruh kepada al-makruf sebaliknya mereka hanya memikirkan bagaiman hendak kekalkan kuasa. Penulis ingin mencabar PAS tunjukkan sudah berapa orangkah yang PAS berjaya mengislamkan orang kafir? Adakah untuk membuktikan PAS memperjuangkan Islam hanya dengan meletakkan perkataan "Islam" semata-mata contohnya Bandaraya Islam, Bandar Pelancongan Islam tetapi maksiat merata-rata.

Kelantan sebagai Model

- Benarkan Kerajaan PAS Kelantan boleh dijadikan model??? Penulis merasakan Kerajaan PAS Kelantan tidak boleh dijadikan model, lihat sahaja Statistik Hamil Luar Nikah negeri Kelantan terus mencatat kenaikkan hampir setiap tahun. 


Begitu juga dengan stastistik penagihan dadah di Kelantan sepertimana di bawah ini.

Jadi tanya pada diri layakkah Kelantan menjadi model untuk negeri-negeri lain? Fikir-fikirkanlah.

Katanya PAS berjaya mengukuhkan dirinya dengan lakaran masa depan untuk negara yang sejahtera, PAS memperkenalkan konsep Budaya Politik Matang Dan Sejahtera (BPMS) dan juga Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS). 

- Tiada jaminan bahawa PAS boleh membawa lakaran masa depan untuk negara yang sejahtera, untuk rekod semasa mereka diberi peluang memerintah Terengganu satu masa dulu, dunia perniagaan di Terengganu merosot teruk sehinggakan banyak kilang terpaksa menutup operasi kerana mengalami kerugian besar, kalau negeri pun mereka tak mampu tadbir dengan baik macamana mereka hendak mentadbir negara. Fikir-fikirkanlah. 

Namun, usaha PAS memperkenalkan konsep Budaya Politik Matang dan Sejahtera harus dipuji kerana PAS berjaya membuat 'transformasi' kepada diri mereka. Daripada Perjuangan Islam yang Ortodoks kini kita boleh melihat PAS yang lebih 'liberal' dan bukanya "Islam Liberal". Namun, daripada pemerhatian penulis semenjak dua menjak ini kelihatan PAS sudahpun "liberal" . Manakala, Wawasan Induk Negara Sejahtera yang diwar-warkan PAS hanyalah ingin menunjukkan mereka sebuah parti yang hebat padahal habuk pun tak ada, lihat sahaja track record mereka memerintah di dua negeri ternyata mereka gagal ni buat wawasan untuk negara pula negeri sendiri pun tak ada wawasan. Jadi fikir-fikirkanlah wahai rakyat Malaysia janganlah tertipu dengan "Marketing Strategy" PAS dan ingatlah jangan nanti undi PAS bererti memberi undi kepada UMNO/BN

No comments:

Blog Widget by LinkWithin