Annuar Musa Si Kaki Bodek
Oleh: yieMEGA
MUNGKIN mendengar orang menyebut nama Tan Sri Annuar Musa, sudah tentu ramai yang sudah mengenalinya kerana bukan sahaja 'popular' di kalangan ahli-ahli politik, malah beliau turut dikenali di dalam dunia sukan terutamanya Bola Sepak. "Pelawok" itulah boleh yang penulis kata kalau ada orang Kelantan tidak mengenali salah seorang pemimpin UMNO yang kononya 'berwawasan" kerana beliau pernah mengemudi KAFA (sebuah badan Bola Sepak Negeri yang menguruskan hal ehwal Pasukan Bola Sepak Negeri Kelantan.
Kalau kita bercerita satu insiden yang terjadi tak lama dahulu di Kelantan mungkin orang lebih mengenali insan bernama Annuar Musa. Peristiwa menabalkan raja di bawah "Pohon Tere" (Pokok Gajus di dalam loghat Kelantan) tambahan pula dia pun merupakan Ahli Parlimen Ketereh yang mempunyai sebuah pusat khidmat rakyat yang akronimnya adalah KHADAM. Jadi amatlah janggal sekiranya ada orang Kelantan yang tidak mengenali beliau.
Salah satu kejayaan beliau adalah membantu skuad Bola Sepak Negeri Kelantan menjadi "Juara Trebble" sewaktu beliau memegang jawatan Presiden KAFA. Pembaharuan-pembaharuan yang dibuat beliau sememangnya 'menjadi' pada ketika itu, siapa sangka kerana manusia bernama Annuar Musa inilah yang membawa skuad Kelantan ke puncak jaya. Maaf cakap penulis kena cakap benda betul, di sini memang Annuar Musa hebat (bukan nak membodek ni tapi kenyataan).
Namun, penulis tidak mahu bercakap mengenai beliau dalam sektor sukan bola sepak. Penulis ingin membuat sedikit 'ulasan' mengenai beliau di sektor politik. Perlu diingatkan kejatuhan Skuad Bola Sepak Kelantan bermula apabila Annuar Musa memilih untuk kembali aktif berpolitik, daripada detik itulah pencapaian KAFA mula merosot hinggalah merosot teruk menjelang perletakkan jawatanya sebagai Presiden KAFA.
Sebenarnya KAFA masih memerlukan Annuar Musa untuk membuat 'come back' kepada pencapaian terbaik Kelantan sebelum ini. Cuma mereka nak Annuar Musa bersara daripada politik dan menumpukan sepenuh masa sebagai Presiden KAFA di dalam membuat 're-engineering' ke atas pasukan pahlawan merah itu.
Sememangnya sudah tiba masanya Annuar Musa meninggalkan dunia politik dan kembali menumpukan di dalam usaha-usaha memantapkan semula Skuad Bola Sepak Kelantan yang pada zaman keagunganya menjadi sebutan ramai tak lama dahulu. Annuar Musa dah boleh lupakan dunia politik kerana Parlimen Ketereh pun memerlukan pemimpin baru, dia sudah tidak 'ideal' menjadi pemimpin di Parlimen tersebut.
Berbalik kepada isu utama iaitu mengenai tajuk artikel penulis pada kali ini, Annuar Musa Si Kaki Bodek. Sebenarnya sewaktu era Kempimpinan Melalui Tauladan tak lama dulu atau lebih tepat kita katakan era kepimpinan negarawan ulung Tun Dr. Mahathir, tidak terkira jasa-jasa Tun M telah berikan kepada Annuar Musa bukan sahaja dengan menurunkan ilmu politiknya, malah melantiknya menjadi menteri kabinet namun usaha-usaha murni Tun M itu ternyata kini menjadi sia-sia umpama mencurah air di daun keladi. Kini dek kerana ingin menjadi Pembodek No 1 Najib apa sahaja Annuar Musa sanggup buat asalkan Najib suka.
Ini termasuklah membuat serangan demi serangan bertubi-tubi kepada Tun M, inilah hakikat dunia apabila Annuar Musa mula berubah menjadi 'pembodek Najib' walaupun terpaksa mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh disifatkan sebagai 'kurang ajar'. Oh mungkin juga kita memiliki seorang PM yang bersifat 'Kurang Ajar' kepada orang tua jadi tak mustahilah pemimpin bawahan beliau pun berperangai sama. Inilah yang dipanggil PM dan Menteri Kepala Bapak Kau. Pemimpin macam inikah yang anak-anak kita nak jadikan 'role model' apabila mereka mewarisi tampuk kepimpinan negaraku Malaysia.
Usah kita dengar apa kata Annuar Musa kerana baginya dia sanggup berbuat apa sahaja asalkan Najib suka, pendek kata kalau Najib arah Annuar Musa menjilat bontotnya atau loghat Kelantan "Jilat Jubor" Najib pun dia sanggup demi survival politiknya.
Sebenarnya kepimpinan Annuar Musa di Kelantan sudah mula 'ditolak' oleh kebanyakkan rakyat. Bukti Jelas di dalam PRU12 yang lalu BN Kelantan kehilangan banyak kerusi yang dimenanginya pada PRU11. BN bukan sahaja gagal membentuk kerajaan di Kelantan malah turut mendapat 'malu besar' apabila calon menteri besarnya ditolak oleh rakyat. Ianya menjadi salah satu bukti kegagalan kepimpinan Annuar Musa sebagai pemimpin tertinggi UMNO dan BN Kelantan.
Jadi rakyat Kelantan tidak seharusnya percaya dengan kepetahan beliau berpidato kerana sudah terbukti beliau seorang pemimpin politik yang gagal. Hentikanlah pemerintahan beliau dan marilah bersama-sama kita nayatakan sokongan yang tak berbelah bagi terhadap perubahan,
No comments:
Post a Comment