Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Wednesday, December 15, 2010

Nasib Blogawan Perlu Dibela...

Nasib Blogawan Perlu Dibela...
Oleh: yieMEGA

BLOGAWAN merupakan jolokkan yang diberikan kepada para penulis blog di seluruh Malaysia dan juga yang memanggilnya dengan nama Blogger. Dunia hari ini memang memerlukan blogawan tanpa blogawan pendek kata tak sah kehidupan kita sehari-hari.

Namun, dalam pada bergelar blogawan terdapat risiko-risiko yang perlu ditanggung oleh blogger antaranya mungkin dengan secara tidak sengaja akan berhadapan dengan tindakan mahkamah oleh mereka-mereka yang tidak senang tentang apa yang mereka dedahkan, dalam hal ini kebanyakkan blogger keseorangan di dalam menghadapi tindakan tersebut.

Penulis ada beberapa cadangan untuk kesenangan para blogger di masa hadapan. Pertama sekali perlu ada satu pertubuhan khas dan sah di sisi undang bagi membela para blogawan tanah air. Pertubuhan itu juga hendaklah aktif di ruangan maya. Contohnya perlu ada laman web untuk memudahkan para blogawan memohon pertolongan mahupun menyampaikan aduan.

Bagi penulis sudah tiba masanya, semua blogawan tanah air bergabung dan bersatu di bawah satu bumbung ini adalah bersesuaian dengan pepatah Melayu yang berbunyi "Bersatu teguh bercerai kita roboh".

Dalam pada itu, pertubuhan bagi membela para blogawan tanah air juga perlu lah melantik peguam-peguam panel yang terdiri daripada peguam handalan bagi membantu ahli-ahlinya menyelesaikan urusan-urusan yang berkaitan dengan mahkamah. Demi masa depan para blogawan tanah air.

Selain daripada itu, Pertubuhan Pembelaan Blogawan juga boleh menubuhkan satu tabung khas bagi membantu ahli-ahlinya yang berada di dalam kesusahan. Blogawan adalah tidak ubah seperti seorang penulis cuma bezanya ia lebih kepada penulisan maya.

Di kebanyakkan negara maju, blogawan adalah medium yang penting dan tidak keterlaluan sekiranya penulis katakan yang mereka antara yang sumber rujukan negara-negara maju yang lain, cuma negara kita sahaja yang terkebelakang sedikit berhubung hal blogawan ini.

Apa yang penulis hendak tegaskan di sini, kewujudan blogawan amatlah penting, dan ia bukanya sekadar penulis picisan atau dengan bahasa yang lebih kasar penulis jalanan. Kalau kita lihat pandangan-pandangan yang dilontar oleh blogawan kita, kebanyakkan diterima pakai terutamanya dalam usaha-usaha negara membangun seperti kita menjadi negara maju selaras dengan Visi dan Misi Wawasan 2020 negara kita.

Penulis merasakan cukup setakat ini artikel penulis pada kali ini, di lain masa penulis akan menyiapkan artikel baru yang selaras dengan isu-isu semasa tanah air dan juga dunia.

Baca Lagi!

Wednesday, October 13, 2010

MENTERI KABINET Janganlah Cari Gaduh Dengan Blogger

Menteri Luar Negeri, Dato' Seri Utama Dr. Rais...Image via WikipediaMENTERI KABINET Janganlah Cari Gaduh Dengan Blogger
Oleh: yieMEGA

KEJADIAN Menteri Kabinet Kerajaan Persekutuan 'cari gaduh' dengan blogger bukan baru, malah telah lama berlaku dan ia terus berlaku tanpa ada langkah-langkah untuk mengelakkanya oleh menteri-menteri kabinet.

Malah perkara ini sudah terjadi sebelum ini iaitu sebelum 'tsunami politik' melanda Malaysia yang membawa kepada kejatuhan beberapa buah empayar-empayar yang dikuasai oleh BN sebelum ini. Malah kejatuhan empayar-empayar tersebut juga ada kena mengena dengan Menteri Kabinet yang 'kurang ajar' dengan blogger. Hasilnya lihat sahaja beberapa empayar-empayar BN telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Mungkin, menteri kabinet yang ada hari ini tidak mengambil pengalaman lalu sebagai pengajaran mereka, oleh yang demikian mereka tidak serik-serik mencari pasal dengan blogger. Adakah mereka tidak sedar yang perana blogger di dalam politik negara kita pada hari ini sungguh penting, adalah tidak wajar seseorang Menteri Kabinet memusuhi blogger.

Terbaru, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Dr. Rais Yatim yang berkemungkinan mengambil tindakan saman terhadap blogawan Rocky Bru's. Penulis memang menghormati Dr. Rais sebagai Menteri Kabinet yang 'berbudi bahasa' apabila bercakap. Tapi bukan soal berbudi bahasa yang penulis ingin cakapkan di sini.

Penulis sendiri telah membaca artikel blog Rockybru's, di sini penulis melihat tidak ada apa-apa pun yang blogawan RockyBru's boleh dipersalahkan dengan hal ini kerana beliau menyiarkan 'link asal' rumor atau maklumat tersebut. Jadi tidak nampak keperluan untuk RockyBru's dipersalahkan berhubung hal ini.

Penulis ingin memberi amaran kepada semua menteri-menteri kabinet supaya menghormati pandangan blogger, kerana 'persengketaan dengan blogger' bakal memberikan implikasi yang cukup tinggi, lebih-lebih lagi kita ada dua PRK yang sedang menunggu kita iaitu Galas dan Batu Sapi.

Peranan blogger-blogger di dalam PRK tersebut semangnya AMATLAH PENTING. Apa yang penulis bimbangi sekiranya para blogger 'memboikot' PRK tersebut mungkin akan mengundang kecelekaan kepada BN sendiri. Tambahan pula, mengikut maklumat yang penulis terima sudah ada beberapa blogger yang akan 'memboikot' kedua-dua PRK tersebut disebabkan isu ini.

Sehubungan dengan itu, penulis dengan ini mendesak agar Dr. Rais Yatim menarik balik semua tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada Rockybru's di samping kembali semula bekerjasama dengan blogger. Sebagaimana lagu P.Ramlee yang berbunyi "Barang yang lepas jangan dikenang".
Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Tuesday, January 26, 2010

Tindakan Undang-Undang Terhadap Blogger Biadap Wajar...


Tindakan Undang-Undang Terhadap Blogger Biadap Wajar...
Oleh: yieMEGA

BARU-BARU ini kita dikejutkan dengan tindakan seorang blogger yang begitu lancang sekali mengeluarkan artikel yang berupa menghina Almarhum Sultan Johor iaitu Almarhum Sultan Iskandar.

Tindakan blogger berkenaan mengundang kemarahan rakyat Malaysia terutamanya rakyat Johor, di mana hati mereka terhiris dengan perbuatan kurang bermoral dan beretika blogger berkenaan. Menyebabkan ada yang tampil membuat laporan polis terhadap blogger berkenaan.

Blogger berkenaan yang menggunakan nama AdukaTaruna di mana blognya boleh dilawati di http://adukataruna.blogspot.com/. Bagaimanapun blogger berkenaan telah memadam atau membuang artikel yang merujuk kepada penghinaan terhadap Almarhum Sultan Johor tersebut.

Sementara itu, Blogger MSO melalui blognya Merah Tinta MSO juga turut menyokong tindakan keras terhadap blogger yang kurang ajar sepertimana artikel beliau yang bertajuk "Kenakan tindakan keras terhadap Bloger yang kurang ajar".

Penulis pula berpendapat tindakan keras terhadap blogger berkenaan memang wajar memandangkan ia telah menghina almarhum Sultan Iskandar dan didalamnya ada beberapa kesalahan, pertama unsur penderhakaan terhadap Sultan Johor, kedua memburukkan almarhum, di mana almarhum di sini bermaksud telah meninggal dunia.

Penulis juga berharap selepas ini, sekiranya tuan punya blog ini menyerah diri kepada Polis jangan pula hukuman terhadap blogger berkenaan dikurangkan kerana menyerah diri, penulis percaya rakyat Johor pasti akan berang apabila pesalah berkenaan menjalani hukuman yang lebih ringan daripada sepatutnya.

Pengajaran yang kita perolehi dalam peristiwa ini ialah "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk akibatnya". Tak kiralah di bawah lambang mana pun anda bernaung tapi jangan sesekali menghina raja-raja Melayu.

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Thursday, December 31, 2009

Menutup Buku 2009

Menutup Buku 2009
Oleh: yieMEGA

BEGITU pantas masa berlalu, bagai baru semalam 2009 menemui kita. Begitulah dunia, semakin hari semakin cepat masa berlalu. Jadi betul lah kata orang "Masa itu Emas" dan ada juga setengahnya mengatakan "Masa adala wang" walaupun berbeza ejaanya tapi kedua-duanya adalah bernilai.

2009 Penulis tempuhi dengan melalui beberapa siri kehidupan yang berliku-liku. Begitu juga pentas politik tanah air kita 2009 adalah tahun yang 'unik' bagi pentas politik kita. Ye lah bermacam-macam isu yang mewarnai pentas politik kita.

Bermacam isu yang penulis telah muatkan dalam blog ini dalam bentuk artikel, ada yang terasa hati ada juga yang tidak berpuas hati, serta ada juga segelintir pembaca yang agak emosional ketika memberikan komen. Walauapapun perasaan pembaca tujuan penulis hanyalah satu iaitu mempertahankan apa yang benar, dan menghapuskan apa yang salah tidak kiralah siapa yang salah sekalipun kerana penulis lebih suka menjadi Blogger Liberal daripada Blogger yang masih berfikiran 'ortodoks'.

Kalau kita imbau balik politik tanah air kita, banyak juga peristiwa besar yang berlaku sepanjang tahun 2009 ini. Pertamanya, 'Peralihan Kuasa' daripada pimpinan Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak. Isu tuntutan royalti oleh Kelantan, Isu Kepala Lembu, Isu Ladang Babi Moden di Selangor, Isu Teoh Beng Hock, Isu Menantu Menteri Besar Kelantan.

Paling menarik adalah isu yang melibatkan Bekas Ketua Penerangan PAS Kelantan Dr. Rosli Allani yang diperintahkan 'berpisah' buat sementara dengan isteri keduanya dan juga insiden Mertua Kepung Rumahnya juga menghiaskan isu bagi tahun 2009.

Selain itu Kerajaan Anak Beranak Versi Kelantan juga menjadi 'buah mulut' akhbar-akhbar dan blogawan-blogawan tempatan bagi tahun 2009.

Istilah "Celaka, Celaka, Celaka" menjadi popular apabila ia dipopularkan semula oleh MB Kelantan kerana bengang dengan kelakuan blogawan yang kerap kali menyerang kepimpinan beliau dan juga menantu beliau. Mungkin dia dah terlupa 'kejayaan' PAS menguasai Kedah dan Kelantan adalah disebabkan blogawan-blogawan inilah yang bersungguh berusaha untuk memberikan kemenangan kepada PAS, tapi akhirnya "Celaka, Celaka, Celaka" menjadi hadiah untuk mereka.

Isu MB Terengganu juga masih belum ada jalan penyudah, perkara ini bukan disebabkan oleh orang lain tetapi ia disebabkan oleh MB Terengganu itu sendiri, beliau seolah-olah melupakan daeerah-daerah lain yang ada di dalam Terengganu, daerah lain kebanyakkanya di anak tirikan.

Di kesempatan ini penulis ingin berterima kasih kepada rakan-rakan blogawan yang telah membantu di dalam memberikan 'pengunjung-pengunjung' baru ke blog yang tak seberapa ini tertutamanya kepada MSO, Husin Lempoyang, BigDog, Rocky Bru's, Dunia Tiger, Datuk A Kadir Jasin, Tun Dr. Mahathir Mohammad, Meli Kapak Jangak dan juga Kickdefella. Tak lupa juga kepada Harian Cahaya.

Blog ini juga pernah menerima cabaran demi cabaran terutamanya daripada Jurukomen yang beremosional dan juga beberapa blog yang tidak bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan oleh penulis. Namun, cabaran itu dapat ditempuhi dan blog ini mampu bertahan sampai sekarang.

Artikel ini menjadi tanda penulis menutup Buku 2009 dan dilain masa penulis akan Membuka Buku 2010. Semoga 2010 memberikan kita semangat dan daya juang yang baru, akhir kalam "Berbaktilah Selagi Hidup, Berjuanglah Selagi Ada Waktu".
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Sunday, December 13, 2009

Kod Etika Blogger...

Kod Etika Blogger

PENULIS telah membaca artikel terbaru daripada blog Perdana Menteri Kita iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak yang beralamat di http://www.1malaysia.com.my. Artikel yang bertajuk "Kod Etika Bagi Penulis Blog" bagi penulis kod etika penulis blog ada pro dan kontranya.

Saranan Najib tersebut telah mendapat perhatian beberapa blogger antaranya Blogger atau Blogawan tersohor MSO melalui blognya Merah Tinta MSO melalui satu artikel blognya yang bertajuk "Perlukah Kod Etika Kepada Blogger".

Antara Isi Kandungan Kod Etika Blogger Yang Disarankan Najib Adalah:

Penulis Blog Hendaklah:

  • Jujur dan Adil dalam mendapatkan, melaporkan dan menintepretasikan maklumat.
  • Jangan Sesekali Menciplak
  • Mengenalpasti sumber dan membuat pautan kepada sumber apabila sesuai dan boleh dilaksanakan.
  • Jangan sesekali menyiarkan maklumat yang diketahui tidak tepat sekiranya disiarkan juga perlu dijelaskan keraguan tentangnya.
  • Bezakan sokongan, komentar dan maklumat berasaskan fakta
  • Mengakui Akan Kesilapan dan Cepat Memperbetulkanya.
  • Elakkan daripada rasa ingin tahu yang mengerikan atau sensasi
  • Jelaskan setiap misi blog dan alu-alukan dialog dengan khalayak ramai tentang kandungan dan cara pengendalianya daripada penulis blog.
  • Mendedahkan pertentangan kepentingan, penggabungan, aktiviti dan agenda peribadi.
  • Mematuhi standard yang tinggi


Ada juga yang kurang bersetuju dengan saranan kod etika blogger ini izinkan penulis memetik satu komen pembaca blog 1Malaysia yang menggunakan nama YM Tengku Khairol dan penulis tidak pasti adakah jurukomen tersebut menggunakan nama sebenar atau nama samaran.

Di Bawah Ini Ialah Komen Beliau:

YM Tengku Khairol: TAK PERLU WUJUD ETIKA, MANA ERTI KEBEBASAN?
Kod Etika untuk penulis blog tidak perlu diwujudkan kerana negara telah mempunyai undang-undang yang cukup khusus untuk planitif mendakwa atau menyaman atau mengheret penulis blog yg menulis artikel berunsur fitnah atau yg berbau perkauman ke mahkamah. Kita ada suruhanjaya komunikasi dan multimedia yg mampu menyekat keterlaluan atau kebiadapan bloger. Kod etika tidak rasional diwujudkan kerana menyekat cara pemikiran dan pandangan rakyat yang cintakan demokrasi. Rakyat mampu menilaikan mana yang buruk dan mana yang baik. Itu rasionalnya.


Sebenarnya Najib menyarankan Kod Etika tersebut sepertimana yang dicadangkan oleh sebuah portal khas untuk jurnalis siber melalu artikel yang bertajuk "A Bloggers' Code Of Ethics". Penulis sendiri tidak nampak yang akan berlaku terhadap kebebasan blogawan sekiranya Kod Etika ini menjadi kenyataan.

Sebelum itu penulis meminta pembaca cuba fahami betul dengan apa itu Kod Etika dan Apa Itu Undang-Undang. Mungkin kedua-dua hampir sama tetapi ia tidak membawa maksud yang sama. Kod Etika ini sebenarnya panduan untuk menjadikan sesuatu profesyen itu beretika contohnya kaunselor pun mempunyai kod etikanya sendiri. Manakala undang-undang pula merupakan satu arahan atau peraturan yang memang perlu dipatuhi dan bukan sekadar panduan. Oleh yang demikian, penulis tidak melihat Kod Etika Blogger akan menghalang kebebasan bersuara blogger.

Ramai orang yang cepat melenting apabila Najib menyarankan kod etika bagi Blogger. Ini berlaku kerana mereka salah faham tentang konsep Kod Etika dan Undang-undang. Jadi penulis tiada halangan yang timbul sekiranya Kod Etika ini ada.

Malah daripada pandangan penulis Kod Etika ini lebih kepada untuk melindungi blogawan-blogawan dan bukan untuk menyekat kebebasan blogawan-blogawan kita. Cuba kita lihat kod etika yang kedua yang berbunyi "Jangan sesekali menciplak", artikel-artikel blog yang diterbitkan oleh blogawan adalah harta intelek milik blogawan tersebut, sekiranya berlaku ciplak menciplak tidakkah berlaku cetak rompak di situ?.

Kita jangan jumudkan pemikiran kita untuk satu sudut semata-mata, penulis percaya ramai blogawan yang lebih bijak dan cerdik daripada penulis dapat memikirkan apakah kelebihan yang lain sekiranya kod etika ini wujud.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Wednesday, September 17, 2008

Khairy pun nak bertanding?


Kehangatan Pemilihan Agung UMNO semakin bertambah hangat sejak akhir-akhir ini. Bagi Pemuda UMNO tahun ini jawatan tertinggi salah satu sayap UMNO itu bakal menyaksikan pertandingan apabila Ketuanya yang berhasrat melepaskan jawatanya sebagai Ketua Pemuda UMNO yang baru.

Sebelum ini Datuk Mukriz Mahathir, Datu Seri Dr. Khir Toyo berhasrat untuk mempertaruhkan nasib bagi bertanding jawatan No 1 di dalam pergerakkan itu.

Hari ini, seorang pemimpin yang tidak disenangi ramai mengumumkan untuk 'mencuba nasib' bertanding jawatan No 1 Pemuda UMNO itu. Pemimpin tersebut yang sekarang ini memegang jawatan sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO dan juga selaku Ahli Parlimen Rembau. Beliau merupakan menantu kepada Perdana Menteri yang juga dikenali dengan nama Presiden AAB.

Setelah beliau menghuru-harakan UMNO dan Barisan Nasional beberapa tahun kebelakangan ini sehinggakan BN hilang majoriti 2/3 di dalam Parlimen Malaysia kali ini dia pula ingin menjadi Ketua Pemuda UMNO. Penulis percaya rakan blogger penulis masih tidak lupa apa yang dia panggil pada blogger pada satu masa dulu. Beliau pernah memanggil Blogger sebagai 'Beruk' dan bermacam-macam lagi perkataan yang boleh dianggap 'biadap'. Hari ini beliau turut menjadi Blogger jadi nampaknya kata-katanya telah memakan dirinya sendiri. Betul kata orang tua-tua " Satu Jari kita tunjuk ke arah orang lain, sembilan jari sebenarnya telah menunjukkan ke arah kita".

Tindakan-tindakan beliau yang boleh disamakan dengan 'parasit' di dalam UMNO sehingga imej UMNO semakin hari semakin tercalar oleh kerana kerakusan beliau, hari ini pula dia tampil dengan percubaan untuk menjadi pemimpin no 1 Pergerakkan Pemuda UMNO Malaysia dengan slogan 'pemuda rembau beradat'.

"Pemuda Rembau Beradat" penulis tidak pastilah sama ada sloganya "Pemuda Rembau Beradab ataupun Beradat" tetapi kedua-duanya ada kena mengena dengan budaya Melayu. Persoalanya di sini, memanggil orang Beruk adakah ianya Beradap? Manakala tidak menghormati orang tua Adakah ia beradat? Jawanpanya sudah tentu TIDAK.

Pada pandangan penulis Khairy Jamaluddin ini langsung tidak layak menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Penulis berharap ahli-ahli Pergerakan Pemuda UMNO tidak memilih 'parasit' ini menjadi ketua mereka kerana 'parasit' inilah UMNO hampir-hampir kehilangan kuasa. Jangan biarkan 'Parasit' ini terus merosakkan Pemuda UMNO dan UMNO. Beranilah berubah dan fikir-fikirkanlah.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Thursday, September 11, 2008

Sekatan Terhadap Blog Di tarik balik!

Laporan Utusan Online:

Kerajaan tarik balik sekatan ke atas blog

11/09/2008 4:11pm

PUTRAJAYA 11 Sept. - Kerajaan tidak lagi mengenakan sekatan terhadap mana-mana laman web atau blog di negara ini.

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, keputusan itu dicapai pada mesyuarat kabinet semalam.

“Arahan sekatan yang dikenakan terhadap mana-mana laman web atau blog sebelum ini, termasuk portal berita 'Malaysia Today' ditarik balik berkuat kuasa serta-merta,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - Utusan {http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0911&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_12.htm}


Komen SGMM

Penulis menyambut baik terhadap keputusan penarikan balik sekatan terhadap blog-blog yang dibuat oleh Suruhanjaya Komunikasi termasuklah sekatan yang dibuat terhadap blog yang dikendalikan oleh Raja Petra Kamaruddin (RPK) iaitu Malaysia Today.

Namun, bagi penulis tindakan menarik balik sekatan terhadap blog ini yang sebelumnya disekat seolah-olah mengambarkan Kerajaan Pimpinan Abdullah sekali lagi membuat keputusan yang berubah-berubah atau dengan kata lain "Flip Flop".

Walabagaimanapun penulis bersetuju dengan penarikan balik sekatan-sekatan yang dikenakan ke atas blog-blog yang disekat kerana blog merupakan satu medium yang membolehkan rakyat menyampaikan pendapatnya, kritikanya dan apa sahaja yang boleh menjadi rujukan kepada kerajaan untuk menjadi kerajaan yang gemilang.

Di dalam merealisasikan kenyataan Presiden AAB atau PM ABDULLAH yang kononya ingin mewujudkan kerajaan yang terbuka dan telus hendaklah tiada sekatan yang dikenakan ke atas blog kerana dengan ini keadilan boleh dibentuk sebagaimana yang kita tahu Media Arus Perdana yang memainkan peranan bukan sahaja ke arah membela kerajaan tetapi juga membela PM Abdullah yang masih sedar dirinya sudah tidak diperlukan tetapi tetap nak teruskan jua bagi meranapkan sebuah parti keramat bangsa Melayu yang bernama UMNO demi kepentingan dirinya sendiri.

Sepanjang penulis berada di dalam dunia blogger ini, penulis mendapati blogger lebih pantas mengutarakan isu-isu yang timbul di kalangan rakyat berbanding peranan yang dimainkan oleh Media Arus Perdana terutamanya stesyen tv swasta yang pada ketika ini terlalu melampau membodek Kerajaan Keluarga Abdullah melebihi peranan dimainkan oleh stesyen tv kerajaan seperti RTM1 dan RTM2.

Akhir kalam, sekatan terhadap blog sebagai media alternatif tanah air tidak sepatutnya dilakukan kerana ianya jelas satu cubaan menyekat suara rakyat yang sudah sedia disekat oleh media-media arus perdana.

Baca Lagi!

Wednesday, May 21, 2008

Siapa Miliki Syarikat yang membangunkan Bandar Satelit Islam Kelantan?

Bandar Satelit Islam kalau dengar pada namanya sungguh hebat ditambah pula dengan perkataan Islam di belakangnya sesuailah dengan Kelantan yang diberi jolokkan Serambi Mekah itu, tetapi persoalan yang timbul yang masih tidak terjawap pada hari ini ialah siapakah yang memiliki syarikat yang membangunkan Bandar Satelit Islam ini?

Kalau mengikut nama syarikat yang tercatat Pada Pernyataan Projek yang ada di kawasan pembinaan Bandar Satelit Islam ini ialah MSO Corporation Sdn. Bhd. namun tak dapat maklumat pula siapa yang menjadi pemilik syarikat yang membangunkan projek Bandar Satelit Islam ini.

Ada satu Teori yang mengatakan kemungkinan besar MSO Corporation ini adalah milik seorang penulis yang mempunyai blog Merah Tinta MSO iaitu Mohd Sayuti Omar yang juga merupakan penulis buku Jalan Pintas Anwar Ibrahim Ke Putrajaya berdasarkan singkatan MSO yang digunakan tetapi ini ialah teori.

Penulis cuba juga mendapatkan maklumat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk mengetahui siapa pemilik sebenar MSO Corporation ini tetapi menemui jalan buntu apabila Suruhanjaya Syarikat Malaysia gagal memberi kerjasama. Bagi sesiapa yang ada maklumat mengenai pemilik syarikat ini bolehlah berikan di ruangan komen untuk memudahkan kita berkongsi kepada pembaca blog ini di samping penulis akan cuba mendapatkan maklumat tersebut daripada Suruhan Jaya Syarikat Malaysia.

Baca Lagi!

Friday, April 11, 2008

Aduhai Sang Kelembai dah mula 'menyegat' pengkritik Pak Lah


Aduhai Sang Kelembai itulah tajuk artikel penulis pada kali ini, walaupun Sang Kelembai ini sudah dikenali oleh kebanyakkan blogger-blogger tanah air tetapi adalah tidak adil untuk penulis tidak menceritakan siapa gerangan Sang Kelembai ini, jadi penulis ingin menceritakan terlebih dahulu secara ringkas siapa sebenarnya Sang Kelembai ini.

Sang Kelembai atau nama sebenarnya Zaharin Mohd Yasin pada asalnya suatu ketika dahulu adalah 'tebuan' yang selalu menyengat DS Abdullah Ahmad Badawi, nak dijadikan cerita baru-baru ini 'tebuan' yang dikenali dengan nama Sang Kelembai ini sudah berdamai dengan Pak Lah dan ini maknanya 'tebuan' ini sudah mempunyai tuan dan akan 'menyengat' sesiapa sahaja yang cuba menyerang 'tuanya'. Sang Kelembai juga merupakan Blogger pertama yang dipecat UMNO tetapi sekarang sudah diterima balik UMNO.

Pada artikel terbaru karya Sang Kelembai yang berbunyi "Nampaknya garang mereka-mereka semua. Baguslah tetapi garang buat apa dalam keadaan Abdullah Hj Ahmad sudah jalan pun terhuyung-hayang. Kalau garang sangat kenapa tak tegur perkara ini sebelum PRU ke 12g Kelembai penulis mendapati beliau dah mula nak 'menyengat' pengkritik Pak Lah," inilah sedutan daripada artikal yang dipetik daripada Blog Sang Kelembai, secara tidak langsung menandakan yang Sang Kelembai sudah bersedia untuk menjadi 'tebuan' yang akan menyengat Pengkritik Pak Lah walaupun sebelum ini beliau merupakan 'tebuan berbisa' yang menyengat Pak Lah, tetapi terlalu awal untuk kita menyalahkan Sang Kelembai mungkin dia pun ada alasan-alasanya yang tersendiri.

Begitulah rencah Politik kadang-kadang menyokong, kadang-kadang membangkang dan kadang-kadang menentang dan juga jarang-jarang membodek tetapi penulis percaya mungkin Sang Kelembai ini bukan seorang pembodek tetapi kemungkinan tu ada. Bak Kata Nabil Raja lawak "Lu fikir lah sendiri".

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin