Bilangan Pengunjung:

Tuesday, January 26, 2010

Tindakan Undang-Undang Terhadap Blogger Biadap Wajar...


Tindakan Undang-Undang Terhadap Blogger Biadap Wajar...
Oleh: yieMEGA

BARU-BARU ini kita dikejutkan dengan tindakan seorang blogger yang begitu lancang sekali mengeluarkan artikel yang berupa menghina Almarhum Sultan Johor iaitu Almarhum Sultan Iskandar.

Tindakan blogger berkenaan mengundang kemarahan rakyat Malaysia terutamanya rakyat Johor, di mana hati mereka terhiris dengan perbuatan kurang bermoral dan beretika blogger berkenaan. Menyebabkan ada yang tampil membuat laporan polis terhadap blogger berkenaan.

Blogger berkenaan yang menggunakan nama AdukaTaruna di mana blognya boleh dilawati di http://adukataruna.blogspot.com/. Bagaimanapun blogger berkenaan telah memadam atau membuang artikel yang merujuk kepada penghinaan terhadap Almarhum Sultan Johor tersebut.

Sementara itu, Blogger MSO melalui blognya Merah Tinta MSO juga turut menyokong tindakan keras terhadap blogger yang kurang ajar sepertimana artikel beliau yang bertajuk "Kenakan tindakan keras terhadap Bloger yang kurang ajar".

Penulis pula berpendapat tindakan keras terhadap blogger berkenaan memang wajar memandangkan ia telah menghina almarhum Sultan Iskandar dan didalamnya ada beberapa kesalahan, pertama unsur penderhakaan terhadap Sultan Johor, kedua memburukkan almarhum, di mana almarhum di sini bermaksud telah meninggal dunia.

Penulis juga berharap selepas ini, sekiranya tuan punya blog ini menyerah diri kepada Polis jangan pula hukuman terhadap blogger berkenaan dikurangkan kerana menyerah diri, penulis percaya rakyat Johor pasti akan berang apabila pesalah berkenaan menjalani hukuman yang lebih ringan daripada sepatutnya.

Pengajaran yang kita perolehi dalam peristiwa ini ialah "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk akibatnya". Tak kiralah di bawah lambang mana pun anda bernaung tapi jangan sesekali menghina raja-raja Melayu.

Reblog this post [with Zemanta]

No comments:

Blog Widget by LinkWithin