Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label perhimpunan agung umno. Show all posts
Showing posts with label perhimpunan agung umno. Show all posts

Thursday, November 29, 2012

DOA UMNO UNTUK PAS

DOA UMNO UNTUK PAS
Oleh: yieMEGA

LAMA juga penulis tidak berkesempatan untuk mengemaskini blog ini, ini adalah kerana penulis terlalu sibuk dengan tugas-tugas yang menjadi rutin seharian penulis. Kebetulan hari penulis ada masa terluang jadi penulis merasakan tidak-tidak sia-sia sekiranya masa yang terluang itu digunakan untuk mengemaskini blog ini.

Artikel penulis pada kali ini bertajuk "Doa UMNO untuk PAS" berselari dengan Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sekarang ini, sebelum ini heboh di seluruh Malaysia dengan PAS yang telah diwar-warkan bahawa telah mengemukakan doa memohon kepada kehancuran UMNO. Doa daripada PAS itu terus menerima kecaman hebat daripada warga tanah air.

Jika sebelum ini PAS telah mendoakan agar UMNO hancur, berbeza pula dengan UMNO pada kali ini telah mendoakan sesuatu yang baik buat PAS. UMNO tetap mendoakan kesejahteraan PAS walaupun PAS sebelum ini memohon doa untuk membinasakan UMNO. Teringat pula penulis, pada zaman nabi Muhammad s.a.w. baginda turut melakukan perkara yang hampir sama dengan apa yang dilakukan oleh UMNO sekarang, walaupun ada orang berbuat jahat kepada baginda, tetapi baginda tetap membuat kebaikkan kepada orang yang berbuat jahat terhadap baginda.

Terlintas juga di fikiran penulis, daripada apa yang telah berlaku ini bukankah kita sudah mendapat jawaban tentang siapa yang lebih islamik dan juga siapa yang kurang islamik. PAS yang sentiasa melaungkan dan mendabik dada kononya mereka pejuang Islam sebenar akan menjadi bagai tikus takutkan kucing apabila DAP mengeluarkan kenyataan tidak bersetuju dengan PAS.

Daripada apa yang penulis perhatikan jelaslah bahawa di dalam Pakatan Rakyat DAP yang sebenarnya lebih berkuasa daripada PKR dan juga PAS. Mana taknya sekiranya DAP tidak bersetuju di pihak PAS dan PKR cepat-cepat membuat perubahan agar DAP bersetuju secara tidak langsung ia menunjukkan bahawa DAP yang sebenarnya yang menjadi parti yang menunjangi Pakatan Rakyat  dan PAS dan PKR menjadi keldai bodoh tunggangan DAP dan mereka akan terus memperbodohkan PAS dan PKR untuk mencapai impian mereka sendiri dengan memperalatkan kedua-dua parti ini.

Sampai bilakah PAS dan PKR akan terus menjadi keldai bodoh tunggangan DAP? Sama-samalah kita tunggu dan lihat adakah kedua-dua parti ini akan terus sanggup menjadi keldai bodoh tunggangan DAP atau tidak sama-samalah kita nantikanya.

Baca Lagi!

Wednesday, October 14, 2009

UMNO Perlu Betul-Betul Berubah...

Official logo of United Malays National Organi...Image via Wikipedia

UMNO Perlu Betul-Betul Berubah...
Oleh: yieMEGA

KELMARIN bermulalah Perhimpunan Agung Khas UMNO di mana tujuan utamanya adalah untuk meminda perlembagaan UMNO. Di sinilah bermulanya janji-janji di mana UMNO ingin berubah. Syukur juga UMNO dah mulai sedar, namun ia tidak cukup sekadar berjanji ingin berubah sudah menjadi kelaziman janji mesti di kota.

Teringat penulis mengenai satu kata-kata pembakar semangat "Kalau nak buat, buat betul-betul, Buat Biar Betul, Betul-Betul Buat pastikan kita Betul" penulis rasakan kata-kata ini kita boleh hubungkan dengan janji-janji UMNO untuk berubah.

Pada penulis perubahan yang UMNO perlu lakukan bukan setakat 'rebranding' semata-mata. Malah juga bukan setakat perubahan perlembagaan tetapi perubahan sikap ahli UMNO dan pembesar UMNO itu sendiri perlu dititikberatkan.

Adalah lebih elok UMNO bersifat 'Parti Kampung' daripada bersifat 'Parti Korperat'. Hari ini ramai golongan korperat menyertai UMNO tetapi bukanya kerana perjuangan UMNO ia lebih kepada 'perjuangan poket sendiri' seperti mengharapkan projek-projek tertentu daripada Kerajaan. Golongan inilah yang menjadi perosak dalam UMNO atau dengan kata lain mereka ini adalah 'parasit' di dalam UMNO.

Penulis tidak bermaksud menghalang golongan korporat untuk menyertai UMNO, tetapi niat mereka hendaklah dibetulkan biar mereka benar-benar ikhlas untuk berjuang di dalam UMNO. Bukan tak dapat projek dah mula nak jadi 'ular air'.

Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin UMNO di peringkat cawangan dan juga Pengerusi JKKK di negeri-negeri yang ditadbir oleh UMNO. Sebagai rakyat Marhaen penulis sudah tidak lagi mendengar rungutan daripada penduduk kampung apabila adanya JKKK yang hanya mementingkan kaum keluarga mereka sahaja. Secara tidak langsung ia memberikan imej yang buruk buat UMNO. Jadi jika UMNO bersedia untuk berubah, golongan ini pun perlu bersedia untuk berubah, pengagihan sebarang bantuan perlulah adil dan saksama dan diberikan kepada semua tak mengira warna dan lambang parti bersesuaian dengan matlamat 1Malaysia.

Para ADUN dan Ahli Parlimen UMNO juga perlu berubah, rungutan yang sering kita dengar ialah ADUN dan Ahli Parlimen sukar ditemui oleh rakyat, malah bukan setakat itu 'muka dan batang hidungnya' hanya boleh dilihat apabila tibanya pilihan raya. Perkara ini telah membuat sentimen kebencian rakyat terhadap UMNO menjadi meningkat, oleh itu selaras dengan kesediaan UMNO untuk berubah, pemimpin-pemimpin ini juga perlu berubah kalau boleh singgah di setiap kedai kopi di kawasan mereka untuk mengambil tahu permasalaahan rakyat terutamanya kedai kopi yang menjadi 'Dewan Rakyat' di mana rakyat-rakyat marhaen bersidang.



Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Sunday, June 15, 2008

Antara Duit Yang Kita Dapat Dan Duit yang kena beri

Artikel penulis kali ini yang bertajuk "Antara Duit Yang Kita Dapat dan Duit Yang Kita Kena Beri" sesuai dengan senario politik sekarang khususnya UMNO. Dua tiga hari ini penulis mendapati Pak Lah sibuk ke hulu ke hilir membuat perjumpaan dengan Badan Perhubungan UMNO negeri.

Walaupun perjumpaan Pak Lah itu berselindung di sebalik perasmian-perasmian yang entah apa-apa tu dan pengumuman-pengumuman yang mengembirakan Kerajaan negeri contohnya pemberian balik Royalti Minyak sebanyak 5% ke Terengganu mungkin bakal mengembirakan Kerajaan negeri Terengganu yang umum mengetahui Menteri Besar Terengganu ini bukanlah daripada 'ayam tambatan' beliau, namun penulis yakin Menteri Besar Terengganu yang baru ini akan menjadi 'lembu yang dicucuk hidung' selepas mendengar pengumuman ini.

Berbalik kepada Perjumpaan Pak Lah bersama pemimpin-pemimpin UMNO negeri, sebenarnya ini adalah satu usaha Pak Lah untuk terus menguasai jawatan Presiden UMNO yang boleh dikatakan tergugat pasca Pilihan Raya Umum Ke 12 dan juga Pasca Kenaikkan Harga Minyak yang boleh dikatakan melampau baru-baru ini.

Majlis perjumpaan Pak Lah dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri di seluruh negara boleh dikatakan majlis untuk menabur wang agar ahi-ahli UMNO yang tidak ada otak akan terpengaruh. Apalah sangat kalau setakat bagi paling banyak pun RM 100, adakah anda ahli UMNO berharga RM100? Jangan jadi bodoh anda bukan barang dagangan cuba fikir berbaloikah duit RM100 yang kita dapat? Bagi penulis ianya hanya sekadar cukup untuk lekat di celah gigi, cuba fikir berapa pula yang kita kena keluar selagi Pak Lah menerajui UMNO dan Malaysia? Contohnya mudah sahaja cuba kira RM 0.78 satu liter minyak kita kena bayar dan cuba bayangkan kalau kita guna minyak 4 liter sehari maknanya kita kena bayar RM 1160.64 untuk setahun. Pengiraan ini dibuat sekiranya minyak tidak naik lagi tetapi sekiranya minyak naik lagi bertambah lah lagi anda ahli UMNO yang kena bayar kerana menyokong Pak Lah dengan mendapat habuan 'celah gigi'. Fikir-fikirkanlah.

Baca Lagi!

Thursday, May 29, 2008

Usah Paksa Pemimpin Degil !

Pemerhatian Penulis sejak beberapa hari selepas Tun Dr. Mahathir Bin Mohammad mengumumkan keluar daripada UMNO, penulis tidak nampak pun tanda-tanda Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang diibaratkan oleh Tun Dr. Mahathir sebagai Pemimpin Pemusnah akan meletakkan jawatan dan menyegerakan peralihan kuasa tambahan pula ramai Menteri Kabinet yang baru dilantik pun membela Datuk Seri Abdullah, mungkin juga kerana mereka bimbang jawatan yang dipegang oleh mereka akan dilucutkan jika tidak membela orang yang bertanggungjawab melantik mereka atau dengan kata lain "Kera di Putrajaya disusukan, ahli di akar umbi mati kelaparan"

Penulis melihat usaha mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya meletakkan jawatan adalah usaha yang sia-sia kerana terbukti beliau masih berdegil dan enggan melepaskan jawatan kerana katanya ingin memperkasakan UMNO walaupun umum mengetahui UMNO dapat diperkasakan dengan pengunduran beliau tetapi apa nak buat beliau yang boleh diumpamakan di dalam pepatah orang Melayu Kelantan "Cerdik Tak Leh Nak Tupe, Bodo Tok Leh Nak Ajar" maksud pepatah ini ialah "Cerdik Tak Boleh Di tumpangi, Bodoh Tak Boleh Di ajar" jadi usaha mendesak beliau untuk meletakkan jawatan adalah perkara yang sia-sia.

Pilihan Lain Bagi Ahli UMNO untuk mengundurkan beliau

Ada satu falsafah yang diperkenalkan oleh seorang usahawan yang berbunyi "Sesiapa yang menggunakan cara yang sama untuk mendapatkan hasil berbeza ialah orang gila" Jadi nampaknya cara mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Untuk meletak jawatan tidak membuahkan hasil oleh itu kita perlu mengguna cara baru untuk mengundurkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Cara yang dimaksudkan ialah dengan memilih sesiapa sahaja yang ingin menentang beliau di dalam Pemilihan Agung UMNO Disember ini.

Bagi menambahkan kekuatan calon yang menentang ahli UMNO perlu bersatu bagi memastikan Datuk Seri Abdullah berjaya diundurkan daripada Jawatan Tertinggi UMNO itu, contohnya Penyokong Tengku Razaleigh Hamzah hendaklah bergabung kekuatan dengan penyokong Tun Dr. Mahathir kerana dengan ini undian kita tidak akan berpecah dua berbanding kita meneruskan dengan cara masing-masing seperti kata pepatah Melayu "Bersatu Teguh Bercerai Roboh" dan juga perlu ingat 'Sebatang lidi dapat dipatahkan dengan senang dan seiikat lidi sukar dipatahkan" gabungan dua kumpulan ini akan merealisasikan misi kita untuk mengundurkan Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi.

Baca Lagi!

Tuesday, May 27, 2008

Bila Orang Bodoh Sangka Semua Orang Pun Bodoh

Kempen memulihkan imej Pak Lah nampaknya sudah sampai ke tahap terdesak, jijik dan menonjolkan kebodohan penganjurnya sendiri.

Pagi ini saya ternampak sebuah rancangan TV3 yang memaparkan kisah hidup personiliti cacat Raz Adibah Radzi. Tapi separuh jalan, cerita mula menonjolkan imej Pak Lah.


Mula-mula dengan manampilkan penyampaian anugerah, diikuti dengan nasihat-nasihat dan kata-kata semangat Pak Lah kepada Raz. Kemudian diikuti dengan cerita dari Ibu Raz sendiri mengenai bagaimana rombongan Pak Lah disambut oleh orang-orang kampung yang pagi-pagi lagi telah memetik bunga dan buah-buahan untuk dihadiahkan kepada Pak Lah, sambil beratur panjang di tepi-tepi jalan untuk menyambut Pak Lah.

Saya tidak pasti cerita seterusnya, kerana tidak tahan rasa mual dan terus masuk bilik air serta muntah-muntah dengan banyaknya semua sarapan pagi saya.

dipetik dari:
http://www.mykmu.net

Baca Lagi!

Thursday, May 22, 2008

Annuar Musa Dulu dan Sekarang

Tajuk artikel penulis pada kali ini ialah Annuar Musa dulu dan sekarang. Penulis rasa sesuailah tajuk ini dengan isu semasa memandangkan selepas negara dikejutkan dengan pegumuman mengejut mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohammad untuk keluar Parti maka Annuar Musa yang sudah dimalukan oleh kekalahan teruk BN Kelantan yang juga masih Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan telah dengan tanpa segan-silu mengutuk Tun Dr. Mahathir dan membela Maharaja Abdullah Haji Ahmad.

Annuar Musa Dulu

Annuar Musa Dulu boleh dikatakan orang kuat Tun Dr. Mahathir bin Mohammad, beliau jugalah yang pernah menabalkan raja di bawah Pohon Tere (Gajus) atau Ketereh. Ramai orang kata dia ni orang politik yang berani tetapi bagi penulis beliau bukanlah ahli politik yang berani tetapi sebaliknya beliau adalah ahli politik yang pengecut kerana tindakan beliau hanyalah berharap beliau akan dapat jawatan di peringkat persekutuan dan menjaga 'periuk nasi' politiknya pada masa itu.

Annuar Musa dan UMNO Kelantan Pra & Pasca Pilihan Raya

Penulis memang menjangkakan BN Kelantan akan mengalami kekalahan teruk selepas Annuar Musa ini dilantik menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan memandangkan tindakan beliau yang menabalkan raja di bawah Pohon Tere (Gajus/Ketereh) masih menjadi punca kemarahan rakyat Kelantan dan nampaknya perlantikan Annuar Musa sudah membawa kepada langkah pertama kepada kekalahan BN di Kelantan.

Idea untuk menamakan Calon Menteri Besar juga datang daripada Annuar Musa dan penulis boleh katakan tindakan menamakan calon Menteri Besar juga merupakan punca kekalahan BN di Kelantan kerana kalau dibandingkan Awang Adik dengan Tuan Guru Nik Aziz memang jauh bezanya antara langit dan bumi, bukan tak boleh menamakan calon Menteri Besar boleh tetapi calon itu hendaklah sama seperti Tuan Guru Nik Aziz contohnya Ustaz Uthman El Muhammady mungkin boleh diletakkan sebagai calon Menteri Besar bukanya Awang Adek.

Annuar Musa Sekarang

Annuar Musa baru-baru ini telah bersandiwara dengan mengatakan beliau sedia melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan tetapi sampai sekarang beliau tidak melepaskan jawatan, penulis merasakan kata-kata Annuar Musa yang ingin melepaskan jawatan itu tiada ikhlasnya tindakan beliau hanyalah untuk menguji sokongan yang diberikan ke atasnya.

Annuar Musa sekali lagi berntindak di luar dugaan apabila mengkritik dan mencemuh Tun Dr. Mahathir selepas Tun Dr. Mahathir keluar daripada UMNO dan penulis rasakan Annuar Musa berkata demikian sekali lagi untuk memelihara 'periuk nasi' dan jawatan yang disandangnya sekarang. Itulah sebabnya Annuar Musa seperti Kera kena belacan mengkritik Tun Dr. Mahathir.

Sebenarnya pendirian Annuar Musa bukanlah pendirian UMNO Kelantan sebaliknya pendirian beliau sendiri. Mengikut maklumat yang penulis terima dia sedang berusaha untuk mengagalkan rancangan Tengku Razaleigh untuk bertanding jawatan Presiden bagi mengekalkan kepimpinan Pak Lah atau Ayah Lah untuk terus memimpin Malaysia bersama MT yang berdiri teguh di belakangnya kononya.

Sebagai Contoh Majlis Tengku Razaleigh yang dibuat di Kota Bharu Kelantan baru-baru ini telah disabotaj oleh Annuar Musa dengan melarang daripada ahli-ahli UMNO di beberapa bahagian untuk menghadiri majlis amanat khas Tengku Razaleigh ini jadi jelaslah beliau cuba melindungi kekuasaan Ayah Lah yang tiada bezanya dengan Ayah Pin itu.

Baca Lagi!

Tun Dr. Mahathir tidak keluar UMNO kerana dicabar oleh ahli PAS

Penafian ini telah dibuat oleh seorang peserta yang turut hadir semasa majlis Ayahnda Tun Dr. Mahathir di mana di situlah Tun mengistiharkan beliau keluar UMNO.

Di bawah ini ialah penjelasan daripada peserta tersebut:

Aku secara jujurnya dan ikhlas menegaskan bahawa Ayahanda
(TUN Dr.M) TIDAK DIDESAK/DICABAR
OLEH SESIAPAPUN UNTUK KELUAR DARI
UMNO SEPERTI YANG DIUWAR-UWARKAN
OLEH MEDIA PAS.... INI KERANA AKU
MEMANG BERADA 100% DALAM MAJLIS
TERSEBUT.

AYAHANDA SUDAH MEMIKIRKAN SEMASAK-
MASAKNYA PERKARA INI SEBELUM
MAJLIS TERSEBUT BERLANGSUNG LAGI,
INI KERANA KALAU DIIKUTI UCAPAN
BELIAU SEPANJANG MAJLIS TERSEBUT,
DAPAT DI"HIDU" BAHAWA SESUATU YANG
LEBIH DRASTIK AKAN TUN LAKUKAN
UNTUK MENDESAK PAKLAH TURUN, DAN
IANYA LANGSUNG TIADA KAITAN DENGAN
CABARAN SESIAPAPUN DALAM MAJLIS
TERSEBUT SEBAGAIMANA YANG DIDAKWA.

SILA RUJUK INI DENGAN RENTETAN DAN
KRONOLOGI; DARI PERTEMUAN TUN
DENGAN PARA HADIRIN DALAM SATU
MAJLIS ANJURAN MYKMU JOHOR DUA (2)
HARI SEBELUM TUN KE ALOR STAR
(iaitu 17Mei08), DIMANA TUN SUDAHPUN
MEMBERI HINT/CLUE KEPADA PARA HADIRIN
AGAR "MENGGULINGKAN PAKLAH" DALAM
ERTI KATA LAIN TUN AKAN MEMBUAT
SESUATU YANG DRASTIK DAN DI LUAR
DUGAAN DEMI SAYANGKAN UMNO!

Mohon ambil maklum akan penjelasan
ini. (Sebagai saksi yang turut
serta sepanjang majlis anjuran
DPMK bersama Tun pada 19-Mei-2008
: 10.00Pg - 1.30ptg)...

Sahih dari aku...
AloQStaQ

Baca Lagi!

Wednesday, May 21, 2008

Tun Dr. Mahathir Keluar UMNO kerana dicabar ahli PAS?



Penulis ada membaca blog milik Mohd Sayuti Omar yang turut dikenali dengan nama MSO, bloh yang bernama Merah Tinta MSO itu mendakwa di dalam artikelnya yang bertajuk "PAS perlu waspada dengan Tun Dr. Mahathir" yang keluarnya Tun Dr. Mahathir daripada UMNO adalah atas desakkan ahli PAS yang juga merupakan bekas calon PAS dun kota seputeh di dalam pilihan raya yang lalu. Ahli PAS yang dimaksudkan bernama Ismail Wan Teh yang telah mencabar Tun Dr. Mahathir supaya keluar UMNO.

Beberapa minit kemudian Tun Dr. Mahathir mengistiharkan beliau keluar UMNO dan akan terus berada di luar UMNO selagi kepimpinan UMNO kekal di bawah kekuasaan Abdullah Haji Ahmad "Saya masih perdana menteri" "Kerajaan saya kerajaan kuat cuma tak cukup lapan sahaja untuk majoriti 2/3, menantunya dan konco-konconya.

Penulis tidak pasti sejauh mana kebenaran cerita yang diceritakan oleh MSO ini atau adakah ianya hanya strategi MSO untuk menjatuhkan maruah Tun Dr. Mahathir bagi bermaksud untuk mengekalkan kepimpinan Abdullah Haji Ahmad, menantu dan konco-konconya supaya senang Anwar Ibrahim yang selalu dipujanya dapat membuat rampasan kuasa sekiranya kepimpinan bergaya perempuan seperti mana BJ Habibie di Indonesia ini diteruskan

Penulis tidak suka membuat spekulasi, bagi penulis apa yang penulis tak tahu tetapi penulis yakin Allah tuhan seru sekian alam pasti mengetahuinya. Jadi kita nantikan apa penjelasan daripada Tun Dr. Mahathir bin Mohammad berkenaan spekulasi yang ditimbulkan oleh MSO ini.

Baca Lagi!

Peralihan Kuasa Perlulah Secara Demokrasi

Selepas Tun Dr. Mahathir membuat pengumuman keluar UMNO beberapa hari lalu diikuti dengan Tan Sri Sanusi Junid dan juga anak kepada Tun Dr. Mahathir iaitu Mokhzani Mahathir serta Mukhriz yang akan terus berada di dalam UMNO dengan syarat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan dengan segera. Penulis meramalkan sekiranya desakkan dua beranak ini menjadi kenyataan sudah tentu akan ada peralihan kuasa daripada Abdullah Haji Ahmad kepada Najib Tun Razak.

Penulis merasakan peralihan kuasa secara ini tidak berapa sesuai memandangkan ia tidak akan wujud keadilan dan di mana mungkin akan mengecewakan orang yang berkempen kuat sebelum ini untuk mengambil alih jawatan Presiden UMNO itu. Cuba bayangkan jika seseorang itu sudah menghabiskan masa dan tenaga untuk menduduki jawatan tertinggi di dalam UMNO itu, tiba-tiba terpaksa mensia-siakan usahanya kerana sudah ada orang yang tidak pun berkempen menaiki takhta tertinggi UMNO itu. Di sini sudah tentu wujud ketidak-adilan dan bakal mengundang perpecahan.

Perlu ditegaskan di sini bahawa penulis bukanya tidak bersetuju dengan peralihan kuasa tetapi peralihan kuasa itu perlulah dibuat secara 'demokrasi' dan lebih demokratik. Apa yang penulis cuba sampaikan ialah peralihan kuasa boleh dibuat dengan mengawalkan tarikh Pemilihan Agung UMNO yang dijadualkan berlangsung disember ini kepada bulan-bulan yang terdekat, di samping itu Pemilihan Agung UMNO ini juga hendaklah tidak lagi menggunakan sistem kouta kerana sudah terang lagi bersuluh sistem kouta tidak akan memberikan keadilan kepada sesiapa sahaja yang masuk bertanding dan juga akan melemahkan atau dengan kata lain demokrasi dalam UMNO akan terus hancur sekiranya sistem kouta ini diteruskan kerana mungkin akan disalahgunakan oleh Presiden yang berkuasa sekiranya pemilihan parti berlangsung sekaligus dapat melindungi jawatanya daripada ditandingi oleh orang lain.

Bagi menyuburkan kembali demokrasi di dalam UMNO penulis mencadangkan supaya peralihan kuasa hendaklah dibuat melalui Pemilihan Agung UMNO bukanya peralihan kuasa daripada satu pihak kepada satu pihak yang sudah ada jawatan di dalam jawatan tertinggi UMNO kerana sudah jelas ini akan menidakkan demokrasi di dalam UMNO dan besar kemungkinan akan berlaku perpecahan paling besar di dalam sejarah UMNO sekiranya 'peralihan kuasa' tidak dilakukan secara demokrasi. Sebagai parti yang berjuang atas nama demokrasi UMNO sepatunya juga mengamalkan demokrasi di dalam partinya kerana "Ketam tidak akan mengajar anaknya berjalan lurus".

Akhir kalam, penulis doakan agar peralihan kuasa di dalam UMNO berlaku secara demokrasi bagi mengelakkan berlakunya perpecahan yang akan merosakkan lagi kekuatan parti yang begitu serius kerosakkanya pada hari ini.

Baca Lagi!

Monday, May 19, 2008

Rais Yatim: Kuasa Kepenghuluan sekat suara akar umbi UMNO!

Pada 18 Mei baru-baru ini Menteri Luar Bandar Dr. Rais Yatim menegaskan "Kuasa Kepenghuluan sekat suara akar umbi UMNO sewaktu beliau bercakap di khalayak semasa merasmikan Program Perjuangan dan cabaran Pasca Pilihan Raya Umum Ke 12 di Dewan Budaya Jelebu. Tambahnya lagi Perhimpunan Agung UMNO sudah menjadi medan untuk berpantun dan ketawa sahaja pada masa ini bukanya untuk mewakilkan suara sebenar akar umbi UMNO yang telah diamanahkan kepada perwakilan yang sepatutnya mewakili akar umbi.

Terlebih dahulu penulis ingin memberikan 'tabik hormat' kepada Dr. Rais Yatim yang lantang bersuara mengenai hak ahli akar umbi. Sememangnya penulis bersetuju dengan pandangan Dr. Rais Yatim tetapi ada sedikit perkara lagi yang penulis ingin tambah, sebenarnya budaya 'kepenghuluan' ini bukan sahaja ada Menteri Besar atau Pengerusi Badan Perhubungan UMNO yang besar 'kuasanya' untuk menyekat suara akar umbi tetapi Presiden UMNO sekarang pun mempunyai dasar 'kepenghuluan' yang agak tinggi, kalau tidak masakkan Sang Kelembai yang cuba menyampaikan isi hati akar umbi melalui blognya dipecat daripada UMNO? Sebenarnya penulis merasakan 'dasar kepenghuluan' yang di amalkan oleh pemimpin UMNO negeri sebenarnya diasaskan oleh Presiden UMNO yang ada masa kini iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana kata orang "Cikgu kencing berdiri, murid kencing berlari" dan juga "Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi".

Sepatunya Perhimpunan Agung UMNO dijadikan medan untuk menyampaikan suara-suara akar umbi tentang apa yang mereka mahukan, apa yang mereka tidak puas hati, apa pandangan mereka tentang isu-isu semasa. "Kuasa Veto' yang diamalkan Presiden juga boleh menyekat suara akar umbi. Sebenarnya "Orang duduk di atas pokok yang tegak tinggi berdiri, tidak dapat melihat orang yang berada sayup di bawah dengan jelas' Oleh itu 'Platform' Perhimpunan Agung UMNO hendaklah dijadikan medan untuk menyampaikan apa yang dikatakan oleh orang yang berada sayup di bawah pokok.

Presiden UMNO kini juga perlu ingat bahawa perjuangan UMNO berasaskan tiga tiang atau teras utama iaitu Alif yang mewakili Agama yakni Islam yang syumul, Ba mewakili bangsa yakni Melayu yang menjadi penduduk majoriti di Malaysia yang pada asalnya bernama Tanah Melayu ini. Ta pula mewakili tanah air yakni Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu. Tetapi hari ini perjuangan UMNO jauh terpesong, perjuangan UMNO hari ini lebih kepada Demi Presiden, Untukmu Presiden, Keranamu Presiden. Presiden pada hari ini sudah tidak lagi mendengar suara akar umbi sebaliknya bertindak 'membabi buta' untuk menghukum sesiapa sahaja yang 'engkar' Perintah Presiden dan juga siapa sahaja yang cuba nak lawan Presiden.

Pilihan Raya Umum ke 12 telah dijadikan oleh akar umbi UMNO sebagai medan mereka menyampaikan suara mereka yang selama ini disekat oleh Penghulu Besar UMNO iaitu Presiden UMNO sendiri, kritikan-kritikan sebelum ini dianggap sebagai pembangkang, akhirnya akar umbi sendiri mengundi pembangkang. Penulis tetap berpegang teguh kepada prinsip "Membangkang, Mengkritik bukan bererti tidak menyokong tetapi bererti sayangkan Parti" "Kebenaran adalah tetap kebenaran kerana kita tidak akan dapat menyembunyikan kebenaran itu". Sebagaimana orang yang membuang najis di tengah jalan, sudah tentu ada orang yang tahu siapa yang membuang najis itu kerana jalan adalah kawasan terbuka'

Penulis berpendirian "Penghulu Besar UMNO' pada masa ini hendaklah disingkirkan segera bagi menyelamatkan maruah parti, kerelevenan parti. dan juga tiga tiang teras perjuang UMNO yang didokong oleh Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebelum ini yang lebih suka mengisi poket akar umbi daripada mengisi poket diri sendiri seperti yang diamalkan Presiden UMNO yang ada pada hari ini.

Akhirkalam, Bersatulah ahli UMNO dan bersama-samalah kita menggugurkan kepimpinan'Penghulu Besar Abdullah" demi Agama, Bangsa, dan Negara.

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin