Bilangan Pengunjung:

Thursday, May 29, 2008

Usah Paksa Pemimpin Degil !

Pemerhatian Penulis sejak beberapa hari selepas Tun Dr. Mahathir Bin Mohammad mengumumkan keluar daripada UMNO, penulis tidak nampak pun tanda-tanda Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang diibaratkan oleh Tun Dr. Mahathir sebagai Pemimpin Pemusnah akan meletakkan jawatan dan menyegerakan peralihan kuasa tambahan pula ramai Menteri Kabinet yang baru dilantik pun membela Datuk Seri Abdullah, mungkin juga kerana mereka bimbang jawatan yang dipegang oleh mereka akan dilucutkan jika tidak membela orang yang bertanggungjawab melantik mereka atau dengan kata lain "Kera di Putrajaya disusukan, ahli di akar umbi mati kelaparan"

Penulis melihat usaha mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya meletakkan jawatan adalah usaha yang sia-sia kerana terbukti beliau masih berdegil dan enggan melepaskan jawatan kerana katanya ingin memperkasakan UMNO walaupun umum mengetahui UMNO dapat diperkasakan dengan pengunduran beliau tetapi apa nak buat beliau yang boleh diumpamakan di dalam pepatah orang Melayu Kelantan "Cerdik Tak Leh Nak Tupe, Bodo Tok Leh Nak Ajar" maksud pepatah ini ialah "Cerdik Tak Boleh Di tumpangi, Bodoh Tak Boleh Di ajar" jadi usaha mendesak beliau untuk meletakkan jawatan adalah perkara yang sia-sia.

Pilihan Lain Bagi Ahli UMNO untuk mengundurkan beliau

Ada satu falsafah yang diperkenalkan oleh seorang usahawan yang berbunyi "Sesiapa yang menggunakan cara yang sama untuk mendapatkan hasil berbeza ialah orang gila" Jadi nampaknya cara mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Untuk meletak jawatan tidak membuahkan hasil oleh itu kita perlu mengguna cara baru untuk mengundurkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Cara yang dimaksudkan ialah dengan memilih sesiapa sahaja yang ingin menentang beliau di dalam Pemilihan Agung UMNO Disember ini.

Bagi menambahkan kekuatan calon yang menentang ahli UMNO perlu bersatu bagi memastikan Datuk Seri Abdullah berjaya diundurkan daripada Jawatan Tertinggi UMNO itu, contohnya Penyokong Tengku Razaleigh Hamzah hendaklah bergabung kekuatan dengan penyokong Tun Dr. Mahathir kerana dengan ini undian kita tidak akan berpecah dua berbanding kita meneruskan dengan cara masing-masing seperti kata pepatah Melayu "Bersatu Teguh Bercerai Roboh" dan juga perlu ingat 'Sebatang lidi dapat dipatahkan dengan senang dan seiikat lidi sukar dipatahkan" gabungan dua kumpulan ini akan merealisasikan misi kita untuk mengundurkan Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin