Bilangan Pengunjung:

Saturday, May 3, 2008

Al-Kisah Negarawan Terbilang, Berdarah Raja, Berjiwa Rakyat

Negarawan bermaksud seseorang yang mahir benar dengan cara-cara memerintah negara mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga. Raja pula bermaksud bermaksud pemerintah mengikut Kamus Tesaurus Bahasa Melayu Dewan 1998. Manakala Rakyat pula bermaksud warganergara mengikut Kamus Tesaurus Bahasa Melayu Dewan 1998. Itulah himpunan maksud-maksud daripada entiti yang berlainan dan digabung jalinkan maka terjadilah tajuk artikel ini yang berbunyi "Al-Kisah Negarawan Terbilang, Berdarah Raja, Berjiwa Rakyat".

Pada artikel ini penulis ingin menceritakan serba sedikit apa yang penulis tahu mengenai Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah yang juga merupakan calon Presiden UMNO. Memang tajuk artikel ini ada kena mengena dengan beliau memandangkan beliau setelah menyertai UMNO kembali beliau dilayan umpama Askar Gurkha oleh pucuk pimpinan UMNO.

Negarawan Terbilang

Memandangkan beliau adalah pemimpin yang dilahirkan pada zaman pemerintahan Tun Abdul Razak atau lebih tepat lagi beliau adalah salah seorang Legasi Tun Abdul Razak yang masih ada di dalam Kerajaan kini, sebagai 'orang lama', Yang Berhormat Mulia sudah tentu banyak berjasa kepada UMNO, ada juga sumber-sumber mengatakan bahawa tanah untuk tapak Pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra adalah sumbangan Tengku Razaleigh, jelas juga betapa besar jasanya kepada UMNO sehingga hari ini. Walaupun begitu, ahli-ahli UMNO masih memandang sebelah mata pada beliau beliau merupakan calon pilihan terakhir bagi pengganti Presiden kerana generasi UMNO sekarang tidak sempat merasai bagaimana corak pentadbiran beliau semasa beliau menjadi Menteri Kewangan dulu jadi mereka merasakan Tengku Razaleigh Hamzah ini tiada banyak jasa kepada UMNO, sesuai dengan beliau yang kini berstatus 'negarawan' di mana mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga bermaksud seseorang yang mahir benar dengan cara-cara memerintah negara, sudah tentu mempunyai banyak idea-idea untuk dicurahkan kepada negara sekiranya terpilih menjadi Presiden UMNO.

Apa salahnya ahli-ahli UMNO memberikan peluang sekali kepada beliau untuk membuktikan kepada ahli-ahli UMNO yang lain dengan kemampuanya memulihkan UMNO. Berikanlah peluang kepada beliau untuk memberi khidmat kepada ahli UMNO khasnya dan kepada rakyat Malaysia amnya. Bila lagi kita hendak membalas budi yang telah dicurahkan oleh beliau selama ini.

Difahamkan juga semasa zaman beliau memegang jawatan Menteri Penerangan beliau juga telah meningkatkan kedudukan ekonomi negara kepada kedudukan yang lebih kukuh sesuai dengan kelayakkan sebagai graduan ekonomi daripada Queen University Ireland. Jadi mungkin idea beliau juga boleh diguna pakai untuk mengembalikan semula kedudukan ekonomi negara yang kini berada terawang-awangan di udara.

Berdarah Raja

Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah merupakan putera Raja dan juga merupakan bapa saudara kepada Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis dan dikhabarkan Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra 'membahasakan' Tengku Razaleigh dengan panggilan 'Ayahnda'. Menurut Nik Din, seorang yang pakar di dalam Protokol Diraja, Sultan-Sultan negeri lain turut membahasakan Tengku Razaleigh dengan Panggilan Ayahnda dan semestinya cakap beliau akan didengar oleh pihak Istana, jadi di dalam mengembalikan semula kerpecayaan Istana terhadap UMNO, ahli UMNO hendaklah memberi sokongan kepada Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah kerana beliau adalah satu-satunya layak untuk bercakap dengan '0rang Istana' di dalam menyelesaikan isu-isu tertentu berkaitan dengan Istana.

Ahli UMNO dinasihati supaya tidak mensia-siakan peluang ini untuk memulihkan UMNO bersma-sama dengan Tengku Razaleigh bagi mengembalikan semula kepercayaan Umat Melayu terhadap UMNO. Kerana peluang hanya datang sekali.

Berjiwa Rakyat

Walaupun Tengku Razaleigh berketurunan bangsawan atau berdarah Raja, namun beliau tidak menjadikanya sebagai 'lesen' untuk menjauhi rakyat jelata sebaliknya beliau lebih mendekati rakyat, ini terbukti apabila kawasan yang beliau wakili mengekalkan rekod tanpa kelah sejak beliau bertanding di kerusi Parlimen tersebut.

Disamping itu, rakyat di kawasan beliau mengatakan beliau memang bersifat mesra rakyat, sehinggakan beliau masih diterima oleh rakyat walaupun negara dilanda 'tsunami' politik beliau masih berjaya mengekalkan kedudukan kerusi yang diwakilinya sehingga hari ini. Jelas sekali beliau memang diterima oleh rakyat. Kita memang memerlukan Presiden seperti ini untuk memastikan rakyat mudah mendekati beliau.

Baru-baru ini di Balai Islam Lundang, Kota Bharu Kelantan, seorang wakil bertanyakan soalan mengenai isu semasa kepada beliau tetapi wakil tersebut tidak pandai menggunakan bahasa Istana contonya "Patik" namun tidak nampak sekelumit kemarahan yang terpancar daripada muka Tengku Razaleigh yang sentiasa ceria dan penuh kesabaran itu.

Kesimpulanya Tengku Razaleigh Hamzah adalah pilihan yang paling tepat untuk kita pilih sebagai Presiden UMNO yang baru bagi melaksanan proses pembaharuan minda dan sikap ahli-ahli UMNO seluruh negara daripada semua peringkat termasuklah peringkat atasan demi memastikan UMNO tidak akan berkubur begitu sahaja. Fikir-fikirkanlah.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin