Bilangan Pengunjung:

Friday, May 30, 2008

Blog Tun Dr. Mahathir Cecah Satu Juta Hits dalam masa 30 Hari

Jutaan Tahniah penulis ucapkan kepada Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Bin Mohammad yang kini telah bergelar Blogger kerana kejayaan beliau menarik 1 juta Lebih pengunjung walaupun blog ini baru 30 hari blog tersebut dibuat secara tidak langsung 'aura' beliau masih kuat malahan lebih hebat daripada aura Raja SMS iaitu Mawi dan juga Raja Blog iaitu Raja Petra Kamaruddin seorang yang mempunyai hubungan rapat dengan mubaligh kristian yang cuba menyesatkan umat Islam.

Mungkin pada masa akan datang Blog Tun Dr. Mahathir bin Mohammad akan mencipta rekod yang lebih hebat berbanding hari ini. Mengikut rekod blog Tun Dr. Mahathir pada hari Khamis 29 Mei 2008 Bilangan pengunjung yang dicatatkan di blog beliau mencecah 985,000 pelawat, manakala pada hari jumaat 30 Mei 2008 blog Tun Dr. Mahathir mencatatkan bilangan pelawat setinggi 1,015,766 pelawat ini menjadikan blog Tun Dr. Mahathir dilayari oleh orang ramai, secara jelas kalau kita tafsirkan secara kasar memang benar kekalahan BN di beberapa negeri baru-baru ini merupakan faktor kelemahan Abdullah Haji Ahmad "Saya Perdana Menteri" "Ahli Kena dengar Cakap Saya dan tak boleh lawan cakap saya" "Saya merupakan imam besar Islam Hadhari islam yang ada had dan ada hari" dan tiada faktor yang lain selainya.

Jika Abdulah Haji Ahmad enggan berundur, kita pastikan Pemilihan Agung UMNO beliau digugurkan secara tidak berhormat. Kita malukan beliau supaya beliau tahu langit itu tinggi ke rendah, pisau itu tajam ke tumpul. Apa yang penting kita perlulah bersatu di dalam menghadapi pembela-pembela beliau yang akan terus dimasukkan bagi menjaga kedudukan beliau. Seperti mana akar umbi lain penulis juga ingin mengucapkan "Saya tidak mahu berkerja bersama-sama anda mahupun bekerja untuk anda kerana slogan itu hanyalah retorik semata-mata. Selagi hayat dikandung badan penulis akan berusaha sedaya upaya untuk mengundurkan Abdullah Haji Ahmad dari pucuk pimpinan UMNO dan juga pucuk pimpinan negara. Bersatulah menentang musuh negara.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin