Kira-kira 300 penyokong mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad menyambut kepulangan beliau dari Jepun di lapangan terbang Subang petang tadi.
Mereka turut membawa kain rentang yang berbunyi 'Tun Mahathir kita tetap bersamamu; Selamat pulang pejuang bangsaku; dan Berani berjuang untuk negara, agama dan bangsa'.
Beliau pulang dari Jepun untuk menghadiri persidangan ekonomi Nikkei.
Dr Mahathir berucap selama lima minit kepada para penyokongnya dari dalam kereta yang dinaikinya.
Dalam ucapannya, beliau yang keluar Umno pada 19 Mei lalu, mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi takut kepada Singapura.
Dr Mahathir dipercayai merujuk kepada kepada keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (CIJ) yang memutuskan Pulau Batu Puteh milik kerajaan Singapura.
dipetik dari
http://www.malaysiakini.com
No comments:
Post a Comment