KITA HARUS MANFAATKAN KEDAULATAN KE ATAS BATUAN TENGAH
Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menyerahkan kedaulatan Pulau Batu Putih kepada Singapura sungguh mengecewakan rakyat negara ini khususnya orang Johor. Apa tidaknya memandangkan Pulau itu sejak begitu lamanya adalah sebahgian daripada wilayah Johor. Dengan itu hilanglah sebahgian daripada kawasan strategik yang menjadi laluan penting untuk semua kapal berulang alek ke Cina dan Jepun dari Eropah, Timur Tengah dan India.
Kita hanya mendapat sagu hati apabila ICJ memutuskan bahawa Batuan Tengah yang terletak 0.96km ke selatan Pulau Batu Putih adalah hak milik Malaysia manakala Tubir Selatan kira-kira 4km ke Selatan PBP diputuskan kepunyaan negara yang menguasai perairan di mana ia berada. Keputusan ini sungguh memusykilkan dan mungkin akan melarutkan lagi hubungan antara kita dengan republik yang banyak dipengaruhi Yahudi itu.
Bila dianalisa keputusan itu secara menyeluruhnya dan dari hujjah yang diberikan nyata sekali ICJ mengakui kawasan itu berada dalam taklukan Kesultanan Johor sejak dari awal lagi. Apa yang telah mendorongnya memutuskan PBP menjadi milik Singapura adalah surat dari Pemangku Setiausaha Kerajaan Johor pada 21hb Sep 1953 yang menyatakan bahawa Kerajaan Johor tidak memiliki pulau itu sebagai jawapan kepada sepucuk surat dari Setiausaha Jajahan British di Singapura pada 12hb Jun tahun itu yang hendak tahu status pulau itu.
Sebagaimana dipersoalkan Mathaius Chang, seorang peguam berpengalaman luas mengenai undang-undang antarabangsa dan pernah bertugas sebagai setiausaha politik kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam satu analisanya terhadap keputusan itu, kenapakah penjajah British di Singapura ketika itu telah bertanyakan status pulau itu kepada kerajaan Johor yang ketika itu adalah juga dibawah kuasa penjajah British.
Surat itu diutuskan oleh Setiausaha Penjajah British di Singapura kepada Penasihat British kepada Kerajaan Johor. Dengan itu semistinya jawapan yang akan diberikan akan memihak kepada kuasa penjajah. Chang menyatakan bahawa sungguh aneh surat itu tidak diutuskan kepada Sultan Johor tetapi sebaliknya kepada Penasihat British, ia itu pentadbiran penjajah British di Singapura bertanyakan status pemilikan sebuah wilayah Johor kepada wakil kuasa penjajah itu di Johor.
Agak pelik juga yang menjawabnya adalah Pemangku Setiausaha Kerajaan Johor yang ketika itu adalah dibawah pengaruh Penjajah British. Chang menghujjah bahawa kedaulatan pulau itu bukannya berada pada Kerajaan Johor yang dijajah tetapi pada Sultan. Sepatutnya surat demikian diutusskan kepada Sultan; dan Sultanlah yang harus menjawab bukannya wakil kerajaan kerana sebenarnya kedaulatan sesebuah wilayah Johor terletak di atas bahu Sultan. Apa pun surat itu hanya menyatakan bahawa Kerajaan Johor tidak memiliki pulau itu. Ia tidak pula menyatakan status kedaulatannya sebagai sebahagian daripada tanah wilayah Johor di bawah nauangan Sultannya.
Chang juga persoal kenapa nama pulau itu pun di sebut sebagai Pedra Banca, nama yang diberikan penjajah, bukannya Pulau Batu Putih nama pulau itu yang sebenar sebagai tanah di bawah naungan Sultan.
Sebagaimana dihujjahkan Malaysia pemilikan tidak semistinya menjurus kapada status kedaulatan sesuatu bidang tanah. Singpura hanya memiliki rumah api dan apa-apa bangunan lain yang dibinanya di atas pulau itu tetapi kedaulatan pulau tetap berada pada Johor. Ini adalah juga seperti Singapura misalnya mempunyai kuasa mentadbir kawasan dimana terdapat loji penapisan airnya di Kangkar Tebrau tetapi ia tidak mempunyai kedaulatan ke atas tanah itu.
Apa pun berikutan dengan keputusan terakhir ini Malaysia dan Johor harus meneliti kembali segala perjanjiannya yang membenarkan berbagai loji penapisan air Singapura di Johor. Jangan pula nantinya Singapura mahu menuntut semua kawasan-kawasan itu sebagi kepunyaannya. Kita sesungguhnya harus berhati-hati dengan niat sebenar republik itu terhadap kita memandangkan betapa kuatnya ia dipengaruhi Yahudi Zionis.
Keputusan ICJ bahawa Batuan Tengah, dua kelompok batu batan kira-kira 250 meter jarak antara keduanya, dan hampir satu km ke selatan PBP adalah kepunyaan Malaysia tidak menghairankan kerana kelompok itu sebenarnya adalah dalam satu kelompok pulau batu batan yang mengandungi PBP, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, kira-kira empat km di selatan PBP yang sememangnya menjadi sebahagian daripada wilayah dibawah taklukan kesultanan Johor sejak beberapa lamanya.
Oleh itu agak aneh juga ICJ memutuskan bahawa Tubir Seltan dipunyai oleh kerajaan yang menguasai perairan di situ. Sepatutnya kesemua kelompok pulau dan batu batan di situ menjadi sebahgian daripada wilayah Johor.
Bagaimana pun keputusan itu kini tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Oleh itu kita juga terpaksa akur dengannya. Apa yang kita boleh buat adalah memantabkan kedudukan kita di Batuan Tengah.
Jelas sekali Singapura juga kecewa dengan keputusan yang memberikan hak Batuan Tengah kepada Malaysia kerana ini telah menggagalkan usahanya untuk menambak keseluruhan kawasan itu untuk memantabkan lagi kedudukannya di situ.
Keputusan itu juga kini sudah membolehkan nelayan Johor kembali menangkap ikan di perairan sekitar Batuan Tengah tanpa memasuki ke PBP. Singapura juga kini tidak mempunyai hak lagi menghalau nelayan kita ke Batuan Tengah dan meronda di perairannya. Kapal-kapal perangnya hanya boleh meronda di sekeliling PBP saja dan tidak harus menceroboh ke perairan Batuan Tengah.
Bagi Malaysia pula memandangkan ujudnya dua kelompok batuan, kita sudah harus berfikir untuk menyambungkan kedua batuan sejarak 250 meter itu saja. Ini akan membesarkan batuan itu menjadi sebuah pulau yang lebih besar lagi dari PBP. Kita dengan itu juga sudah harus adakan perancangan untuk mendirikan berbagai bangunan kemudahan untuk memantau kawasan berdekatannya dan mungkin juga menyediakan kemudahan untuk kegiatan menyelam dan snorkeling.
Kini kita harus memanfaatkan keadaan sekitar kawasan perairan kita itu bagi menentukan kedaulatan kita ke atasnya tidak digugatkan oleh sesiapa.
Rejal Arbee
26 Mei 2008
dipetik dari:
http://www.mykmu.net
No comments:
Post a Comment