Bilangan Pengunjung:

Monday, May 26, 2008

Mengapa EXCO Selangor Belum Didakwa?

Pada bulan November lalu, Ronnie Liew (sekarang EXCO Kerajaan Negeri Selangor) telah ditangkap kerana menghalang polis dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menutup pusat pelacuran Chili di Puchong, Selangor.

Laporan ke atas beliau di buat oleh seorang pegawai polis berpangkat DSP. Menurut sumber MYKMU.net, kes Ronnie telah pun selesai disiasat dan polis mencadangkan agar beliau dituduh di Mahkamah. Malangnya sehingga hari ini belum ada sebarang pertuduhan di buat.


Lebih malang lagi, Ronnie telah dilantik sebagai EXCO Selangor yang menjaga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Hari ini, kedai-kedai menjual VCD haram kembali dibuka sewenang-wenanngnya.

Jika ahli politik UMNO atau BN begitu mudah didakwa atau di malukan di dalam akhbar mengapa kes ahli politik DAP ini dipendamkan begitu sahaja? Jika Tun Dr. Mahathir dihina dan dicerca oleh akhbar dan kerajaan pimpinan Pak Lah, mengapakah kes Ronnie Liew ini didiamkan sahaja?

Apakah kerana Ronnie Liew ini dikatakan mempunyai hubung kait dengan underworld maka tiada siapa yang berani menganggu beliau?

Kita juga sedang menanti komen oleh Tan Sri Khalid Ibrahim atau pejuang Islam nombor satu Selangor, Datuk Hasan Ali.

Dipetik dari
http://www.mykmu.net

No comments:

Blog Widget by LinkWithin