Bilangan Pengunjung:

Saturday, May 17, 2008

Isu Wang Ehsan Terengganu 7.3 Billion

Baru-baru ini Menteri bertanggungjawab yang baru bertugas bertanggungjawab di dalam hal ekonomi di Jabatan Perdana Menteri membentangkan di Parlimen mengatakan 7.3 Billion sudah diperuntunkkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu pada beberapa tahun lepas.

Namun kenyataan ini disangkal oleh Mantan Menteri Besar Terengganu dan mengatakan Terengganu hanya dapat 1.3 Billion sahaja setahun. Persoalanya ke manakah hilangnya lagi 6 Billion? Nak salahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri tak boleh juga sebab beliau orang baru, nak salahkan Mantan Menteri Besar Terengganu pun tak boleh juga kerana beliau sendiri dah kata Kerajaan Negeri hanya terima 1.3 Billion sahaja, jadi maknaya 6 Billion yang hilang itu, hilang sebelum sempat sampai ke tangan beliau selaku Menteri Besar ketika itu.

Wang Ehsan atau Dana Khas yang diuruskan oleh Kementerian Kewangan dan dibahagikan melaui ICU Jabatan Perdana Menteri, di mana kedua-dua badan ini bertanggungjawab sepenuhnya ke atas wang ehsan atau dana khas Terengganu termasuk urusan pembahagian kepada rakyat dan kerajaan negeri.

Penulis merasakan lagi 6 Billion yang tidak diterima oleh Kerajaan Negeri Terengganu sudah tentu ada tangan-tangan ghaib yang mengambil wang ini sebelum sempat sampai kepada Kerajaan Negeri yang pada ketika itu diterajui oleh Idris Jusoh. Penulis mengesyaki tangan yang ghaib itu ada hubungkait dengan Jabatan Perdana Menteri, tetapi ini hanyalah agak penulis sahaja tetapi tidak tahulah apa yang sebenar berlaku kerana penulis hanyalah manusia biasa dan Allah tuhan seru sekian alam maha mengetahui.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin