PENCETUS ‘rusuhan reformasi’ yang terkenal di era kebangkitan Parti Keadilan Rakyat, Ezam Mohd. Noor telah memohon menyertai semula UMNO pada 28 Mei 2008, setelah sepuluh tahun meninggalkan parti itu. Hasrat menyertai semula UMNO disambut riang oleh Presiden UMNO, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Kepada Pak Lah kemasukannya disambut gembira bagaikan kembalinya seorang ‘super hero’.
Rakyat, khasnya ahli UMNO berbelah-bagi menerima berita itu. Ramai yang tertanya-tanya apakah sumbangan atau jasa besar hamba Allah bernama Mohamad Ezam itu kepada UMNO sebelum ini. Setahu umum beliau hanyalah bekas Setiausaha Sulit, Anwar Ibrahim, mantan Timbalan Perdana Menteri dan Setiausaha Politik, Menteri Kewangan yang dipecat. Selain itu beliau juga adalah bekas Ketua Angkatan Muda, Parti Keadilan Rakyat dan pernah bertanding dalam pilihan raya umum di Parlimen Shah Alam, tetapi tewas.

Memandangkan hasrat kemasukan semulanya itu memerlukan satu sidang akhbar oleh Perdana Menteri di pejabatnya di Parlimen, ternyata kemasukannya itu sesuatu yang besar kepada Pak Lah. Dan Ezam dalam penjelasannya antara lain menyebut bahawa kemasukannya bukan agenda peribadi tetapi agenda negara. Wah...hebat sungguh. Negara perlukan khidmatnya ke dalam UMNO?
Sehari selepas pengumuman memohon masuk UMNO, Ezam membuat kenyataan bahawa beliau sedia bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO jika ada pencalonan dan sokongan. Dalam pada tak ada agenda sebelumnya, dua puluh empat jam kemudian berhasrat pula memegang salah satu jawatan penting dalam UMNO.
Begitulah berita-berita yang dapat kita baca di akhbar dan didengar di TV. Sikap dan sifat berdolak-dalih tetap tak dapat disembunyikannya. Egonya begitu ketara dan menganggap kemasukannnya tanpa agenda adalah satu silap mata yang dipersembahkan kepada umum.
Lebih pelik lagi ialah mengenai keinginannya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO. Mengikut perlembagaan UMNO, mesyuarat agong cawangan, mesyuarat perwakilan bahagian dan perhimpunan agung yang akan diadakan berperingkat-peringkat mulai Julai hingga Disember ini adalah untuk ahli UMNO yang telah menjelaskan yuran selewat-lewatnya 31 Disember 2007.
Kalau sebelum tarikh itu Ezam belum lagi jadi ahli UMNO, dari mana datang kelayakkannya untuk bertanding merebut salah satu jawatan dalam parti itu? Kenyataan itu ternyata mengelirukan dan menunjukkan mereka sendiri tak faham perlembagaaan parti, terutama Presidennya sendiri.
Apa pun, keghairahan Pak Lah dan penyokong-penyokongnya meuar-uarkan kemasukan semula Ezam ini mempunyai maksud tersirat. Pada peringkat awal apa yang dapat diramalkan ialah bekas ‘juara penggerak rusuhan’ itu akan jadi penglima yang melindungi Khairy dalam mencapai matlamat peribadinya.
Kalau Pak Lah sendiri ada ramai penglima seperti Muhamad Taib, Nazri Aziz, Zaid Ibrahim, Zahid Hamidi dan lain-lain, kini Khairy tidak lagi keseorangan. Dia ada Ezam Mohd Noor, selaku ‘super hero’ dengan dibantu enam orang lagi pengikutnya bekas anggota PKR.
Nampaknya, Khairy dan Pak Lah sudah terhakis kepercayaannya kepada ahli-ahli UMNO yang selama ini mereka anggap sebagai penyokong kuat.
Pada pendapat umum, kemasukan semula Ezam Mohd Noor ke dalam UMNO beserta enam orang rakannya tidak membawa apa-apa kesan, kecuali kepada Pak Lah dan konco-konconya yang tercari-cari penyokong yang mereka fikir mampu dan berani menentang Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Kesimpulannya, kemasukan Ezam bukan untuk memantapkan UMNO sebenar, tetapi menjadi ‘super hero’ kepada UMNO PAKLAH.

No comments:
Post a Comment