Bilangan Pengunjung:

Monday, May 26, 2008

Wayang Pacak Pak Lah


Pulau Batu Putih @ Pedra Branca kini sah dengan sebenar benarnya HAK MILIK Singapura. Sebesar Padang bola sepak.

Inilah batu yang Malaysia dapat. Apa ke JADAHNYA "MENANG-MENANG: situation

(artikel disumbang oleh FORUMER AKU)

Wayang! Itulah perkara pertama yang terpacul daripada mulut aku bila keputusan habis dibacakan.

Pulau Batu Putih dah sah menjadi milik Temasik. Tahniah kerana Temasik telah 'menang tanpa bertanding'. Malaysia pula 'dengan bangganya' dapat Terumbu Tengah (Middle Rocks). 'Win-win situation' katanya.

Tapi agak pelik bila terfikir beberapa perkara yang berikut..

Beberapa hari sebelum ni, telah dicadangkan atau ditubuhkan satu jawatankuasa bersama berhubung perkara tuntutan ini. Rais Yatim pula mengadap Sultan Johor (entah apa sebabnya) dan kenyataan supaya rakyat redha saja dengan keputusan yang diberikan.

'Persediaan-persediaan' awal ini seolah-olah keputusan telah diketahui atau dah diberi 'hint' tentang tumbangnya kita kepada pulau Temasik.

Keadaan menjadi semakin pelik bila Malaysia dan pulau Temasik 'diberi sorang satu' pulau-pulau yang dituntut. Menambahkan lagi peliknya keadaan ni bila pulau yang satu lagi - 'pandai-pandai korang la'.

Apakah terdapat persetujuan awal dikalangan pembesar-pembesar kedua-dua negara? Adakah terdapat satu agenda yang lebih besar daripada ini? Apakah ada dokumen atau hujah daripada pihak Malaysia yang sengaja atau 'lupa' nak didebatkan?

Rasanya pulau nan satu yang 'dipulaukan' tu akan menjadi milik Malaysia. Tapi sebagai tukarannya, WPI / Iskandar Malaysia! (a.k.a. Abdullah Malaysia).

Perlu diingat, apa yang diberi takkan dapat kembali. Kita tidak akan dapat lagi akan Pulau Batu Putih. Bayangkan sekiranya WPI 'tergadai'. Mampukah kita mendapatnya kembali? Sanggupkah kita melihat istana Sultan Johor berada dalam 'kawasan Temasik'? Sanggupkah kita biarkan tempat kelahiran UMNO menjadi milik proksi Yahudi / US?

Sebelum perkara ini menjadi lebih buruk, sebelum lebih banyak lagi persetujuan 'pintu belakang' dimeterai, kita WAJIB menukar perdana menteri. Jangan dibiarkan walau seinci pun lagi wilayah Johor / Malaysia 'dianugerahkan' kepada pulau Temasik.

Pemimpin-pemimpin lemah perlu ditukar segera untuk mengelakkan lebih banyak lagi wilayah/kawasan kita dihadiahkan kepada pihak luar. Semoga lebih ramai ahli UMNO akan mendesak pengunduran 'Bapa Rekod Malaysia'.

Sekadar berkongsi beberapa rekod yang dibuatnya:
1. Menang PRU11 dengan rekod terbanyak
2. 'Menang' PRU12 dengan rekod ('kalah paling banyak')
3. Hilang majoriti 2/3 di parlimen
4. Hilang 5+1 negeri kepada pembangkang
5. Hilang pulau batu putih kepada temasik

6. 3 Negeri yang Menteri Besarnya dilantik sendiri oleh Sultan (Bukan cadangan dari Perdana Menteri)

Rasanya tak salah kita tambah satu lagi rekod untuk pak lah - Presiden UMNO dan PM pertama yang disingkir!

Apapun, sememangnya semua ini wayang pacak pak lah. Akhirnya 'Puppet' Lah telah berjaya melaksanakan Agenda Nasional (Temasik) dengan jayanya. Syabas!

Kepada ahli-ahli UMNO, tunggu apa lagi. Nak tunggu sampai satu Johor dapat kat Temasik baru nak bertindak ke? Fikir-fikirkanlah demi agama, bangsa dan tanahair.

Hidup Melayu! Hidup UMNO! Hidup Malaysia! Hidup...lagi ke pak lah?

dipetik dari:

http://www.mykmujohor.com

No comments:

Blog Widget by LinkWithin