Bilangan Pengunjung:

Wednesday, May 28, 2008

Usah Pula Jualkan

USAH PULA JUALKAN !


Cukuplah kita berputih mata

Pulau Batu Putih jadi lagenda

Bagaikan cerita penglipur lara

Pewaris jati diri pasti kecewa


Pulau Middle Rocks, ICJ beri

Pulau South Ledge tidak pasti

Jangan terkejut keduanya lari

Ditukar milik kaedah jual beli


Kalau telahan hamba kenyataan

Jati diri lemah pemimpin kita

Terbukti di WPI, DEB ditiada

Bumi kita, syurga bukan warga

Inikan dua pulau batu-batu saja



Kedua lokasi bertukar pemilikan

Walau apa hujah jadikan alasan

Nyatalah kalian bertuhan duitan


serling
[26.05.08]
isnin
dipetik dari
http://www.mykmu.net

No comments:

Blog Widget by LinkWithin