Islam Hadhari walaupun dipangkalnya ada Islam tetapi di hujungnya telah membuat orang Keliru. Sebenarnya kami di dalam UMNO yang dilabelkan Kumpulan Penentang Abdullah sudah lama menentang Islam Hadhari ini daripada dalam. Kami berpegang kepada Islam itu Sempurna dan Syumul yakni lengkap.
Walaupun Kami berada di dalam kelompok UMNO tidak semestinya kami bersetuju dengan Islam Hadhari. Kalau kita lihat 22 Tahun Pemerintahan Negara dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir tiada satu pun Tun menggunakan istilah yang menggunakan perkataan Islam yang bakal mengelirukan orang ramai seperti Islam Hadhari dalam masa sama usaha-usaha mempertingkatkan syiar Islam juga diusahakan oleh Tun Dr. Mahathir tanpa perlu melahirkan Istilah Islam baru kerana Islam adalah lengkap.
Hari ini ada artikel yang keluar di dalam surat khabar yang mengatakan Kerajaan Selangor mengharamkan Islam Hadhari, kami tidak akan menghalangpun pengharaman tersebut kerana kami juga menentang Islam Hadhari. Cuma bezanya Kerajaan Selangor menentang dari luar dan kami menentang dari dalam. Usaha kami untuk meminta Abdullah Haji Ahmad meletak jawatan adalah sebahagian usaha untuk menentang Islam Hadhari. Jika pembangkang merawat dari luar, kami pula merawat dari dalam seperti orang mempunyai penyakit, sekiranya kita menggunakan ubat yang boleh merawat daripada dalam ubat itulah yang paling berkesan berbanding ubat yang merawat daripada luar kerana kesembuhanya hanyalah sementara.

No comments:
Post a Comment