Hotel Perdana merupakan sebuah hotel yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Kelantan melalui Perbadanan Kemajuan Ikhtisad Negeri Kelantan (PKINK) yang menyimpan seribu kenangan suatu ketika dahulu kini telah pun dijual kepada Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan turut juga dijual kompleks sukannya yang dikatakan dijual dengan harga RM 4 juta.
Hotel ini banyak meningalkan kenangan pahit dan manis kepada beberapa pemimpin PAS dan juga kepada seorang penulis yang bernama Mohd Sayuti Omar atau lebih dikenali dengan nama MSO selaku penulis blog Merah Tinta MSO kerana banyak juga kenangan pahit manis beliau di Hotel tersebut antaranya ialah Pelancaran buku yang bertajuk Tuanku Ismail Petra Idealisme & Keprihatinan Kepada Agama, Bangsa dan Negara di Dewan Bunga Emas Hotel Perdana.
Selain itu, di bilik 121 Hotel Perdana meninggalkan kenangan pahit kepada Mat Sabu pada suatu ketika dahulu dan ekoran dari peristiwa hitam itu karier politiknya semakin berada di zaman kegelapan, isu ini juga turut digunakan sebagai senjata oleh Barisan Nasional Terengganu untuk menidakkan beliau menjadi Ahli Parlimen Kuala Terengganu selain isu 'orang luar' yang juga turut menyumbang kepada kekalahan beliau di Parlimen Kuala Terengganu itu.
Sememangnya orang Terengganu tidak sama dengan orang Kelantan kerana bagi mereka orang yang mewakili mereka hendaklah rakyat Terengganu juga, sama seperti apa yang berlaku ke atas Nasaruddin Mat Isa di Parlimen Besut pada Pilihan Raya Umum 11 baru-baru ini. 'Orang luar' sukar diterima oleh rakyat Terengganu.
Berbalik kepada isu penjualan Hotel Perdana kepada PNB tadi, selepas ini hotel yang menyaksikan penyokong-penyokong PAS bergembira ketika menang dan bermuram durja ketika parti yang disokong mereka kalah kini hanya tinggal kenangan yang terindah bagi mereka.
Bagi mereka Hotel yang memberikan seribu kenangan di mana tempat mereka berkongsi kegembiraan dan kedukaan sudah tidak lagi menjadi milik Kerajaan Negeri dan tentunya sukar mencari Hotel Pengganti untuk mengembalikan nostalgia yang telah diberikan oleh Hotel Perdana. Namun, itulah lumrah dunia yang telah tersurat di dalam nota takdir yang mengatakan tiada benda yang kekal di alam fana dan penuh kepura-puraan ini seperti mana beberapa negeri yang dikuasai oleh BN telah jatuh kepada Pakatan Rakyat kerana tiada benda di atas dunia ini akan kekal selama-lamanya.
Siapa yang menjual Hotel Perdana?
Difahamkan orang yang menjual hotel ini mendapat komisyen yang tinggi hasil daripada jualan hotel ini. Ada juga spekulasi yang mendakwa semua ini dilakukan oleh 'si baju petak-petak merah', namun ia hanyalah spekulasi belum ditentukan kebenaranya tetapi yang pasti orang ini ada kaitan dengan Kerajaan Negeri Kelantan tetapi biarlah rahsia kerana apa yang anda perlu fikir ialah hanya Allah Seru Sekian Alam mengetahui apa, siapa dan mengapa Hotel ini terjual kerana kita hanyalah insan kerdil yang tidak boleh melihat benda yang tidak nyata.
Kenangan Penulis Di Hotel Perdana
Penulis juga mempunyai kenangan manis di Hotel Perdana memandangkan suatu masa dahulu Kafe Siber yang ada di Hotel Tersebut selalu dikunjungi penulis memandangkan pada waktu itu penulis masih tidak mempunyai komputer baik komputer peribadi mahupun komputer riba dan juga Gelanggang Boling yang ditempatkan di hotel tersebut juga merupakan tempat penulis menghabiskan masa untuk beriadah dan juga menghilangkan tekanan kerja.
Penulis merasa kesal dengan penjualan Hotel ini, namun apakan daya penulis hanyalah penulis biasa, bukan ada harta bertimbun-timbun, bukan ada kawan berduyun-duyun untuk hidup berfoya-foya jadi penulis hanyalah menjadi pemerhati di dalam kes ini dan juga meluahkan rasa penulis di artikel di dalam blog milik penulis.

No comments:
Post a Comment