Tajuk Artikel penulis pada hari ini ialah "Kembalikan Semula Kegemilangan UMNO 1946". Tujuan penulis menulis artikel ini pada kali ini ialah dengan hasrat untuk mengembalikan semula Kegemilangan UMNO 1946 yang pada masa itu UMNO menjadi 'payung sebenar' umat Melayu Seluruh Negara di mana orang Melayu bersatu padu di pawah payung UMNO untuk menentang gagasan Malayan Union.
Pemimpin-pemimpin UMNO pada tahun 1946 berjuang kerana rakyat bukan kerana harta yang bertimbun-timbun dan kawan berduyun-duyun untuk sekadar hidup berfoya-foya. Pada masa itu orang Melayu bersatu-padu di bawah payung yang sama iaitu UMNO kerana mereka benar-benar yakin UMNO pada masa itu benar-benar memperjuangkan nasib rakyat.
Kalau kita bandingkan UMNO 1946 dengan UMNO 2000 memang jauh berbeza, kebanyakkan yang menyertai dan membarisi kepimpinan UMNO sekarang bukan untuk memperjuangkan nasib rakyat tetapi lebih memperjuangkan 'periuk nasi' diri sendiri tanpa memikirkan 'periuk nasi rakyat' yang sudah dicemari pasir dan semakin hari semakin menderita rakyat sehinggakan ada yang bergolok bergadai.
Pemimpin-pemimpin muda yang membarisan kepimpinan muda di dalam UMNO telah membawa ideologi mereka sendiri sehinggakan mensasarkan landasan perjuangan sebenar UMNO yang bertiangkang Alif, Ba dan Ta. Alif mewakili Agama yakni Islam yang suci murni, Ba mewakili bangsa yakni Melayu dan Ta mewakili Tanah Air yakni Malaysia. Mereka seolah-olah tidak mengetahui tiang perjuangan asal UMNO ini sehinggakan cuba membentuk UMNO mengikut 'acuan' mereka sendiri.
"Parasit-parasit" yang berada di dalam UMNO sudah mula merosakkan UMNO sedikit demi sedikit dan tidak mustahil sekiranya ahli UMNO terus perangai 'Pak Turut' Apa yang Presiden buat kami sokong tanpa mengira pro dan kontra UMNO akan lenyap di telan zaman. Ingatlah tiada benda yang mustahil di atas muka bumi ini kerana jika Allah seru sekian alam mahukan perkara itu terjadi maka perkara itu akan terjadi sepertimana contohnya sekiranya kita akan mati pada sebaik sahaja habis membaca artikel ini adakah ini mustahil?
Penulis melihat satu-satunya calon yang membolehkan kegemilangan UMNO pada tahun 1946 dapat dikembalikan ialah Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah seorang pemimpin berdarah raja dan berjiwa rakyat. Penulis yakin sekiranya ahli UMNO seluruh negara memberi kepercayaan kepada beliau, kegemilangan UMNO pada tahun 1946 dapat dikembalikan dan sekaligus UMNO akan kembali diterima oleh rakyat Malaysia amnya dan umat Melayu Khasnya.

No comments:
Post a Comment