Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengesa MP BN keluar dari parti tetapi tidak menyertai mana mana parti lain dan menjadi MP bebas dalam Dewan Rakyat, sebagai usaha untuk membuat Kerajaan BN sekarang menukar pemimpin dan Kepimpinan diterajui oleh pemimpin UMNO lain.
Beliau membuat gesaan demikian dalam program “Suntikan Semangat Satria” di Crystal Crown Hotel, Petaling Jaya pagi tadi. “Sekiranya 35 MP BN keluar dan bertindak sebagai MP bebas, maka Kerajaan tidak lagi boleh memerintah. Apabila pemimpin lain ambil alih Kepimpinan, maka mereka boleh kemabli kepada BN dan ada Perdana Menteri lain”. Ini merupakan selesaian agar Kepimpinan Negara ditukar dan segala masalah yang timbul, dapat diselesaikan oleh Kepimpinan baru.
Menjelaskan keputusan untuk keluar bersyarat dari UMNO “Saya mesti mebuktikan apa yang saya harapkan orang lain buat, saya buat dahulu”. Sambil berseloroh “Saya biasa dah menjadi Mantan Ahli ni, dah dua kali!”.
“Sekarang ini, keadaan sudah menjadi apabila kita membincangkan soal mengenai ‘Melayu’, kita dianggap perkauman tetapi orang lain secara terbuka boleh membincangkan isu perkauman dan mempersoalkan kedudukan Melayu”.
dipetik dari:
http://bigdogdotcom.wordpress.com/
No comments:
Post a Comment