SHAH ALAM 27 Mei - Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo hari ini menyifatkan kenyataan Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr. Hassan Ali semalam yang mengharamkan sebarang program Islam Hadhari di negeri itu sebagai angkuh dan sombong.
Beliau berkata, kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor itu tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang yang kononnya memperjuangkan Islam kerana Islam Hadhari merupakan satu konsep yang digunakan oleh Kerajaan Pusat untuk meningkatkan kualiti umat Islam di negara ini termasuk di Selangor.
Bekas Menteri Besar Selangor itu menegaskan, Islam Hadhari bukan satu ajaran Is- lam baru, tetapi ia sebagai salah satu pendekatan untuk memurnikan agama itu dan telah diakui serta diterima pakai oleh negara-negara Islam lain.
''Saya anggap dia (Hassan) tidak faham atau- pun sengaja buat-buat tidak faham dengan konsep Islam Hadhari ini kerana pelaksanaannya langsung tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Mungkin dia berfikiran demikian kerana konsep ini dibuat oleh Kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN),'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Hassan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor semalam yang mengharamkan semua program Islam Hadhari di negeri itu.
Mohamad Khir berkata, kerajaan negeri hari ini seakan-akan lupa peranan Kerajaan Pusat dalam pentadbiran negara ini.
''Cara mereka memerintah seperti mereka bukannya sebahagian daripada negara ini. Malah, mereka hari ini dilihat terlalu angkuh dan sikap seperti inilah yang kita kesalkan,'' katanya.
Memperjuangkan Dalam pada itu, Mohamad Khir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang turut mempersoalkan, sekiranya Pas mahu memperjuangkan ajaran Islam sebenar di Selangor, kenapa pemimpin parti itu termasuk Hassan tidak menutup terus kilang arak dan ladang babi di negeri itu.
Katanya, perkara itu telah dicanang oleh me- reka ketika kempen pilihan raya umum lalu.
Sebaliknya, mereka membiarkan sahaja kilang arak dan ladang babi setelah berjaya me- menangi pilihan raya dan membentuk kerajaan negeri di Selangor bersama-sama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
''Mereka (Pas) tak tutup kilang arak dan ladang babi seperti mereka janjikan kepada rakyat sebelum ini kerana kedua-dua perkara itu diharamkan dalam Islam.
''Sebaliknya, mereka hari ini haramkan Islam Hadhari yang merupakan salah satu usaha yang diterapkan untuk pembangunan umat Islam,'' jelasnya.
Dalam pada itu, bekas Exco Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat negeri, Datuk Abdul Rahman Palil berkata, sepatutnya kerajaan negeri tidak menganggap bahawa konsep Islam Hadhari itu sebagai satu unsur yang boleh merosakkan akidah, perpecahan dan pelbagai perkara negatif lain ke atas umat Islam.
''Mereka haramkan Islam Hadhari yang kononnya menyesatkan umat Islam. Tetapi, mereka tidak tumpukan kepada ancaman sebenar iaitu ajaran sesat yang semakin berleluasa di negeri ini,'' katanya.
Malah, tambahnya, ancaman sedemikian termasuk peningkatan aktiviti penceramah tidak mempunyai tauliah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), selain tidak melaksanakan arahan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang sebarang aktiviti politik di masjid dan surau di negeri itu.
''Ini yang berlaku pada hari ini, kerajaan negeri memberi penumpuan yang tidak kena pada tempatnya. Ini yang akan menjadi masalah kepada perpaduan umat Islam negeri ini pada masa depan sekiranya kerajaan negeri terus bersikap seperti ini,'' ujarnya.
dipetik dari:
http://www.mykmu.net
No comments:
Post a Comment