Bilangan Pengunjung:

Friday, May 16, 2008

Berbicara dengan Orang BEBAS!

Pada petang tadi semasa penulis minum petang di sebuah gerai yang berdekatan dengan rumah penulis, penulis dapat bercakap dengan seorang orang yang BEBAS! BEBAS di sini bukanlah bebas sepertimana Datuk Paduka Ibrahim Ali, BEBAS di sini juga bukan bermaksud merdeka tetapi apa yang dimasukkan dengan BEBAS di sini ialah orang yang daripada 'golongan atas pagar' yang tidak menyertai mana-mana parti politik dan juga tidak menjadi fanatik mana-mana parti yang ada di Malaysia baik Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional.

Hati penulis 'tergerak' untuk bertanyakan pendapat beliau sebagai orang yang 'neutral' mengenai senario-senario dan isu-isu politik yang melanda tanah air, oleh sebab itu penulis pun tanpa segan-silu cuba 'membongkar' pandangan beliau untuk penulis ketengahkan di dalam blog penulis untuk menjadikan rujukan kepada rakyat Malaysia.

Pertama sekali penulis ada bertanya kenapa beliau tak menyertai mana-mana parti politik yang ada di dalam Malaysia? Dia lalu menjawab "Bagi saya semua parti politik di Malaysia sama sahaja tak kiralah Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional semuanya ada kepentingan diri bukan kepentingan rakyat" Jawapan beliau yang ringkas itu tidak dapat memuaskan hati penulis lalu penulis bertanya lagi "Apa maksud saudara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat sama sahaja dan semuanya ada kepentingan diri bukan kepentingan rakyat?" Beliau menjawab " pemimpin Barisan Nasional ada mengamalkan rasuah, pemimpin Pakatan Rakyat pun ada mengamalkan rasuah jadi apa bezanya kedua-kedua parti ini? semuanya cakap tak serupa bikin!"

Penulis juga ada bertanya mengenai Isu Karpal dengan beliau, lalu dia menjawab semuanya sama sahaja Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat kedua-keduanya mengamalkan 'double-stardard' Contohnya Barisan Nasional semasa DAP mahu memulaukan angkat sumpah Menteri Besar Perak tetapi Barisan Nasional pula lain kiranya apabila insiden Perlantinkan Menteri Besar Terengganu baru-baru ini, Begitu juga dengan Pakatan Rakyat apabila Isu Insiden Perlantikan Menteri Besar Terengganu mereka tentang habis-habisan tetapi apabila isu Karpal yang mempersoalkan Keputusan Sultan Perak mereka berdiam diri, ini seolah-olah mereka hanya mengutamakan isu-isu yang boleh memberikan keuntungan kepada Pakatan Rakyat sahaja, namun saya puji Menteri Besar Kelantan telah memisahkan politik di dalam kenyataan beliau apabila beliau menyebelahi Sultan Perak yang lain dalam Pakatan Rakyat setakat nak jaga kuasa politik mereka sahaja'

Penulis juga bertanya apa lagi-pandangan beliau mengenai isu semasa yang melanda dunia politik negara, beliau menjawab 'Kesimpulan yang saya boleh dibuat di sini kedua-kedua ini semuanya tidak boleh dipercayai kerana mereka saling menyalahi antara satu sama lain jika satu-satu isu berlaku. Sebagai Contoh Isu Babi di Selangor Pakatan Rakyat menyalahkan Barisan Nasional, Barisan Nasional pula menyalahkan Pakatan Rakyat dalam Isu Babi di Selangor, saya sendiri sudah 'fade-up' dengan politik di Malaysia ini saya pernah juga pergi ke ceramah-ceramah Politik anjuran PAS dan UMNO, Ceramah PAS sebelum ini berkata akan tutup kandang babi sekiranya berjaya memerintah, ceramah UMNO pula mengatakan kandang Babi kami tidak boleh tutup kerana bimbang ianya menjadi 'sentimen perkauman' tetapi lain pula yang berlaku di Selangor dan pada pandangan saya semuanya salah. Cuma mungkin tuntutan UMNO yang minta projek kandang babi Selangor dipindahkan ke tempat bukan Melayu, pandangan UMNO ini saya boleh terima kerana saya sendiri tidak sanggup berada di rumah yang berdekatan dengan kandang babi.

Akhir sekali penulis bertanya apakah cadangan beliau untuk memperbetulkan pentas politik negara yang semakin tidak boleh dipercayai ini? Beliau menjawab" Harap pada satu masa akan datang sebuah parti politik yang baru patut ditubuhkan bagi mewakili orang-orang yang atas pagar dengan kata lain rakyat yang berkecuali ini, kerana orang yang berkecuali biasanya dapat memberikan keadilan kepada rakyat tanpa mengira fahaman politik sepertimana pandangan mereka terhadap isu-isu politik di tanah air.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin