Bilangan Pengunjung:

Thursday, May 29, 2008

Beri Peluang Kepada Tengku Razaleigh untuk menyelamatkan UMNO

Tengku Razaleigh Hamzah yang juga Ahli Parlimen Gua Musang yang paling lama setakat ini dan juga antara orang yang paling lantang bersuara untuk membuat perubahan di dalam UMNO selepas Tun Dr. Mahathir bin Mohammad. Di dahulukan dengan sidang media khas beliau yang diadakan di kediamanya di Kota Bharu, Kelantan diikuti pula dengan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) UMNO Bahagian Gua Musang dan diteruskan lagi dengan kempen-kempenya yang giat dijalankan di seluruh negara bermula di Pusat Islam Kelantan kemudianya diteruskan sehingga ke seluruh pelusuk negara di mana yang terbarunya dibuat di Sabah sudah terang lagi bersuluh bahawa beliau sebenar-benarnya mahu membuat perubahan kepada UMNO.

Tengku Razaleigh Hamzah yang turut dikenali dengan nama Ku Li di kalangan rakyat terkenal di dalam ketegasanya di dalam menyelesaikan isu-isu tertentu semasa beliau berada di barisan kabinet sewaktu beliau menjadi menteri kabinet terutamanya Menteri Kewangan pada suatu masa dulu. Tengku Razaleigh Hamzah juga sering menggunakan pendekatan perbelanjaan duit rakyat secara berhemah sewaktu beliau menjadi Menteri Kewangan satu masa dulu. Sekarang juga beliau mahu pastikan setiap projek yang dijalankan oleh kerajaan adakah benar-benar akan memenuhkan kocek rakyat bukanya memenuhkan kocek pemimpin.

Misi Mengembalikan Tiga Tiang Teras Utama Perjuangan Asal UMNO

Tengku Razaleigh optimis di dalam mengembalikan Tiga Teras Utama Perjuangan asal UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946. Tiga teras utama perjuangan yang dimaksudkan oleh Tengku Razaleigh ialah "Alif, Ba dan Ta" iaitu Alif yang bersamaan dengan Agama yakni Islam, kedua Ba yang bersamaan dengan Bangsa yakni Bangsa Melayu dan Ta yang bersamaan dengan Tanah Air yakni Malaysia.

Perjuangan UMNO pada masa kini sudah lari daripada tiga teras perjuangan asal UMNO ini kerana kebanyakkan yang menyertai UMNO sekarang ini bukanya yang ikhlas untuk menyertai UMNO, menyertai UMNO hanyalah untuk mendapat kepentingan material, mendapat projek, mendapat wang perkara-perkara ini telah melemahkan UMNO dan persepsi ini perlulah diubah agar ahli-ahli UMNO terutamanya pemimpin pelapis tidak membawa ideologi sendiri semasa berjuang di dalam UMNO.

Mengapa Tengku Razaleigh perlu diberi kepercayaan untuk menjadi Presiden UMNO?

Ramai yang tertanya-tanya kenapa perlu memberi kepercayaan kepada Tengku Razaleigh untuk menjadi Presiden UMNO yang baru, pertama sekali beliau masih bebas daripada kepentingan keluarga kerana beliau tiada anak dan secara automatiknya beliau juga tiada menantu jadi kerajaan tiga beranak tidak akan berulang lagi.

Tengku Razaleigh merupakan kerabat diraja Kelantan dan sudah mempunyai cukup harta dan buat apa lagi beliau menambahkan harta kerana kepada siapa lagi harta itu untuk diserahkan? Beliau benar-benar ikhlas ingin berjuang dan memimpin UMNO dan berkhidmat kepada rakyat.
Sesuai dengan kedudukan beliau yang mempunyai kepakaran di dalam bidang ekonomi wajarlah beliau diberi kepercayaan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan dalam masa yang sama meringankan beban rakyat di dalam menghadapi kecelaruan ekonomi dunia di dalam keadaan pasaran ekonomi yang tidak menentu ini.

Penulis menyeru supaya ahli-ahli UMNO seluruh negara dapat memilih Tengku Razaleigh sebagai Nakhoda baru UMNO menggantikan nakhoda lama UMNO yang kalau kita tengok rekod pilihan raya yang lepas kapal UMNO hampir karam ketika dikemudikan oleh nakhoda lama. Jadi apa salahnya memberi peluang kepada Tengku Razaleigh selagi hayat beliau dikandung badan ini.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin