Bilangan Pengunjung:

Sunday, May 25, 2008

Andainya Aku Pergi Dulu Sebelumu Nyanyian Ezam

Andainya aku pergi dulu sebelum mu
Janganlah kau bersedih hati
Andainya aku tiada lagi di sisi mu
Janganlah kau memencil diri
Bayangkanlah masa-masa bahagia
Semasa engkau dan aku
Bermesra di langit biru
Diwaktu kasih berpadu

Itulah bait-bait lagu yang begitu indah dan germersik sekali nyanyian Alleycats. Beberapa hari lalu kemungkinan lagu ini turut diputarkan oleh seorang yang ingin kembali kepada UMNO dan meninggalkan rakan seperjuanganya di dalam PKR.Walaupun Ezam belum pun menyanyikan lagu ini tetapi lagu sudah dikumandangkan dan teringat pula penulis pada pepatah melayu yang berbunyi "Kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang", ingat pepatah melayu bukan pepatah siswazah Oxford yang bernama Khairy Jamaluddin. Jika Ezam benar-benar mendendangkan lagu ini sudah pastinya 'boss lamanya' yakni Anwar Ibrahim akan terkontang-kanting di dalam PKR. Seperti kata penulis blog Merah Tinta MSO baru-baru ini dia telah menghidu perfume yang dipakai oleh Ezam berjenama UMNO jadi tidak mustahilah Ezam akan menyertai UMNO.

Apa yang Akan Terjadi kepada Anwar Ibrahim.

Penulis percaya ramai juga yang tahu Anwar menentang UMNO kerana Tun Dr. Mahathir bukan kerana menentang UMNO, dalam soal sekarang musuhnya sudah keluar UMNO jadi Tun Dr. Mahathir meninggalkan 'ruang kosong' kepada Anwar Ibrahim dan tidak mustahil Khairy Jamaluddin akan mempengaruhi Ezam supaya menarik Anwar masuk UMNO kembali kerana melalui jalan UMNO adalah lebih senang dan boleh dikatakan 'jalan pintas' untuk Anwar mencapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri tanpa perlu menawarkan royalti yang lebih tinggi kepada kerajaan-kerajaan negeri. Lagipun Ezam selaku orang kanan Anwar Ibrahim sudah tentu menyimpan banyak 'rahsia besar' Anwar Ibrahim, mungkin ini akan dijadikan modal oleh Ezam untuk memujuk Anwar Ibrahim menyertai UMNO setelah musuh politiknya Tun Dr. Mahathir tiada di dalam UMNO.

Apa yang terjadi kepada PAS dan DAP?

Sebenarnya penulis merasakan ada sesuatu yang tidak kena apabila tiga tokoh PAS memperkatakan iaitu Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Hussam Musa yang bersedia menerima mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohammad sebagai ahli PAS? Manakala PKR pula tidak sependapat dengan PAS berhubung isu ini. Mungkinkah ketiga-ketiga tokoh PAS ini sudah mencium bau perfume yang dipakai oleh Anwar juga sudah berjenama UMNO? Mungkinkah Anwar juga akan turut mendendangkan lagu "Andainya aku pergi dulu sebelumu" kepada PAS. Mungkin pada waktu itu PAS mula sedar bahawa mereka sudah dikencing oleh Anwar Ibrahim.

Pada DAP tak apa lah tak kisahlah kalau Anwar Ibrahim nak kencing pun kerana memang layakpun DAP dikencing oleh Anwar tetapi sekiranya PAS dikencing oleh Anwar salim tak tumpah seperti Anwar kencing pada ulamak. Pada masa itu apa penyokong PAS akan kata pada Anwar? Itulah seseorang yang licik pandai mengekploitasikan orang untuk mencapai cita-cita dan impianya sendiri.



No comments:

Blog Widget by LinkWithin