Bilangan Pengunjung:

Thursday, May 29, 2008

"Selamat Tinggal Badan Perhubungan UMNO Terengganu"

"Selamat Tinggal Badan Perhubungan UMNO Terengganu" mungkin itulah yang dilafazkan oleh mantan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh selepas meletakkan jawatan beliau sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu dan Barisan Nasional Negeri Terengganu. Mulai kelmarin tamatlah sudah kepimpinan beliau di peringkat negeri dan ini sudah tentu memberi peluang kepada Ahmad Said untuk mengisi jawatan yang dikosongkan oleh Idris Jusoh dan sudah tentunya Ahmad Said mampu tersenyum lebar selepas ini maklumlah sebelum ini beliau telah memberi bayangan yang beliau sudah bersedia untuk menjadi Pengerusi BN Negeri dan juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri dan bergembiralah beliau sebagai Pengerusi BN Negeri dan Juga Badan Perhubungan UMNO negeri jadi dapatlah beliau mencatas musuh-musuh politik yang tidak sehaluan dengan beliau.

Penulis melihat perletakkan jawatan Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Pengerusi Barisan Nasional negeri dan juga Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu merupakan satu 'tamparan' yang hebat pada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya mengambil langkah yang sama, Cuba bayangkan di dalam BN Terengganu yang boleh dikatakan masih mengekalkan kemenangan yang diperolehinya pada Pilihan Raya Umum 11 pada tahun 2004 dengan hanya kehilangan empat kerusi kepada PAS tetapi Datuk Seri Idris Jusoh meletakkan jawatanya di saat BN Terengganu mencapai kemenangan. Sebaliknya Datuk Seri Abdullah masih berdegil mahu menjadi Pemimpin No 1 tambahan pula ramai pembodek-pembodek yang ada di kalangan Menteri-Menteri Kabinet dan yang terbaru wujudnya Kelab Pembodek Abdullah di kalangan yang dikatakan kononya daripada akar umbi jadi Abdullah Haji Ahmad pun umpama 'orang mengantuk yang disorongkan bantal' walaupun tanpa bantal beliau boleh tertidur.

Konspirasi Senyap Menjatuhkan Idris Jusoh?

Pertama sekali kita dengar mengenai dakwaan sesetengah orang yang mendakwa Datuk Seri Idris Jusoh 'mengatur' strategi dengan meletakkan orang-orang yang dikatakan orang yang pro kepadanya. Sebenarnya pandangan ini silap kerana selepas timbul isu ketidakpuasan hati calon-calon pilihan raya Barisan Nasional beliau segera ke Pejabat Perdana Menteri untuk memberitahu isu tersebut tetapi selepas perjumpaan dengan Abdullah Haji Ahmad calon-calon itu tetap dikekalkan, jadi siapa yang mengatur calon itu? Tentu ada arahan ghaib kepada Abdullah Haji Ahmad untuk mengekalkan calon-calon itu, Siapa yang memberi arahan ghaib kepada Abdullah Haji Ahmad? Bak Kata Nabil "Lu Pikir lah sendiri". Ramai yang tidak mengetahui yang Datuk Seri Idris Jusoh ini merupakan legasi Tun Dr. Mahathir oleh sebab itu mereka cuba untuk menghapuskan legasi Tun Dr. Mahathir di dalam UMNO.

Keduanya pula Peristiswa Hitam Isu Perlantikan MB Terengganu yang membabitkan Datuk Seri Idris Jusoh dengan Ahmad Said yang dimana Abdullah Haji Ahmad pura-pura menyokong perlantikan beliau dengan mengeluarkan watikah perlantikan dan juga mengangap perlantikan Ahmad Said sebagai sesuatu yang bercanggah dengan Perlembagaan walhal beliau sudah tahu memang Sultan berhak memilih sesiapa sahaja yang layak pada pengamatan baginda, Abdullah Haji Ahmad sengaja memberi tekanan kepada Ahmad Said supaya orang akan melabelkan Datuk Seri Idris Jusoh ini penderhaka raja dan sekaligus mengelabkan masa depan politik beliau dan mungkin tidak lama lagi beliau akan menjejaki langkah Tan Sri Dr. Yusof Bin Haji Mohd Noor yang bersara dari arena politik tanah air kerana masa depan politiknya sudah kelam.

Ketiganya pula baru-baru ini Abdullah Haji Ahmad mempergunakan Menteri barunya yang menjaga hal ehwal ekonomi untuk sekali lagi cubaan menghapuskan legasi Tun Dr. Mahathir ini dengan membuat pengumuman RM7.3 Billion wang ehsan sudah diberikan kepada Terengganu dengan harapan orang ramai akan melabelkan Datuk Seri Idris Jusoh ini penyeleweng sekaligus menutup penyelewengan yang mungkin dijalankan oleh menantu beliau sebab kita tahu dan pasti orang rama pasti tahu Jabatan atau Kementerian mana yang bertanggungjawab di Pengagihan Wang Ehsan, sudah tentunya ianya ada kaitan dengan Khairy Jamaluddin memandangkan beliau merupakan Pembantu Khas Abdullah Haji Ahmad Kerajaan Negeri hanyalah menerima sahaja.

Akhirnya Datuk Seri Idris Jusoh meletakkan jawatan tertinggi BN dan UMNO di negeri Terengganu dan ini maknanya Idris Jusoh sudah bebas daripada 'celah kangkang' Abdullah Haji Ahmad "Saya Perdana Menteri" "MT Sokong Saya" "Saya buat Islam ada had ada hari itu" sekaligus ia akan membuatkan lebih mudah untuk beliau bersuara dan mungkin juga beliau akan mengikut jejak langkah Tun Dr. Mahathir Mohammad.

Akhir kalam, penulis ingin mengucapkan selamat kembali bertugas sebagai ADUN biasa yang tiada apa-apa kepentingan baik di kerajaan negeri mahupun di peringkat tertinggi BN negeri, kini beliau hanyalah ADUN Biasa yang tiada kuasa. Begitulah zalimnya pemerintahan Abdullah Haji Ahmad.


No comments:

Blog Widget by LinkWithin