Bilangan Pengunjung:

Thursday, May 22, 2008

Annuar Musa Dulu dan Sekarang

Tajuk artikel penulis pada kali ini ialah Annuar Musa dulu dan sekarang. Penulis rasa sesuailah tajuk ini dengan isu semasa memandangkan selepas negara dikejutkan dengan pegumuman mengejut mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohammad untuk keluar Parti maka Annuar Musa yang sudah dimalukan oleh kekalahan teruk BN Kelantan yang juga masih Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan telah dengan tanpa segan-silu mengutuk Tun Dr. Mahathir dan membela Maharaja Abdullah Haji Ahmad.

Annuar Musa Dulu

Annuar Musa Dulu boleh dikatakan orang kuat Tun Dr. Mahathir bin Mohammad, beliau jugalah yang pernah menabalkan raja di bawah Pohon Tere (Gajus) atau Ketereh. Ramai orang kata dia ni orang politik yang berani tetapi bagi penulis beliau bukanlah ahli politik yang berani tetapi sebaliknya beliau adalah ahli politik yang pengecut kerana tindakan beliau hanyalah berharap beliau akan dapat jawatan di peringkat persekutuan dan menjaga 'periuk nasi' politiknya pada masa itu.

Annuar Musa dan UMNO Kelantan Pra & Pasca Pilihan Raya

Penulis memang menjangkakan BN Kelantan akan mengalami kekalahan teruk selepas Annuar Musa ini dilantik menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan memandangkan tindakan beliau yang menabalkan raja di bawah Pohon Tere (Gajus/Ketereh) masih menjadi punca kemarahan rakyat Kelantan dan nampaknya perlantikan Annuar Musa sudah membawa kepada langkah pertama kepada kekalahan BN di Kelantan.

Idea untuk menamakan Calon Menteri Besar juga datang daripada Annuar Musa dan penulis boleh katakan tindakan menamakan calon Menteri Besar juga merupakan punca kekalahan BN di Kelantan kerana kalau dibandingkan Awang Adik dengan Tuan Guru Nik Aziz memang jauh bezanya antara langit dan bumi, bukan tak boleh menamakan calon Menteri Besar boleh tetapi calon itu hendaklah sama seperti Tuan Guru Nik Aziz contohnya Ustaz Uthman El Muhammady mungkin boleh diletakkan sebagai calon Menteri Besar bukanya Awang Adek.

Annuar Musa Sekarang

Annuar Musa baru-baru ini telah bersandiwara dengan mengatakan beliau sedia melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan tetapi sampai sekarang beliau tidak melepaskan jawatan, penulis merasakan kata-kata Annuar Musa yang ingin melepaskan jawatan itu tiada ikhlasnya tindakan beliau hanyalah untuk menguji sokongan yang diberikan ke atasnya.

Annuar Musa sekali lagi berntindak di luar dugaan apabila mengkritik dan mencemuh Tun Dr. Mahathir selepas Tun Dr. Mahathir keluar daripada UMNO dan penulis rasakan Annuar Musa berkata demikian sekali lagi untuk memelihara 'periuk nasi' dan jawatan yang disandangnya sekarang. Itulah sebabnya Annuar Musa seperti Kera kena belacan mengkritik Tun Dr. Mahathir.

Sebenarnya pendirian Annuar Musa bukanlah pendirian UMNO Kelantan sebaliknya pendirian beliau sendiri. Mengikut maklumat yang penulis terima dia sedang berusaha untuk mengagalkan rancangan Tengku Razaleigh untuk bertanding jawatan Presiden bagi mengekalkan kepimpinan Pak Lah atau Ayah Lah untuk terus memimpin Malaysia bersama MT yang berdiri teguh di belakangnya kononya.

Sebagai Contoh Majlis Tengku Razaleigh yang dibuat di Kota Bharu Kelantan baru-baru ini telah disabotaj oleh Annuar Musa dengan melarang daripada ahli-ahli UMNO di beberapa bahagian untuk menghadiri majlis amanat khas Tengku Razaleigh ini jadi jelaslah beliau cuba melindungi kekuasaan Ayah Lah yang tiada bezanya dengan Ayah Pin itu.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin