Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label China. Show all posts
Showing posts with label China. Show all posts

Friday, April 27, 2018

Komunis dan Barisan Nasional

Komunis dan Barisan Nasional
Oleh: yieMEGA

HARI ini penulis ingin mengetengahkan artikel yang bertajuk Komunis dan Barisan Nasional untuSila baca di sini), tiba-tiba ia menjadi isu hangat dan katanya ia akan mendatangkan kemarahan Melayu kerana Melayu benci komunis. Penulis sendiri tidak faham dengan mereka semua ini, sedangkan yang bertanding cucunya tetapi kenapa dosa nenek dia perlu diheret dan diletakkan di atas kepala cucunya pula. Ramai yang bimbang cucu Samsiah Fakeh ini akan menyemarakkan semula pengaruh komunisme di negaraku ini. Sebenarnya tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana fahaman tersebut ternyata kurang diterima di negara ini, ataupun kalau anda semua merasa bimbang sangat adalah lebih elok mengambil pendedatan janganlah undi dia barulah mudoh baso seney kiro .
k memberi pedoman kepada semua pembaca setia blog penulis yang tak seberapa ini, memandangkan hari sabtu ini 28 April 2018 merupakan hari penamaan calon untuk Pilihan Raya Umum Ke 14 yang ditetapkan pada hari Rabu 9 Mei 2018. Baru-baru ini apabila DAP mengumumkan untuk mencalonkan cucu Shamsiah Fakeh bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (

Baca Lagi!

Monday, August 6, 2012

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan
Oleh:  yieMEGA

SUDAH masuk tujuh belas hari umat Islam telah menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, di kesempatan ini juga penulis ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca setia blog Suara Generasi Muda Malaysia yang beragama Islam.

Begitu pantas masa berlalu, itulah yang dinamakan masa kita tidak akan mampu mengejarnya kerana ia akan berlalu pergi tanpa kita sedari. Begitulah hukum alam yang perlu kita akui, namun kita sebagai manusia harus berusaha untuk mengejarnya.

Tambahan pula bulan Ramadhan ini kan bulan untuk menggandakan ibadat kita hendaklah berusaha untuk membuat ibadat sebanyak mungkin yang termampu oleh batang tubuh diri sendiri. Sebelum penulis terlupa izinkan penulis memohon maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini blog ini ekoran daripada penulis terlalu sibuk dengan tugas yang menjadi rutin harian penulis sehinggakan tiada masa untuk mengemaskini blog ini.

Kebetulan pada hari ini penulis mempunyai sedikit kelapangan, jadi penulis tidak mensia-siakanya untuk mengemaskini blog milik penulis yang tak seberapa ini. Mungkin banyak juga isu-isu yang penulis terlepas untuk mengulasnya sepanjang bulan Ramadhan Al Mubarak ini kerana terlalu sibuk, tapi mungkin di lain masa dan ketika penulis akan mengulasnya.

Terus terang penulis katakan yang penulis amat merindui untuk mengulas isu-isu semasa sepertimana yang dibuat oleh penulis sebelum ini, tetapi apakan daya masa tak akan dapat kembali. Bercakap mengenai puasa, tak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan selepas itu kita akan menyambut Hari Kebangsaaan atau kata lain Merdeka.


Pendek kata tahun ni kita RayaMerdeka, bukan lagi merdeka raya sebab kita raya dulu baru merdeka. Penulis percaya mereka yang berada di luar sana sudah tentu sibuk mempersiapkan persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Pesan penulis pada mereka sambutlah raya tahun ini dengan penuh bersederhana, jangan nanti lepas raya hutang keliling pinggang. Raya tu raya juga tetapi biarlah berpada-pada.

Oh ya, kelmarin baru sahaja kita dapat lihat misi skuad badminton negara kita mendapat pingat emas ternyata gagal apabila pemain negara kita Datuk Lee Chong Way gagal menumbangkan pemain daripada China iaitu Lin Dan. Nampaknya kita perlu akur bahawa kita perlu terima kekalahan tersebut dengan hati yang terbuka, mungkin nasib masih menyebelahi Lin Dan dan tidak menyebelahi Lee Chong Way. Tak dapatlah kita makan aiskrim free tapi tak mengapa cuba lagi di lain hari.

Bercakap mengenai Olimpik London ni, terfikir juga penulis mampukah negara kita mencapai matlamat untuk mendapat sebutir pingat emas sebagai ole-ole untuk rakyat Malaysia yang dibawa pulang oleh atlit negara kita di london?

Baca Lagi!

Sunday, December 20, 2009

Perkaumankah Kita? Toleransikah Mereka?

Perkaumankah Kita? Toleransikah Mereka?
Oleh: yieMEGA

PERKAUMANKAH kita dan toleransikah mereka menjadi tajuk artikel pilihan penulis pada kali ini. Artikel penulis kali ini bertujuan untuk membuka minda para pembaca yang budiman berkenaan dengan bangsa kita yang sering dilabel 'perkauman' sekiranya membuat sesuatu.

Penulis percaya artikel ini juga akan dilabel 'perkauman' oleh mereka, namun kerana berani kerana benar penulis tetap mengeluarkan artikel ini untuk Agama, Bangsa dan Negara kita. Berdasarkan 'Alif, Ba, Ta' jugalah penulis nekad untuk mengeluarkan artikel ini di blog ini.

Perlu ditekankan di sini, artikel ini tidak bertujuan untuk meniupkan semangat perkauman tetapi ia lebih untuk bangsa kita memperbaiki diri mereka sendiri agar bangsa kita tidak terus dipergunakan mereka.

Cuba perhatikan, setiap kali kita cuba mempertahankan apa yang menjadi hak bangsa kita. Kita terus dilabel perkauman oleh segelintir mereka. Sampai bila kita sanggup bangsa kita terus dilabel sedemikian rupa?

Paling menyedihkan ada juga anak bangsa kita yang bersetuju dengan mereka. Mereka berjuang untuk kesamarataan dan juga untuk semua, mereka juga berjuang untuk menghapuskan Ketuanan Melayu, itu pun juga turut dibantu oleh anak bangsa kita sendiri.

Sedar atau tidak, itulah peninggalan atau harta warisan yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita. Sedar atau tidak, kita tidak mempunyai kuasa ekonomi sehebat mereka, sedar atau tidak bangsa kita lebih ketinggalan daripada mereka, namun ada juga anak bangsa kita yang menyokong perjuangan mereka.

Mari kita menilai samaada bangsa kita ini adalah bangsa yang sukakan perkauman atau bangsa mereka yang suka bertoleransi atau tidak. Pertamanya cuba kita lihat walaupun bangsa kita Melayu menjadi pemimpin utama negara tetapi dari segi kekayaan ekonomi negara dikuasai mereka. Cuba kita lihat bangsa serumpun kita di Singapura, tempat di mana bangsa mereka menjadi tuan:

Households income from work by ethnic group of head
Ethnic group
Average household
income (SGD$)
Median household
income (SGD$)
1990 2000 1990 2000
Total 3,076 4,943 2,296 3,607
Chinese 3,213 5,219 2,400 3,848
Malays 2,246 3,148 1,880 2,708
Indians 2,859 4,556 2,174 3,387
Others 3,885 7,250 2,782 4,775

Bangsa kita tidak juga mampu menewaskan kuasa ekonomi mereka. Kalau negara yang bangsa kita menjadi tuan pun kita masih jauh terkebelakang, apatah lagi bangsa serumpun kita di Singapura di mana mereka menjadi tuan pun turut ketinggalan.

Jadi tiada sebab untuk mereka takut dengan 'Ketuanan Melayu', malah bangsa kita redha dengan kelebihan mereka di dalam untuk menjana ekonomi untuk bangsa mereka. Tak ada satu pun bangsa kita yang marah ataupun dengki dengan kebolehan mereka, malah bangsa kita jugalah yang turut membantu bangsa mereka menjana ekonomi.

Tengok sahaja di bandar-bandar rata-rata perniagaan di situ dikuasai oleh bangsa mereka, bangsa kita tak pula mengkhianati perniagaan mereka. Jadi dimanakah 'perkauman' yang dilabelkan oleh bangsa mereka terhadap kita itu?

Sekolah Berasaskan Kaum

Uniknya di Malaysia, bangsa-bangsa yang berada di bumi Malaysia bebas mengadakan sekolah berasaskan kaum masing-masing, Sekolah Jenis Kebangsaan dan Juga Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan kita dapat lihat di seluruh negara.

Bangsa kita jugalah yang merestui penubuhan sekolah-sekolah tersebut tanpa ada bantahan malah ada juga yang menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah berasaskan kaum itu. Adakah kita dapat jumpa Sekolah Berasaskan Kaum di Indonesia? tidak sama sekali itulah jawapan yang pasti malah di negara China pun tidak wujud sekolah berasakan kaum seperti negara kita.

Ada tak sebelum ini kita mendengar, bangsa kita menentang penubuhan sekolah-sekolah berasakan kaum bangsa mereka? tidak bukan? tidakkah bangsa kita kelihatan lebih bertoleransi daripada mereka? Tetapi kenapa mereka tetap melabelkan kita sebagai 'perkauman'?

Di Alam Siber

Kita beralih pula kepada situasi alam siber, di mana kalau kita melihat sesetengah portal sosial seperti Facebook, Tagged dan sebagainya kita akan dapati bangsa mereka meluahkan ungkapan-ungkapan berunsur perkauman di dalam komen-komen mereka, tetapi tidak pula dilabel 'perkauman' oleh bangsa kita.

Begitu juga, bagi sesentengah permainan komputer dalam talian yang membolehkan pemain chat dengan pemain lain, di situ jugalah kita dapat melihat bangsa mereka dengan begitu aktifnya meniupkan semangat perkauman dengan provokasi-provokasi yang boleh membuatkan bangsa kita hilang sabar.

Politik

Dari segi politik adakah bangsa kita tidak bertoleransi kepada mereka. Kalau tidak kenapa mereka mempunyai hak untuk memilih kerajaan dan menjadi pengundi untuk Pilihan Raya di negara kita.

Sedangkan dulu sepatutnya kita tidak boleh memberikan mereka hak sedemikian, tapi atas alasan toleransi bangsa kitalah akhirnya kita tetap memberi laluan kepada mereka untuk turut serta dalam pentas politik negara kita tetapi mereka tetap melabelkan kita 'perkauman' itulah hakikatnya, apa yang kita buat semuanya perkauman, apa yang mereka buat semuanya betul.

Penulis ada beberapa soalan toleransikah mereka dengan:

  1. Bercakap dalam bahasa yang bangsa kita tidak fahami semasa bercakap sesama mereka?
  2. Menggunakan akhbar-akhbar yang tulisanya tidak difahami oleh kita dalam sesuatu isu yang berkaitan dengan bangsa mereka.
  3. Mengambil pekerja daripada bangsa mereka sahaja.
  4. Memberi keuntungan untuk bangsa mereka sahaja.
Ada banyak lagi soalan yang boleh penulis soal, tetapi empat soalan dah cukup untuk bangsa mereka menjawabnya dan menerimanya dengan hati yang terbuka. Akhir kalam, semoga bangsa kita cepat sedar dan janganlah kita terus diperbodohkan mereka. Kerana dasar pecah dan perintah kali kedua sudah bermula.

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin