Bilangan Pengunjung:

Sunday, December 20, 2009

Perkaumankah Kita? Toleransikah Mereka?

Perkaumankah Kita? Toleransikah Mereka?
Oleh: yieMEGA

PERKAUMANKAH kita dan toleransikah mereka menjadi tajuk artikel pilihan penulis pada kali ini. Artikel penulis kali ini bertujuan untuk membuka minda para pembaca yang budiman berkenaan dengan bangsa kita yang sering dilabel 'perkauman' sekiranya membuat sesuatu.

Penulis percaya artikel ini juga akan dilabel 'perkauman' oleh mereka, namun kerana berani kerana benar penulis tetap mengeluarkan artikel ini untuk Agama, Bangsa dan Negara kita. Berdasarkan 'Alif, Ba, Ta' jugalah penulis nekad untuk mengeluarkan artikel ini di blog ini.

Perlu ditekankan di sini, artikel ini tidak bertujuan untuk meniupkan semangat perkauman tetapi ia lebih untuk bangsa kita memperbaiki diri mereka sendiri agar bangsa kita tidak terus dipergunakan mereka.

Cuba perhatikan, setiap kali kita cuba mempertahankan apa yang menjadi hak bangsa kita. Kita terus dilabel perkauman oleh segelintir mereka. Sampai bila kita sanggup bangsa kita terus dilabel sedemikian rupa?

Paling menyedihkan ada juga anak bangsa kita yang bersetuju dengan mereka. Mereka berjuang untuk kesamarataan dan juga untuk semua, mereka juga berjuang untuk menghapuskan Ketuanan Melayu, itu pun juga turut dibantu oleh anak bangsa kita sendiri.

Sedar atau tidak, itulah peninggalan atau harta warisan yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita. Sedar atau tidak, kita tidak mempunyai kuasa ekonomi sehebat mereka, sedar atau tidak bangsa kita lebih ketinggalan daripada mereka, namun ada juga anak bangsa kita yang menyokong perjuangan mereka.

Mari kita menilai samaada bangsa kita ini adalah bangsa yang sukakan perkauman atau bangsa mereka yang suka bertoleransi atau tidak. Pertamanya cuba kita lihat walaupun bangsa kita Melayu menjadi pemimpin utama negara tetapi dari segi kekayaan ekonomi negara dikuasai mereka. Cuba kita lihat bangsa serumpun kita di Singapura, tempat di mana bangsa mereka menjadi tuan:

Households income from work by ethnic group of head
Ethnic group
Average household
income (SGD$)
Median household
income (SGD$)
1990 2000 1990 2000
Total 3,076 4,943 2,296 3,607
Chinese 3,213 5,219 2,400 3,848
Malays 2,246 3,148 1,880 2,708
Indians 2,859 4,556 2,174 3,387
Others 3,885 7,250 2,782 4,775

Bangsa kita tidak juga mampu menewaskan kuasa ekonomi mereka. Kalau negara yang bangsa kita menjadi tuan pun kita masih jauh terkebelakang, apatah lagi bangsa serumpun kita di Singapura di mana mereka menjadi tuan pun turut ketinggalan.

Jadi tiada sebab untuk mereka takut dengan 'Ketuanan Melayu', malah bangsa kita redha dengan kelebihan mereka di dalam untuk menjana ekonomi untuk bangsa mereka. Tak ada satu pun bangsa kita yang marah ataupun dengki dengan kebolehan mereka, malah bangsa kita jugalah yang turut membantu bangsa mereka menjana ekonomi.

Tengok sahaja di bandar-bandar rata-rata perniagaan di situ dikuasai oleh bangsa mereka, bangsa kita tak pula mengkhianati perniagaan mereka. Jadi dimanakah 'perkauman' yang dilabelkan oleh bangsa mereka terhadap kita itu?

Sekolah Berasaskan Kaum

Uniknya di Malaysia, bangsa-bangsa yang berada di bumi Malaysia bebas mengadakan sekolah berasaskan kaum masing-masing, Sekolah Jenis Kebangsaan dan Juga Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan kita dapat lihat di seluruh negara.

Bangsa kita jugalah yang merestui penubuhan sekolah-sekolah tersebut tanpa ada bantahan malah ada juga yang menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah berasaskan kaum itu. Adakah kita dapat jumpa Sekolah Berasaskan Kaum di Indonesia? tidak sama sekali itulah jawapan yang pasti malah di negara China pun tidak wujud sekolah berasakan kaum seperti negara kita.

Ada tak sebelum ini kita mendengar, bangsa kita menentang penubuhan sekolah-sekolah berasakan kaum bangsa mereka? tidak bukan? tidakkah bangsa kita kelihatan lebih bertoleransi daripada mereka? Tetapi kenapa mereka tetap melabelkan kita sebagai 'perkauman'?

Di Alam Siber

Kita beralih pula kepada situasi alam siber, di mana kalau kita melihat sesetengah portal sosial seperti Facebook, Tagged dan sebagainya kita akan dapati bangsa mereka meluahkan ungkapan-ungkapan berunsur perkauman di dalam komen-komen mereka, tetapi tidak pula dilabel 'perkauman' oleh bangsa kita.

Begitu juga, bagi sesentengah permainan komputer dalam talian yang membolehkan pemain chat dengan pemain lain, di situ jugalah kita dapat melihat bangsa mereka dengan begitu aktifnya meniupkan semangat perkauman dengan provokasi-provokasi yang boleh membuatkan bangsa kita hilang sabar.

Politik

Dari segi politik adakah bangsa kita tidak bertoleransi kepada mereka. Kalau tidak kenapa mereka mempunyai hak untuk memilih kerajaan dan menjadi pengundi untuk Pilihan Raya di negara kita.

Sedangkan dulu sepatutnya kita tidak boleh memberikan mereka hak sedemikian, tapi atas alasan toleransi bangsa kitalah akhirnya kita tetap memberi laluan kepada mereka untuk turut serta dalam pentas politik negara kita tetapi mereka tetap melabelkan kita 'perkauman' itulah hakikatnya, apa yang kita buat semuanya perkauman, apa yang mereka buat semuanya betul.

Penulis ada beberapa soalan toleransikah mereka dengan:

  1. Bercakap dalam bahasa yang bangsa kita tidak fahami semasa bercakap sesama mereka?
  2. Menggunakan akhbar-akhbar yang tulisanya tidak difahami oleh kita dalam sesuatu isu yang berkaitan dengan bangsa mereka.
  3. Mengambil pekerja daripada bangsa mereka sahaja.
  4. Memberi keuntungan untuk bangsa mereka sahaja.
Ada banyak lagi soalan yang boleh penulis soal, tetapi empat soalan dah cukup untuk bangsa mereka menjawabnya dan menerimanya dengan hati yang terbuka. Akhir kalam, semoga bangsa kita cepat sedar dan janganlah kita terus diperbodohkan mereka. Kerana dasar pecah dan perintah kali kedua sudah bermula.

Reblog this post [with Zemanta]

No comments:

Blog Widget by LinkWithin