Bilangan Pengunjung:

Tuesday, December 8, 2009

Float Dan Caj Deposit Syiling Menyusahkan rakyat

Float Dan Caj Deposit Syiling Menyusahkan rakyat
Oleh: yieMEGA

FLOAT dan caj deposit duit syiling yang dikenakan oleh Bank Simpanan Nasional memang benar-benar menyusahkan rakyat. Kebetulan pagi tadi penulis ke bank berkenaan untuk membuat deposit duit, ditakdirkan penulis terjumpa dengan seorang hamba Allah yang ingin membuat deposit duit syiling.

Hamba Allah ini tidak mengetahui bahawa deposit duit syiling dikenakan float selama tiga hari dan dikenakan caj RM2 oleh pihak BSN. Memang kalau penulis sekalipun tidak tahu bahawasanya deposit duit syiling dikenakan caj RM2 dan dikenakan float selama tiga hari oleh pihak BSN. Tambahan pula tiada notis berkenaan ditulis di dalam bank berkenaan. Jadi penulis tidak akan menyalahkan hamba Allah tersebut.

Untuk pengetahuan semua cawangan Bank Simpanan Nasional tersebut ialah terletak di Jalan Dato' Pati, Kota Bharu, Kelantan. Oleh kerana bank ini menggunakan 'tagline' Simpanan Anda Di Jamin oleh Kerajaan jadi adalah menjadi tanggungjawab kerajaan menjelaskan hal ini.

Bagi pengenaan caj deposit syiling dan juga float tiga hari untuk deposit duit syiling ini amat menyusahkan rakyat dan tidak selari dengan slogan "Rakyat Di Dahulukan, Pencapaiaan Di utamakan".

Kerajaan perlu bertindak dengan menghapuskan caj deposit duit syiling dan juga float selama tiga hari untuk deposit duit syiling oleh mana-mana bank sekalipun di dalam negara ini. Tak pun sekiranya tidak boleh dimansuhkan sekurang-kurangnya beri rakyat pilihan seperti sekiranya tidak membayar caj deposit syiling maka ia akan dikenakan float selama tiga hari, tetapi sekiranya membayar caj deposit duit syiling makanya deposit akan di depositkan ke dalam akaun rakyat secara serta merta.

Kerajaan tidak boleh memandang remeh perkara seperti ini, walaupun perkara ini nampak remeh namun ia tetap akan memberikan impak yang besar terhadap Kerajaan Malaysia yang menggunakan slogan "Rakyat Di dahulukan, Pencapaian Diutamakan" dan besar kemungkinan ia turut sama menjejaskan imej Barisan Nasional.

********
Rujukan:
Float = Satu tempoh bertenang yang dikenakan oleh pihak bank semasa melakukan deposit syiling lazimnya tiga hari.
Reblog this post [with Zemanta]

No comments:

Blog Widget by LinkWithin