Bilangan Pengunjung:

Tuesday, December 1, 2009

Kolonel Mat dan TG Nik Aziz

Nik Aziz Nik MatImage via Wikipedia

Kolonel Mat dan TG Nik Aziz
Oleh: yieMEGA

KOLONEL Mat itulah nama yang menjadi popular secara automatisnya sejak akhir-akhir ini. Tuan punya nama inilah yang dikatakan sedang merancangkan atau merencanakan (dalam Bahasa Indonesia) atau merance (dalam loghat Kelantan) untuk menjatuhkan kepimpinan Ulama' yang mempunyai Ilmu mantik di Kelantan iaitu MB Kelantan Sekarang Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kolonel Mat ini yang didakwa tok guru Nik Aziz bahawa orang yang bertanggungjawab menjatuhkan beliau. Namun sampai sekarang siapa dia Kolonel Mat ini masih menjadi persoalan umum. Macam-macam persepsi timbul apabila TG Nik Aziz mendedahkan nama Kolonel Mat. Secara jujurnya penulis sendiri tidak tahu siapa sebenarnya 'Kolonel Mat', puas juga penulis mengeledah blog-blog tapi tak jumpa pun siapa yang dikatakan 'Kolonel Mat' ini. 'Geli Mat' penulis tahulah.

Kickdefella kata dia kenal dengan 'Kolonel Mat' ni tapi tak tahulah adakah "Kolonel Mat' yang dia kenal itukah yang dimaksudkan oleh TG Nik Aziz, katanya lagi "Kolonel Mat' yang dia kenal ini sudah meninggal dunia. Kenali 'Kolonel Mat' yang dikenali Kickdefella di blog Kickdefella.

Hari ini MSO (Mohd Sayuti Omar) mengatakan bahawa satu perhimpunan bagi menuntut TG Nik Aziz diadakan di hadapan Pejabat Menteri Besar Kelantan katanya lagi perhimpunan itu ditaja oleh 'Kolonel Mat', ikuti laporan lintas langsung Perhimpunan Kolonel Mat ini di blog Merah Tinta MSO.

Manakala Blogawan Biggum Dogmannsteinberg turut mengulas mengenai krisis Arifahmi Gate membuka pintu perebutan kuasa di Kelantan. Sepertimana artikel yang dimuatkan di dalam blognya.

Penulis pun naik hairan kenapa jadi begitu sedangkan kerusi PAS di DUN Kelantan lebih selesa berbanding PRU11 di mana pada waktu itu Kerajaan PAS Kelantan memerintah dengan hanya satu kerusi boleh kekal sehingga PRU12 tapi apabila PRU 12 PAS menang 39 kerusi tetapi wujud pula kebrantakkan dalam PAS Kelantan? Adakah kebanyakkan pemimpin PAS Kelantan sudah dijangkiti Virus "Sindrom Selesa?" ataupun apa sebenarnya?

Bagi yang sudah muak dengan senario politik tanah air mungkin tahu bahawa itulah yang dikatakan politik "Mungkin Hari ini Kawan Kita, Esok Lusa mungkin Musuh Kita" teringat kepada kata-kata seorang mak cik kepada penulis "Politik itu Kotor". Fahamilah maksud kata-kata mak cik itu.

Bagi penulis tidak penting siapa dia "Kolonel Mat" itu tetapi jangan sesekali pemimpin-pemimpin PAS di Kelantan terus leka dengan 'zon selesa' dan 'kemenangan selesa' kerana di atas muka bumi Allah tuhan seru sekian alam ini tiada yang kekal setiap yang hidup pasti masti, setiap yang di atas pasti turun ke bawah, setiap yang berkuasa, pasti hilang kuasanya kelak" Fikir-fikirkanlah.



Reblog this post [with Zemanta]

1 comment:

LostVirus said...

kolonel mat?
mat yie..
mat lan
mat bong
mat sentul
TG mizi hahaha..

yie tektik je tu kata ada perebutan kuasa kat dalam pas padahal takdok pon saje nok bagi awok2 bn selese sbb ada perebutan kuasa dlm pas.

bila awok2 bn dok berhati2 jadi mcm PRU baru2 ni.bila dap masuk tv3 kata "kita tahu bn misti memang besar tapi sekurang2 kita misti cuba nk menang 1 kerusi"
dokkang mung dok ingat yie.
padahal masa aku tgk berita tu mung ada kat tepi aku hahah..

jadi janga la mung mudoh terperdaya.sbb awok politik ni mmg gitu..
mcm DSAI tu ada pilihan raye kecik je misti yer gi ceramoh pastu dalam ceramoh misti yer kata kalau kita menang pilihan raya ni saya nak buat pengumuman dan bagi kejutan ke pada semua penyokong PKR ..pastu mena gtakdok mender pon senyap je..macam bar ni kat selangor kata 1000 org ahli umno nok masuk PKR masa malam ceramoh tu adalah dlm 10 org je masuk ..
mmg shitty la ahli polotik..

mung pon nok jadi mcm tu gok ke yie hahah..patuk la dalam servay senarai2 perkerjaan yang rakyat boleh percayai sekali ahli politik ada kat bowoh sekali.

ikut suke dia la..

p/s tg mizi dok bayor lagi hutang aku padahal sikit je.kata tengku tapi hutang dok bayor nok jadi mender dgn tengku kita sorang ni..
hahahha..

Blog Widget by LinkWithin