Bilangan Pengunjung:

Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya AidilAdha

Selamat Hari Raya AidilAdha



ESOK umat Islam di Malaysia akan menyambut satu lagi hari kebesaran bagi umat Islam iaitu Hari Raya Aidil Adha yang juga dikenali dengan Hari Raya Korban. Pada kesempatan ini penulis ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua pembaca blog ini, penulis juga ingin memohon maaf sekiranya ada penulisan penulis yang menyinggung mana-mana pihak.

Bercakap mengenai korban sering kita dengar orang akan bertanya apa pengorbanan orang lain untuknya tetapi tidak bertanya apakah pengorbananya untuk orang lain. Ada juga yang bertanya apakah pengorbanan negara untuknya tetapi tidak bertanya apakah pengorbananya untuk negara.

Peristiwa pengorbanan yang begitu besar pernah dibuat oleh Nabi Ibrahim a.s ialah cuba menyempurnakah titah-perintah Allah tuhan seru sekian alam yang mengarahkan Nabi Ibrahim menyembelih anak Nabi Ibrahim sendiri iaitu Nabi Ismail a.s. kemudian Allah menukarkan Nabi Ismail dengan Kibas.

Begitulah besarnya pengorbanan seorang anak untuk ayahnya demi menegakkan agama. Begitu juga dengan pengorbanan seorang ayah yang sanggup mengorbankan anaknya sendiri demi menyempurnakan suruhanNya.

Hari ini kalau kita tanya kepada umat-umat Islam yang ada di negara kita, sanggupkah mereka berkorban untuk mempertahankan agama suci Islam agar terus kekal berdiri dan gagah di persada dunia. Mungkin tidak ramai yang sanggup berkorban demi mempertahankan Islam kerana kekuatan iman kita tidaklah sehebat Nabi Ibrahim dan juga Nabi Ismail.

Akhirkalam "Semoga Pengorbanan Anda Diberkati Allah" dan juga lakukan ibadah korban dengan penuh ikhlas serta bukan ingin menunjuk-nunjuk kononya anda beribadah sedangkan ibadah anda tidak diterima Allah kerana tiada ketulusannya.
Reblog this post [with Zemanta]

No comments:

Blog Widget by LinkWithin