Al-Kisah Calon PRK DUN Siputeh....
Oleh: yieMEGA
SEPERTI yang telah diketahui umum bahawa Dewan Undangan Negeri Kota Siputeh di Kedah telah dikosongkan atas keputusan Mahkamah. Kini tibalah giliran polemik siapa yang bakal jadi calon untuk pilihan raya kecil berkenaan. Ada yang mengatakan Mukhriz Tun Dr. Mahathir yang layak jadi calon dan ada juga yang berkata Dato' Maznah Hamid.
Ini menjadikan pilihan raya kecil ini berbeza dengan Bagan Pinang, di mana ketika di Bagan Pinang hanya seorang sahaja calon daripada UMNO Bahagian Teluk Kemang dicadangkan beliau ialah Tan Sri Isa Samad. Namun di Kota Siputeh, lain pula ceritanya kerana ada dua nama yang ditimbulkan iaitu Mukhriz Tun Dr. Mahathir dan Dato' Maznah Hamid.
Apabila penulis membaca beberapa artikel blogger, kebanyakkan mereka mencadangkan agar Mukhriz dipilih dan hanya beberapa kerat sahaja yang mencadangkan Dato' Maznah Hamid. Itu pendapat masing-masing mungkin mereka mempunyai alasan yang sendiri untuk pilihan mereka itu.
Menurut pandangan penulis pula, adalah lebih baik BN 'mendengar' akar-umbi BN di Kota Siputeh sendiri siapakah yang mereka mahukan menjadi pemimpin mereka? Calon pilihan rakyat adalah yang terbaik buat masa ini, seperti mana yang berlaku pada pilihan raya kecil Bagan Pinang baru-baru ini.
Mungkin kemenangan di Bagan Pinang membuatkan BN merasa selesa untuk menghadapi pilihan raya kecil Bagan Pinang ini. Penulis hanya mahu memesan jangan terlalu selesa dengan kemenangan itu, malah mereka perlu berkerja lebih keras lagi di Kota Siputeh sekiranya mereka tidak mahu kehilangan kerusi yang dikatakan menjadikan kubu kuat UMNO itu.
Bagi bekas ADUN Kota Siputeh jangan kecewa dengan apa yang telah diputuskan oleh mahkamah itu, mungkin ini adalah satu ujian Allah tuhan seru sekian alam terhadapnya, penulis berharap bekas ADUN tersebut dapat memberi sokongan padu tanpa berbelah bahagi terhadap sesiapa sahaja yang dipilih untuk menjadi calon untuk pilihan raya kecil Kota Siputeh ini.
Sekali lagi penulis mengingatkan BN supaya jangan selalu menggunakan Politik Pembangunan untuk memenangi pilihan raya kerana ia bukan sesuai digunakan untuk semua tempat di dalam kawasan-kawasan pilihan raya di Malaysia ini, keperluan mereka sentiasa berbeza dan tidak semua yang dahagakan pembangunan.
Bagi yang bertanya kepada penulis siapakah yang paling sesuai untuk menjadi calon untuk pilihan raya kecil ini, penulis akan menjawap "berilah peluang kepada wanita pula", namun sekiranya akar umbi Kota Siputeh memilih lelaki penulis tidak akan menghalangnya kerana kedua-kedua mereka memang ada kehebatan sendiri.
Namun, setakat ini sudah banyak pilihan raya kecil berlangsung tetapi tiada sorangpun calon wanita diberi peluang, jadi inilah masanya untuk UMNO menguji kekuatan kaum hawa dalam partinya, jadi tiada salahnya sekiranya UMNO memberi peluang kepada wanita untuk kali ini.
Namun, sekiranya ahli UMNO akar umbi tetap mahukan lelaki, jadi adalah lebih baik turut sahaja kemahuan mereka, kerana suara rakyat perlu diutamakan. Apabila Suara Rakyat diutamakan tidak mustahil sejarah Bagan Pinang akan berulang.

No comments:
Post a Comment