Bilangan Pengunjung:

Sunday, November 1, 2009

Sekitar Konvokesyen UNITAR 2009

Sekitar Konvokesyen UNITAR 2009
Oleh: yieMEGA

KONVOKESYEN Universiti Tun Abdul Razak telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya atau Putrajaya International Convention Center (PICC) di Putrajaya 31 Oktober 2009. Istiadat Konvokesyen UniRazak disempurnakan oleh Canselor UniRazak Tun Rahah ibu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Konvokesyen itu berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa masalah yang timbul semasa konvokesyen tersebut, antaranya para graduan terpaksa menahan lapar kerana pihak penganjur tidak menyediakan sarapan pagi ini menyebabkan beberapa graduan marah-marah kerana terpaksa menahan lapar, tambahan pula mereka perlu datang seawal pagi.

Satu lagi kepincangan yang berlaku mengenai majlis konvokesyen tersebut adalah apabila Majlis Makan Malam Bersama Graduan diadakan di tempat yang berjauhan dengan PICC, ramai graduan yang merungut mengenainya, ini adalah kerana kebanyakkan ibu-bapa graduan sudah berkampung di Putrajaya, dan oleh kerana ia diadakan di kawasan yang agak jauh dari Putrajaya ibu-bapa memilih untuk tidak pergi ke majlis makan malam tersebut, penulis tertarik dengan satu kenyataan graduan Unitar yang berbunyi "Kenapa Majlis Diadakan Terus di Johor Bharu dengan nada menyindir, ni lah universiti lintah darat sanggup menyusahkan graduan agar mereka sendiri tidak susah".

Ada juga yang mencadangkan agar di masa akan datang Konvokesyen ini tidak diadakan di PICC lagi, adalah lebih baik ia diadakan di satu yang baru, yang berdekatan dengan bandar, yang penuh dengan hotel bajet dan juga kedai makan kos rendah, bukan semua graduan UniRazak adalah orang kaya.

2 comments:

MASTURA912 said...

salam...saya Mastura Nordin, agen Pemasaran Koperasi Shamelin Berhad ingin menjemput sesiapa yang berminat untuk menjadi manpower program bersama duta kami Dato Malik Noor dan Apek Senario di pantai timur pada Bulan Mei 2010 dalam tujuan promosi perniagaan dan produk kami sila hubungi saya:

mastura nordin-0173885001

emel:mas85_mechanical@yahoo.com

layari website saya http://mangostyn.42y.biz

perniagaan untuk semua!!!! daripada kami Koperasi Shamelin Berhad selaku koperasi ke-2 terbesar di Malaysia

Blog Widget by LinkWithin